Kami pasti ramai yang mempunyai masalah resdung dan seringkali mencari alternatif bagi mengubati penyakit ini.
Macam-macam jenis ubat resdung yang kita selalu lihat di iklan-iklan media sosial dan juga flyers yang diedarkan. Persoalannya, apakah benar jenis rawatan yang diiklankan itu memang boleh merawat resdung?
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh doktor ENT, Dr Mohd Shaiful Nizam di laman twitternya.
Apakah itu resdung?
Resdung dikategorikan kepada dua jenis iaitu alahan hidung (allergic rhinitis) dan radang sinus (sinusitis). Alahan hidung bukanlah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman, tapi merupakan satu tindak balas hidung pada alahan tertentu seperti makanan, debu persekitaran, hama dan bulu binatang.
Sesetengah individu mengalami alahan teruk yang menyebabkan sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan daripada orang normal. Ia dikenali sebagai hypersensitiviti. Inilah yang menyebabkan hidung korang membengkak dan mengeluarkan cecair hingus secara berterusan.
Bagi penghidap resdung, korang mesti faham sangat akan situasi seperti ini.
Ads
Gejala utama alahan hidung
• Bersin yang berterusan, terutamanya waktu pagi
• Hidung kerap berair
• Hidung tersumbat
• Gatal-gatal pada kawasan hidung dan mata
Rawatan alahan hidung
Ads
Hindarkan allergen dan kawasan yang berdebu. Doktor akan memberi ubat anti histamine atau spray hidung; atau kedua-duanya sekali bergantung peringkat resdung korang (sekejap atau berterusan).
Radang sinus
Paranasal sinus adalah rongga udara yang diselaputi oleh mukosa yang terdapat dalam tengkorak kepala. Jangkitan virus/bakteria/kulit akan menyebabkan radang pada sinus sama ada radang akut atau kronik.
Gejala sinusitis
• Sakit muka pada bahagian sinus yang terlibat
• Hingus pekat kekuningan dan berbau
• Hidung tersumbat
• Kurang deria bau
• Sakit kepala dan sukar bernafas (teruk)
Untuk radang akut, korang akan diberikan antibiotik yang sesuai, selai ubat anti histamine dan spray hidung. Pembedahan akan dilakukan sekiranya rawatan konservatif (ubat) ini gagal, serta selepas dikesan melalui imbasan CT scan.
Komplikasi radang akut sinusitis yang tidak dirawat dengan betul boleh merebak ke kawasan mata dan juga merebak ke dalam otak.
Menurut doktor ini lagi, ulat resdung sebenarnya tak wujud dan ulat ini juga bukan penyebab utama kepada resdung. Jika ada ulat dalam resdung ini mungkin telah berlaku komplikasi yang sangat teruk dan tidak mendapatkan rawatan yang sebetulnya.
Lebih baik sekiranya korang terus mendapatkan nasihat daripada doktor, daripada mengambil rawatan yang belum tentu beri manfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Abby Sturgin, seorang anggota polis dari West Auckland, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Miss Universe New Zealand 2025 pada 24 Jun lalu.
Berusia 28 tahun dan berdarah kacukan Kiwi-Laos, Abby berjaya mengatasi saingan daripada 12 finalis lain dari seluruh negara, sambil menggalas tanggungjawab berat sebagai anggota polis barisan hadapan. Bukan biasa-biasa!
Apa yang menjadikan kemenangan Abby lebih bermakna adalah misinya untuk mencabar persepsi masyarakat terhadap dunia ratu cantik.
“Masyarakat sering beranggapan bahawa seseorang tak boleh jadi cantik dan bijak atau rajin dalam masa yang sama.
“Saya mahu tunjukkan kepada para gadis bahawa mereka tidak perlu merendahkan pencapaian dan impian mereka hanya kerana stereotaip.
“Saya nak mereka fikir – wow, hebatnya. Dia seorang anggota polis, tapi dia juga boleh bergaya dengan kasut tumit 6 inci dan gaun yang sangat cantik,” ujar Abby penuh yakin.
Dalam misinya untuk memberi makna lebih besar kepada dunia pageant, Abby merancang untuk menggunakan gelarannya sebagai platform meningkatkan kesedaran mengenai isu yang dekat di hatinya, antaranya keganasan rumah tangga serta berganding bahu bersama badan amal tempatan.
