Kredit foto: nindelivers.com

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk membeli secara online dan mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang kerana tidak ‘menghapuskan’ butiran peribadi sebelum membuang bungkusan parcel yang diterima.

Hal ini diingatkan oleh pihak polis kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan yang membeli dan menerima barangan.

Korang disarankan membuang bungkusan parcel yang mempunyai butiran peribadi secara selamat bagi mengelakkan maklumat yang tertera digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

Kredit foto: information-age.com (Gambar hiasan)

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, beliau menegaskan bahawa sila pesan kepada ahli keluarga atau wakil penerima yang berada di rumah untuk tidak sewenang-wenangnya membuat pembayaran ke atas barangan yang dihantar sebelum mendapat pengesahan daripada ahli keluarga yang membuat pesanan tersebut.

IKLAN

Korang juga boleh membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa penipuan yang menggunakan modus operandi ini supaya siasatan dapat dijalankan.

Walaupun masih belum ada sebarang laporan polis diterima bagi kes seperti ini, namun pihak polis menegaskan bahawa siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat akan dilaksanakan sekiranya kes sebegini dilaporkan.

Ha, sebelum ni tak pernah terfikir kan?

IKLAN
Kredit foto: bbc.com (Gambar hiasan)

Kenyataan daripada pihak polis ini rentetan video tular yang rasanya korang pun dah tengok melalui aplikasi Whatsapp yang disebarkan dalam grup.

Penjenayah mengambil kesempatan dengan mengambil bungkusan parcel yang dibuang dan pergi ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran. Penjenayah memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa yang berada di rumah untuk membuat pembayaran sebanyak RM500 kerana barang yang dihantar masih belum dibayar.

IKLAN

Korang bayangkan, jika berlaku kepada ahli keluarga kita yang mungkin akan terpedaya, tak pasal-pasal melayang duit macam tu saja kan?

So, the best way is, sebelum korang buang tu, koyakkan segala maklumat seperti alamat dan nombor telefon supaya tidak ada yang boleh ambil kesempatan nanti.

Sumber: Berita Harian