Berita baik buat penggemar peranti audio! Jenama terkemuka audio seperti JBL, Harman, Kardon, Mark Levinson, Lexicon dan banyak lagi kini boleh didapati di Harman Studio yang terletak di Geo Avenue, Sunway South Quay, Subang Jaya. Teruja kan?
Mempunyai keluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi, Harman Studio merupakan ruang pameran peranti audio terbesar di Malaysia yang sarat dengan konsep gaya hidup paling eksklusif sesuai dengan BBNU hari ini.
Turut dilihat ketika majlis pembukaan Studio Harman 22 Mac lalu ialah Alif Satar. Sebagai selebriti versatil dengan bakat lakonan, nyanyian dan pengacaraan, Alif dilihat sebagai individu paling sesuai untuk mewakili Harman Malaysia. Alif juga turut menzahirkan keterujaannya apabila berpeluang bekerjasama dengan pihak Harman kerana ia menggambarkan personalitinya yang tidak lekang dengan peranti audio sejak zaman sekolah.
Ads
Menurut Mark Ng, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Harman Asia Pasifik, pemilihat Alif Satar melambangkan nilai dan kualiti yang dibawakan oleh Harman. Paling penting, Alif yakin dengan jenama Harman.
“2019 merupakan tahun yang menarik buat Harman Malaysia. Kami mensasarkan untuk
mendekati lebih ramai pelanggan di Malaysia dan kami ingin menawarkan lebih daripada sekadar produk kepada para pelanggan. Kami mahu melibatkan pengguna dengan kualiti dan nilai yang ditawarkan oleh Harman. Saya percaya dengan pelancaran Studio Harman, jenama ini akan terus menjadi jenama pilihan audio bagi masyarakat Malaysia,” tambah Mark Ng.
Ads
Bersempena dengan pembukaan studio utama Harman, para pelanggan berpeluang
mendapatkan diskaun sehingga 95% untuk item terpilih. Selain itu, Harman Studio juga bekerjasama dengan Sime Darby Auto Bavaria untuk menawarkan peluang pandu uji pelbagai model terbaru BMW, pada hari yang sama. Pelanggan yang membeli BMW pada hari tersebut akan menerima baucar tunai Harman Studio bernilai RM 3,000. Tawaran promosi ini juga akan dilanjutkan kepada pameran JBL di Mid Valley Megamall North Court dari 25 hingga 31 Mac 2019.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak mengamalkan norma baharu selepas Perintah Pergerakan Kawalan dilakukan beberapa bulan lalu, masyarakat Malaysia pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan aplikasi MySejahtera.
Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia, ini adalah antara usaha untuk merekod setiap data pelawat yang mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya berlaku sebarang kewujudan wabak pandemik COVID-19.
Jika sebelum ini aplikasi MySejahtera hanya merekodkan data seorang indvidu sahaja, kini ia telah pun membolehkan korang check-in untuk beberapa orang sekali gus. Kalau korang keluar dengan mak, ayah atau adik-adik yang lain, senanglah dah boleh buat check-in sekali.
Bagaimana nak buat? Jom kita lihat cara yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia ini.
1. Buka apps MySejahtera dan tekan close untuk turunkan muka check-in. Kemudian, klik more
2. Klik Manage Dependents
3. Masukkan maklumat ahli keluarga yang korang ingin masukkan
Akan Datang
4. Pilih individu mana yang korang bawa
5. Siap!
Nanti sekiranya nak check-in, korang akan ditanya sama ada ingin check-in bersama atau tidak. Mudah sahaja kan?
Selepas ini tak kalutlah kalau nak bawa mak dan ayah keluar sekali. Korang hanya perlu check-in kan mereka sahaja.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana-mana individu yang baharu sahaja mendapatkan telefon pintar pasti tidak akan sabar untuk pulang ke rumah, membuka pek bungkusan lalu terus menggunakannya.
Namun tidak bagi seorang wanita dari Amerika Syarikat bernama Karen Green.
Sejak membeli telefon pintar iPhone generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2007, Karen dikatakan masih rapi menyimpan iPhone tersebut tanpa membuka pek bungkusannya waima plastik yang membaluti kotak tersebut!
Foto Hiasan: Pek bungkusan iPhone generasi pertama.
Memetik laporan Business Insider, telefon pintar yang mempunyai kamera dua megapixel dan storan 8 gigabait (GB) itu telah diterima Karen sebagai hadiah setelah dia baru sahaja mendapatkan pekerjaan baru.
