Sudah menjadi adat dalam sesebuah pertandingan, kesetiap finalis akan merasai fasa naik dan turunnya.
Rezeki berpihak kepada dua finalis ini, menerusi cabaran Acting Challenge, para juri mempersetujui untuk mengangkat Hero Aiman Ameer dan Nurel sebagai pemenang bagi cabaran pada minggu ini.
Bagaikan sebuah mimpi buat Hero berusia 23 tahun itu, Ameer menzahirkan kesyukuran selain tidak menyangka dirinya dinobatkan sebagai pemenang bagi cabaran Acting Challenge.
Selain itu, finalis anak jati Johor ini yang pernah berada di bottom 4 pada episod lalu juga sempat berkongsi perasaannya apabila berjaya ke final Hero Dewi Remaja 2023.
“Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, saya tidak jangka akan menang dalam cabaran ini. Tambahan pula, memang sejak kecil lagi saya gemar menonton genre aksi. Ada pula pengarah yang hebat seperti abang Sein di mana beritahu kami adalah yang terbaik.
“Untuk episod final pula, sudah semestinya perasaan bercampur baur iaitu gembira pada masa sama rasa gementar. Final ini bagi saya adalah perkara yang besar. Kali ini juga lain dari yang lain kerana bawa 12 orang finalis di atas satu pentas.
Ads
“Bagaimanapun pada tahun ini, saya yakin akan menjadi salah satu yang terbaik kerana kesemua peserta mempunyai bakat yang berbeza,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, bagi anak jati kelahiran Bumi Kenyalang ini pula menzahirkan perasaan gembira dan bangga sementelah segala usahanya selama ini akhirnya berbayar juga dalam episod 7 apabila namanya turut dinobatkan sebagai pemenang bagi cabaran lakonan.
Tidak mahu menghampakan para penyokongnya, Nurel menjanjikan buat semua peminat untuk melakukan sehabis baik di pentas final kelak.
Ads
“Ya Allah, my dream! Saya sangat gembira kerana ini adalah perkara yang saya minat dan akhirnya dapat juga ‘title‘ itu.
“Tambahan pula tad saya dapat komen yang baik. Bagi saya, komen yang diberi buat saya itu adalah luar biasa. Bukan daripada kak Scha sahaja, malah abang Sein dan Mimi Lana.
Ads
“Untuk final nanti, kami janji tidak akan mengecewakan anda semua dengan setiap persembahan yang kami berikan,” tuturnya panjang.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan pada Jumaat hadapan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun gagal melayakkan diri ke pentas final Hero Remaja dan hanya sampai di semi final selepas terkeluar di episod-7, nama finalis Syazani Zainal sememangnya tetap mendapat tempat di hati kebanyakkan netizen sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kategori ‘Hero Favorite’ yang ditentukan sepenuhnya daripada undian peminat.
Tidak mendapat sokongan dan restu keluarga pada mulanya, dan gagal dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi Hero Favorite 2021. Dia membuktikan pada semua dia mampu mendapat tempat dihati para peminat dan masyarakat di Malaysia.
“Terima kasih sangat buat semua peminat, rakan-rakan dan keluarga yang mengundi saya kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi gelaran Hero Favorite ini.”
Sepanjang pertandingan dijalankan dia merupakan peserta paling muda di kalangan Top 12 finalis Hero Remaja Edisi 2021. Dikenali ramai di kalangan follower sebagai seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan berjenaka bersama rakan-rakan, Syazani memang layak dianugerahkan gelaran ini.
“Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih menyertai Hero Remaja 2021, walaupun pada mulanya keluarga tidak begitu yakin dengan keputusan saya untuk menyertai pertandingan berprestij ini, namun saya tetap berkeras dengan yakin saya mampu lakukannya.
Walaupun tidak sampai ke pentas final sejujurnya saya bersyukur dengan kemampuan saya mampu bertahan hingga ke semi final dan membawa pulang gelaran Hero Favourite di malam final tempoh hari.
Platform yang telah disediakan kepada saya ini akan saya gunakan sebaik mungkin dalam mengembangkan bakat dan nama saya dalam industri seni.” jelas Syazani.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan diri dan mengumpul pegalaman sebagai anak seni yang bersinar.
Untuk info, Hero Favorite membawa pulang wang bernilai RM1,000, trofi dan juga selimpang.
Congrats Syazani, moga akan terus maju jaya di masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Esma Daniel antara Hero Remaja pertama yang diperkenalkan oleh Majalah Remaja sekitar tahun 1990/1991 yang lalu. Hampir 30 tahun berlalu, Esma kini sudah bergelar sebagai seorang pelakon dan pengarah di Malaysia.
Mengimbau sedikit kenangan ketika menyertai Hero Remaja, Esma yang dihubungi pihak Remaja berkongsi kisah dan pengalaman yang dirasakan tidak sama seperti apa yang dilalui oleh finalis-finalis sekarang.
“Kalau zaman saya dulu tidaklah macam sekarang. Mula-mula saya sendiri pun tak tahu apa itu Hero Remaja. Cuma dipanggil oleh pihak Karangkraf untuk menjadi wajah penghias kulit majalah pada waktu itu. Setelah beberapa bulan, saya dihubungi untuk diberitahu telah menang dalam pertandingan Hero Remaja tersebut,”
“Pada waktu itu kami dinilai melalui sesi fotografi dan juga undian daripada pembaca. Hero Remaja tidaklah sepopular Dewi Remaja dulu. Jadi saya antara batch awal bersama Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman yang memenangi tempat kedua dan ketiga. Pada waktu itu mereka sudah pun bergelar seorang pelakon. Tapi, saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang TV komersil,” jelas Esma Daniel.
