Tak semua orang mempunyai pengalaman untuk berkahwin semuda usia 22 dan 24 tahun.
Ini kerana tak semua orang mudah untuk mencari cinta seperti Justin Bieber dan isterinya, Hailey Baldwin. Jadi apabila muncul isu trouble in paradise dalam hubungan Hollywood ini, ramai yang meramalkan mereka mungkin akan berpisah tak lama lagi.
Tapi kenapa?
01
Bergaduh Lagi Di Tempat Awam
Kelmarin, Justin dan Hailey sekali lagi didapati bergaduh secara terbuka tetapi kali ini, mereka berada di Laguna Beach California. Walaupun sehingga kini masih belum ada sebab munasabah mengapa ia terjadi, reaksi Hailey yang bercakap menjerit sudah cukup untuk menceritakan segalanya. Gitu!
Pada satu ketika, Justin seakan sudah penat untuk ‘bergaduh’ dan lakukan perkara normal yang dilakukan oleh mana-mana couple yang sedang bergaduh – meniarap di atas rumput untuk masa time out. Normal kan lakukan planking?
Err no.
Ads
02
Isu Tak Percayakan Pasangan
Bila dah berkahwin tu, sepatutnya tak ada rahsialah di antara suami isteri kan? Lain pula halnya dengan Justin dan Hailey.
Mereka masih mempunyai isu percaya dan ada kalanya lebih sanggup memendamkan perasaan daripada bercakap sesama sendiri. Ini terutamanya berlaku kepada Justin yang sukar untuk percayakan orang lain kerana telah banyak kali dikecewakan sepanjang menjadi seorang pop star.
Tapi Hailey tu kan isteri dia? Bukan orang lain pun..
Nasib baiklah Hailey banyak bersabar dan menyokong Justin dari belakang.
03
Bila Masalah Diluah Di Instagram..
Ads
Orang tua-tua selalu pesan, masalah biar dibawa berbincang sebelum lelapkan mata. Nampaknya, Justin tak tidur lenalah memandangkan dia membawa masalah itu ke status Instagram pada Ahad lalu.
Dalam satu posting terbaru, Justin mengakui dia sedang ‘bergelut’ dengan dilema dan, “Saya rasakan diri terasing daripada semua perkara dan pelik. Saya selalu bounca back jadi jangan risau. Cuma saya ingin kamu doakan yang terbaik untuk saya. Ini adalah ‘the most human season’ dan paling realistik pernah saya hadapi.”
Hhm, are you okay Justin?
04
Keluarga Mula Bersuara
Well, tak semua orang sukakan tindakan Justin dan Hailey untuk berkahwin pada usia muda. That one particular man adalah pakcik Hailey sendiri.
Billy Baldwin bukannya ‘membenci’ hubungan mereka. Dia sekadar merasakan mereka seharusnya menunggu dan mengenali isi hati kedua-dua pihak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan besar seperti berkahwin.
“I love them as a couple, but maybe waiting for a couple more years would have been better. Tetapi mereka tidak tunggu, itu terpulang kepada mereka. Cuma saya berharap selepas berkahwin ini, janganlah terus commit diri untuk menjadi parents pula. Ambil masa secukupnya untuk matang sebagai pasangan,” katanya kepada US Weekly.
05
Hailey Pula Suarakan Isi Hati..
..mengenai keputusan berkahwin pada usia muda ketika bercakap dengan BFF, Kendall Jenner di program Apple Music.
“Ia (perkahwinan) adalah perkara yang menakutkan, tetapi Justin adalah insan yang telah saya cintai untuk bertahun-tahun lamanya. He is my best friend dan kami dapat lakukan semua perkara bersama-sama sekarang, forever.
“Cuma, bahagian ‘forever’ itu baru saya fahami selepas berkahwin. I was like, OK, this is really like, this is forever. There is no end,” katanya.
Kecualilah jika berlaku perpisahan. Tetapi REMAJA percaya, mereka lebih mengerti bagaimana untuk menyelesaikan masalah masing-masing.
Korang rasa Justin dan Hailey akan kekal bersama tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah meluahkan hasrat untuk bercerai dengannya, sekitar Februari lalu.
Berkata kepada Remaja, dia amat terkejut dengan kenyataan Aliff yang mengakui sudah tidak mempunyai perasaan lagi terhadapnya meskipun ketika itu rumah tangga mereka sedang harmoni.
“Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai dan dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan bahawa dia meminta petunjuk daripada yang maha Esa untuk melindungi rumah tangganya.
Namun, tidak menyangka menerima berita mengenai khalwat suaminya bersama pelakon, Ruhainies.
“Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat. Saya terfikir, kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba?
“Sebab itu saya solat istiqarah dan sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan dengan kes khalwat. Jadi, inilah jawapannya,” tuturnya lagi.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adat orang bercinta, ada masanya kita akan menyimpan rasa syak wasangka dan tak percaya terhadap pasangan sendiri. Mungkin ramai yang cuba mengenepikan perasaan ini, hakikatnya jauh di dalam hati tersemat rasa insecure yang orang lain tidak tahu.
Sejak kebelakangan ini, REMAJA banyak mendengar keluhan di media sosial tentang kes teman lelaki yang mencurangi pasangan mereka termasuklah di kalangan selebriti tempatan.
Girls, usah jadi mangsa yang senang diperbodohkan ya.