Karen bagaimanapun memilih untuk tidak menggunakan iPhone berkenaan pada waktu itu kerana dia telahpun memiliki telefon baharu dan iPhone baginya tidak serasi dengan perkhidmatan rangkaian sedia ada yang dilanggan olehnya.
Lalu, Karen bertindak untuk membalut kotak iPhone tersebut dengan baju tidur dan menyimpannya di dalam gerobok pakaian.
Sehinggalah pada bulan Oktober baru-baru ini, Karen mendapati telefon pintar iPhone generasi pertamanya itu masih dalam simpanannya dan bertindak melelong menerusi LCG Auctions iaitu rumah lelongan yang mengendalikan jualan.
Siapa sangka, ramai pihak berminat untuk membeli iPhone tersebut daripada Karen dan ia berjaya dilelong pada nilai $US39,339.60 atau RM167,508.02.
Whoa!
Spesifikasi iPhone generasi pertama.
Kongsi pihak LCG Auctions, ramai dalam kalangan pembida mempunyai minat yang sama untuk mengumpul telefon lama. Kini, pemilik baharu iPhone itu dikatakan bakal melelongnya semula dan ia dijangka mampu terjual pada nilai $US50,000 atau RM212,000.
Sebagai info, harga asal telefon pintar iPhone generasi pertama pada tahun 2007 dengan storan 4GB adalah $US499 atau RM1,911 manakala storan 8GB pula dijual pada harga $US599 atau RM2,550.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 15 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, dan tidak menerima notis mengenainya, boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih download iOS 15. Saiz muat turun untuk iOS 15 adalah 3.12GB dan pastikan bateri korang cukup atau mengecas ketika mahu memulakan muat turun.
1. Focus
Foto Via macrumors.com
Focus membolehkan anda memberikan tumpuan mengikut situasi. Jika korang tidak mahu diganggu oleh notifikasi atau deringan dari iPhone dek memfokuskan mengejar tarikh akhir laporan kerja, sedang bersenam, memandu atau sedang tidur.
Pengguna iPhone boleh menetapkan siapa dibenarkan menghubungi, notifkasi mana boleh dipaparkan dan apakah aplikasi yang boleh diakses mengikut mod yang dipilih. Paling menarik jika anda tidak mahu diganggu, pengguna iPhone lain boleh melihat anda mengaktifkan mod fokus di dalam aplikasi pemesejan seperti Messages.
2. Account Recovery
Pada iOS 15 terdapat ciri baharu Account Recovery yang membolehkan pengesahan diberikan kepada kontak rapat yang dipercayai. Pengguna juga boleh memiliki kontrak rapat sebagai Legacy Contact yang boleh mengakses akaun Apple ID pemilik yang telah meninggal dunia. Gambar yang disimpan di iCloud misalnya boleh dimuat turun ke akaun peribadi sebagai kenang-kenangan.
3. Live Text
Live Text ialah ciri menarik yang selama ini memerlukan pengguna iOS menggunakan Google Photos atau Google Lens. Dengan Live Text kesemua ciri ini ditawarkan secara terbina pada aplikasi kamera iPhone dan pelayar Safari. Pada aplikasi kamera apabila ia mengesah teks, ikon membaca teks akan muncul. Pengguna kemudian boleh salin tampal teks alamat, nama perniagaan atau nombor telefon pada papan iklan misalnya.
4. Find My
Find My ditambah baik dengan ciri mengesan kedudukan peranti walaupun selepas ia dimatikan atau telah ditetapkan semula selepas hilang. Menurut Apple lokasi peranti masih boleh dijejak sehingga 24 jam selepas ia dimatikan atau ditetapkan semula oleh insan yang mungkin telah mencurinya.
5. FaceTime Dengan Bukan Pengguna Di Luar Ekosistem Apple FaceTime Link
Paling menarik, kini ciri eksklusif FaceTime pada peranti Apple kini akhirnya boleh diakses juga oleh pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Kini tanpa peranti Apple sekalipun mereka boleh menggunakan FaceTime.
6. FaceTime Dipertingkat – Audio Spatial, Mod Portret,
Foto Via macrumors.com
Kepada pengguna ekosistem Apple pula, FaceTime semakin ditambah baik seperti akhirnya wujud mod potret yang mengaburkan latar belakang, audio spatial juga disokong bagi memberikan pengalaman perbualan dan mikrofon pula menyokong mod audio yang membolehkan bunyi latar disenyapkan supaya lebih jelas atau mod Wide Spectrum yang membenarkan audio persekitaran didengari sekiranya perlu.
