Beri Door Gift Mi Segera Di Majlis Kahwin, Maggi Malaysia Ucap Tahniah Kepada Bakal Pengantin

Share

Kalau dulu di majlis perkahwinan dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai cenderahati daripada pihak pengantin.

Tapi zaman sekarang ni, dah macam-macam hadiah yang ‘rare’ dijadikan buah tangan di kenduri kahwin. Antara yang kita pernah dengar ialah roti gardenia, kicap, popcorn dan terbaru, Siti Najihah Zamani

dan pasangan memilih mi segera sebagai doorgift di majlis perkahwinannya.

Menafikan bahawa dia merupakan orang pertama yang memberikan mi segera sebagai hadiah kepada tetamu, Najihah mendapat idea ini kira-kira 9 tahun lepas, apabila terlihat di Facebook dan terus berniat nak buat begitu juga.

Ramai yang memberikan respon positif terhadap perkongsiannya itu dan ada juga yang bercadang untuk memberikan doorgift mi segera ini juga di majlis kahwin mereka nanti.

Paling menarik apabila pihak Maggi Malaysia sendiri turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru serta berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinannya. Comel je. Hiks!

Tidak kiralah walau apa saja yang korang nak berikan pada tetamu di hari bahagia korang nanti, paling penting kena ikhlas. Tetamu yang hadir pun akan happy. Betul tak?

Kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Siti Najihah Zamani serta pasangan yang bakal mendirikan perkahwinan tidak lama lagi.

IKLAN