Nak tahu bagaimana cara untuk korang ketahui kelakuan seorang lelaki yang – mungkin – sedang mencurangi kalian, nah 5 perkara petanda awal yang boleh korang perhatikan.
Tiba-Tiba Suka Berahsia
Semakin lama semakin suka berahsia.
Kita faham pasangan akan menyimapan perkara peribadi terhadap diri sendiri. Namun dia juga semakin berahsia dari segi keberadaannya atau aktivitinya pada setiap hari. Bila menjawab ada sahaja alasan yang tidak meyakinkan diberikan olehnya. Berbeza ketika dahulu, tak sempat untuk korang bertanya pun dia sudah beritahu sedang berada di mana.
Sibuk 24/7
Ini alasan yang paling klasik. Ya, bukan kita tidak faham tugasannya pada setiap hari. Tapi jika si dia sentiasa memberi alasan sibuk atau tidak mahu diganggu setiap kali kita cuba untuk berhubung, tentulah kita sebagai pasangan pun hairan. Di sinilah bermula sindrom GF stalker yang meletus dalam diri teman wanita.
Penampilan Berubah Mendadak
Siapa yang tak gemarkan pasangan yang semakin menjaga penampulan diri, tampak kemas dan selalu berbau harum. Namun hati-hati girls sekiranya perubahan pada pasangan korang adalah terlalu drastik. Jika dahulu dia tidak kisah pun untuk memakai baju yang sama. Kini semakin banyak pula pakaian baharu yang dibelinya. Adakah si dia sedang cuba untuk ‘impress’ seseorang selain kamu?
Dingin
Cuba perhatikan cara dia membalas mesej kamu. Jika corak perbualannya berubah dan semakin dingin dalam komen balasnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kalau si dia tidak angkat call atau langsung tidak menunjukkan ‘effort’ untuk membalas mesej sentiasa, mesti ada yang tidak kena. A late reply from a boyfriend is normal, a distant silence from his end is not.
Pantang Sentuh Telefon
Ya, kita faham telefon pintar adalah ‘ruang’ peribadi seseorang termasuklah pasangan sendiri.
Akan tetapi, jika si dia laju sahaja melatah bila korang meminjam telefon pintarnya, ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi jika dia enggan membiarkan korang memasuki laman media sosial dengan akaunnya, hmm..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malala merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang disegani ramai. Lantang bersuara dalam isu pendidikan untuk kanak-kanak terutamanya perempuan, dia menjadi suri teladan kepada ramai remaja di luar sana dek semangat juangnya yang tinggi.
Manakan tidak, ketika berusia 15 tahun dia telah ditembak di bahagian kepala oleh kumpulan pengganas Tehrik i-Taliban Pakistan hanya kerana berani bersuara tentang kehidupan di Lembah Swat setelah diceroboh oleh kumpulan pengganas tersebut. Dari titik permulaan itu setelah pulih dari kecederaannya, dia aktif memulakan aktiviti kemanusiaan.
Malala tidak pernah lelah memperjuangkan pendirikan untuk kanak-kanak perempuan terutamanya. Sumber gambar: Instagram Malala
Terkini, wanita berusia 24 tahun ini telah mengumumkan dalam satu hantaran di Instagram mengenai majlis penikahannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Asser Malik.
Dalam perkongsian tersebut Malala berkata, “Hari ini menandakan hari yang bahagia di dalam hidup saya. Saya dan Asser telah mengikat janji untuk menjadi pasangan hidup. Kami telah mengadakan majlis nikah secara kecil-kecilan di rumah di Birmingham bersama keluarga kami. Tolong doakan kami. Kami sangat teruja untuk menempuhi perjalanan yang menanti di masa hadapan.”
Dalam tinjauan Remaja di laman Instagram milik Asser pula, dia memuatnaik gambar bersama isterinya dan meletakkan emotikon berbentuk hati.
Untuk majlis pernikahannya, Malala ampil anggun dalam busana tradisional dan selendang menutupi kepala. Manakala Asser Malik tampan dalam persalinan sut berona hitam siap bertali leher rona senada dengan busana isterinya.
Malala dilihat bersama suaminya dalam gambar berkumpulan ini. Sumber gambar: Instagram Asser Malik
Graduan Universiti Oxford ini pernah berkongsi dalam satu temubual bersama majalah Vogue British tentang rasa was-was serta pendiriannya mengenai perkahwinan namun di marahi ibunya.
Ujarnya, “Saya masih tidak faham mengapa manusia perlu berkahwin. Jika anda mahukan seseorang di dalam hidup kenapa perlu menandatangani surat perkahwinan. Mengapa ia tidak boleh menjadi sebuah perkongsian sahaja? Dan ibu saya terus berkata, jangan berani berkata sebegitu, awak kena kahwin, perkahwinan itu indah.”
Nampaknya, Malala boleh berterima kasih kepada ibunya. Dia sudah menemui ‘prince charming’ yang bakal mengisi hatinya sehingga ke akhir hayat.
Pasti anda tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hati wanita yang ‘berkuasa’ dan di pandang tinggi oleh ramai orang ini.
Menurut sumber, Asser merupakan seorang Pengurus Besar Prestasi Tinggi bagi Pakistan Cricket Board dan di merupakan seorang graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomik dan Sains Politik dari Lahore University of Management Sciences.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!