Abby bakal membawa nama New Zealand ke pentas antarabangsa apabila Miss Universe ke-74 yang berlangsung di Thailand pada bulan November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Stuff
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang cantik, pakai apa pun tetap nampak cantik. Kemunculan peragawati dan pelakon terkenal, Nasha Aziz di pertunjukan fesyen jenama Muslimah tempatan, Munawwareen menarik perhatian ramai.
Muncul sebagai penutup kepada pertunjukan keseluruhan, wanita berusia berusia 51 tahun ini tampil anggun berhijab sambil menggayakan busana rekaan khas rona hijau zamrud bertatah jemeki di bahagian lengan dan labuh baju.
“Saya sebagai insan yang biasa hanya menjalankan tugas saya apabila diberi tanggung jawab. Apa sahaja rezeki yang yang datang saya terima. Apa yang kita lakukan, lakukanlah dengan sepenuh hati dan hargai setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
“Rezeki tidak salah alamat yang mana bila saya di jemput walaupun dalam masa seminggu dan saya bersyukur dapat bersama team yang hebat ini,” ujar Nasha apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam pertunjukan fesyen tersebut.
SEMPURNAKAN HIJRAH CINTA
Munawwareen diasaskan oleh Datin Hajah Aliza Abu Bakar pada tahun 2020. Pertunjukan fesyen ini merupakan satu salam perkenalan kepada umum selepas dunia dilanda pandemik Covid-19 selama hampir dua tahun.
Sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian telah dipentaskan dan rekaan busana tersebut merupakan koleksi yang akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.
Mengangkat tema Sempurnakan Hijrah Cinta, rekaan busana yang dipersembahkan terbahagi kepada empat segmen. Hawa 1 mewakili koleksi rekaan telekung, Hawa 2 mewakili koleksi rekaan jubah dan abaya, Rijal mewakili koleksi rekaan jubah dan kurta lelaki manakala Hawa 3 mewakili koleksi rekaan jubah dan dress yang dihasilkan secara ekslusif.
Pada majlis tersebut, Ernie Zakri turut membuat kemunculan khas mendendangkan lagu rasmi jenama yang diberi nama berdasarkan nama jenama itu sendiri, Munawwareen. Lagu tersebut ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hadirnya musim panas pada setiap tahun pasti memberikan satu keasyikan kepada penggemar jenama aksesori popular, Pandora. Saban tahun, mereka tentu akan memperkenalkan koleksi terbaru untuk direbut oleh pengumpul tegar jenama tersebut kerana keunikan rekaan yang ada.
Menariknya untuk 2022, rupanya bukan kita saja yang ternanti-nantikan koleksi musim panas ini tetapi juga personaliti popular seperti penyanyi Charli XCX, selebriti media sosial Addison Rae, penari Kanada Donte Colley, selebriti TikTok Cecilia Cantarano dan penyanyi Filipina-Inggeris Beabadoobee.
Menerusi kempen Pandora Me 2022, lima orang duta fresh ini memperagakan aksesori pilihan yang dekat dengan hati serta karakter peribadi mereka.
Bagi peminat Charli, tentunya korang tahu dengan konsep more is more yang selalu dipilih penyanyi Boom Clap itu. Jika korang juga seorang maximalist, pilihlah beberapa rekaan berbeza untuk dipadankan dengan teknik layering pada bahagian leher dan lengan.
Buat Addison Rae pula yang terkenal dengan gaya unik yang menjadi ikutan ramai di media sosial, dia menunjukkan bagaimana korang boleh glow up bak sedang menghadiri festival muzik. Yang penting, kenalah terbuka untuk tampil experimental.
Addison Rae
Gaya Charli dan Addison Rae ini mudah untuk korang capai memandangkan koleksi musim panas 2022 membawakan rekaan persis era fesyen 1960-an hingga 70-an.
Lihat sajalah kepada bentuk-bentuk comel lagi unik seperti pelangi, hati dan matahari. Yang mana merasakan diri mereka seorang ‘Angel Baby’, korang juga boleh mendapatkan cincin dengaan typografi label tersebut!
Yang penting, there are no wrongs in styling a Pandora Me collection. Yang penting korang selesa dan yakin semasa menggayakannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!