Selepas Hero Remaja tamat, Esma ditawarkan membintangi filem pertamanya, Interlud arahan Othman Zainuddin yang ditayangkan pada 1992, turut dibintangi oleh Louisa Chong dan Wan Maimunah. Beliau muncul pula menerusi filem XX Ray arahan Aziz M. Osman.
“Alhamdulillah selepas tamat Hero Remaja saya telah pun mendapat tawaran berlakon filem. Memang tidak disangka-sangka segalanya bermula selepas memenangi Hero Remaja. Pada waktu itu drama TV tak banyak macam sekarang. Jadi, kami lebih banyak menerima tawaran untuk membintangi filem,” katanya.
Teringat kembali sewaktu mula-mula bergelar seorang juara, Esma Daniel bercerita tentang pengalamannya bertemu dengan peminat.
“Kalau dulu menjadi seorang selebriti adalah sesuatu yang eksklusif kerana peminat tidak mudah untuk berjumpa dengan kami. Saya teringat sesi berjumpa dengan peminat di Pulau Pinang, waktu tu ramai yang mintak autograph. Rasa macam superstar sangatlah. Hehe.. Dulu bukan zaman selfie jadi peminat akan minta autograph daripada artis pujaan mereka,”
“Hingga kini saya masih lagi jumpa peminat yang dari 20 tahun lepas sudah mengikuti perkembangan saya dalam industri hiburan Malaysia. Lebih terharu lagi bila mereka mengatakan bahawa masih menyimpan gambar-gambar saya di keratan majalah,” tambahnya lagi.
Jadi hero sebenar
Ditanya apakah nasihatnya kepada bakal Hero Remaja 2020, ini jawapan yang diberikan Esma Daniel.
“Untuk menjadi seorang Hero Remaja, kita kena sedar Hero itu tugasnya sebagai apa. Kalau di Hollywood dan Bollywood, hero adalah yang memperkenalkan heroinnya di dalam filem atau drama, kerana hero orang ramai akan kenal siapa heroinnya,”
“Be a gentlemen, jadi lelaki sebenar yang boleh dijadikan sebagai penyelamat dan ikon kepada orang yang menyokong anda. Hero bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya contribution kita terhadap masyarat,” jelas Esma yang turut mengucapkan tahniah kepada semua barisan finalis yang terpilih nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sudah namanya jodoh, maka terikat jugalah hubungan cinta di antara si uda dan dara.
Pelakon jelita, Nynaa Harizal selamat melangsungkan majlis pertunangan secara kecil-kecilan pada petang hari ini bersama pasangan pilihan, Fahmi Ilyas.
Nynaa, 25 memilih 21 Ogos 2021 sebagai tarikh bahagia setelah perancangan awal untuk bertunang terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan lamanya dek arahan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang berlarutan disebabkan pandemik COVID-19.
Semasa dihubungi oleh REMAJA sebentar tadi, Nynaa berkata dia tidak berniat untuk menyorokkan berita baik ini daripada pengetahuan umum. Cuma, mereka ingin menunggu hingga majlis selesai sebelum ia dihebahkan kepada semua orang.
“Oleh sebab kekangan musim pandemik ini, kami bersetuju untuk hanya melangsungkan perkara yang wajib saja. Adalah sedikit rasa terkilan kerana kami sudah berbincang dengan pihak perancang majlis. Namun apa yang penting, urusan pertunangan telahpun selesai,” kata pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu.
Majlis pertunangan dilangsungkan di kediaman keluarga Nynaa hari ini bermula jam 2 petang hingga 4 petang. Tanpa kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan, ia sekadar melibatkan persetujuan di antara kedua-dua ibu bapa pasangan dan makan tengah hari semeja.
Nynaa kelihatan cukup anggun dalam persalinan tajaan Hazara Boutique. Katanya, pereka fesyen yang sama akan terus berkolaborasi untuk beberapa lagi majlis Nynaa-Fahmi yang akan menyusul.
Bercakap mengenai perancangan pasangan ini ke fasa seterusnya, Nynaa memaklumkan mereka hanya menghitung hari sebelum melangsungkan acara akad nikah tidak lama lagi.
Pada asalnya, majlis tersebut dirancang diadakan di ruang dewan sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Demi mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, Nynaa dan Faris terpaksa melupakan hasrat itu dan mengecilkan skala menjadi sebuah majlis yang melibatkan ahli keluarga terdekat saja.
“Nynaa sudah bersedia dan begitu juga dengan si dia. Kadangkala, macam ada rasa tidak percaya juga Nynaa akan berkahwin pada usia semuda ini. Itulah dinamakan jodoh. Nynaa harapkan doa dari kalian agar segalanya berjalan lancar dan doakan agar kami berbahagia,” katanya.
Menyentuh sedikit mengenai jejaka bernama Fahmi Ilyas ini, tunangnya kini berusia 29 tahun dan bergelar seorang usahawan serta pengarah kewangan.
Sejak saling mengenali kira-kira tiga tahun lepas, Fahmi berjaya menambat hati Nynaa dan keluarganya dengan sikap yang menghormati orang lain serta mudah mesra. Tambah Nynaa, Fahmi menyokong dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon serta tidak mempunyai masalah sekiranya Nynaa ingin terus bergiat aktif dalam dunia lakonan selepas berkahwin nanti.
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.