7. SharePlay
SharePlay pula membolehkan kandungan video, muzik, gambar atau laman web bersama rakan secara atas talian. Apabila menonton video misalnya video boleh dikawal oleh kesemua pihak yang dijemput. Antara aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ialah Apple TV+, TikTok, NBA, Twitch dan MasterClass.
8. Memoji
Foto Via macrumors.com
Memoji dipertingkatkan lagi dengan pelbagai gaya rambut, penutup kepala, aksesor, alat bantuan pendengaran dan 40 jenis pakaian. Pengguna kini boleh menghasilkan Memoji yang semakin hampir kelihatan seperti diri mereka sebagai ganti di alam maya. Orang Malaysia pun boleh pilihan tudung dan baju melayu tau. Menarik bukan?
9. Notifikasi
Notifikasi dikemaskini lagi oleh Apple dengan ikon aplikasi yang lebih besar dipamerkan. Notifikasi yang paling penting akan diberikan kepentingan supaya pengguna boleh memberikan perhatian kepada apa yang paling perlu dilakukan terlebih dahulu.
10. Safari
Tab yang dibuka disusun dalam bentuk grid yang lebih mudah dilihat. Kini Safari lebih menyerupai Chrome. Kesemua tab boleh dikumpulkan secara setempat dan diselarikan diantara peranti-peranti Apple lain yang dimiliki pengguna. Dengan ini penggunaan Safari merentas platform lebih sekata. Akhir sekali cari menggunakan arahan suara pada Safari turut boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mahu menaip.
11. Wallet
Aplikasi Wallet semakin berguna kerana boleh menyimpan maklumat kunci elektronik, kunci hotel, kad pengenalan, kad vaksinasi Covid-19, kad pelajar dan juga kunci kereta. Dengan Wallet, iPhone menjadi pengganti kepada kunci-kunci fizikal. Perkongsian kunci antara ahli keluarga, anak-anak dan rakan sekerja juga boleh dilakukan sekiranya mereka juga mempunyai sebuah iPhone.
12. Photos
Photos meminjam beberapa ciri yang selama ini ditawarkan oleh Google Photos secara terbina. Ciri menghasilkan video memori, bagi yang mungkin tidak menyukai lagu yang disediakan, keseluruhan katalog Apple Music boleh digunakan sebagai muzik latar sekitar pengguna melanggan kepada perkhidmatan penstriman ini.
13. iCloud – iCloud+ Private Relay, Menyorokkan Alamat Emel Sebenar dan Storan Sementara
Foto Via macrumors.com
iCloud ialah perkhidmatan storan awanan perlu bagi semua pengguna ekosistem Apple. Dengan iOS 15, perkhidmatan ini dipertingkatkan dengan ciri Private Relay yang membolehkan pengguna melayari web dengan lebih selamat.Malah, iCloud turut membenarkan sandaran melebihi storan dilakukan ketika melakukan kemas kini peranti. Isu tidak cukup storan untuk melakukan sandaran sebelum kemas kini selesai.
14. Apple Health
Apple Health membolehkan data kesihatan dikongsi dengan ahli keluarga terdekat dengan selamat. Ini adalah ciri penting untuk memantau kesihatan ibu bapa yang berusia di kampung misalnya menerusi data yang dikumpul oleh Apple Watch. Ahli keluarga boleh dihubungi jika anomali dilihat pada degupan jantung misalnya.
Aplikasi Health juga boleh melihat perubahan trend kesihatan tubuh yang menjadi semakin baik ataupun buruk. Analisa kestabilan langkah juga boleh direkod dan dianalisa oleh pengguna. Amaran akan diberikan jika kestabilan langkah berkurangan dikesan.
15. Accessibility – Ciri Ketercapaian Untuk Golongan OKU Lebih Baik
Akhir sekali ciri ketercapaian (accessibility) membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan bunyi pop, ee atau bunyi klik dari mulut. Ini membolehkan OKU yang tidak boleh menyentuh skrin masih boleh menggunakan iPhone. Data audiogram turut boleh diimport bagi membolehkan sistem audio iPhone menguatkan frekuensi tertentu berdasarkan ujian telinga yang telah dilakukan.
Selamat mencuba!
Sumber : Amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.