Berdiri Sebelah Tong Sampah Jadikan Pelajar Perempuan Viral Satu Dunia

Share

“My boyfriend and I colour-coordinated our outfits today.”

Disebabkan 7 perkataan tersebut yang ditaip seorang pelajar perempuan Melayu di Twitter, dia menjadi tular bukannya seluruh Malaysia tetapi seluruh dunia dalam masa satu malam.

Sempena 14 Februari lalu yang juga disambut sebagai Hari Kekasih di seluruh dunia, pelajar @adiiilaaa

telah berkongsi satu foto di Twitter yang menunjukkan dia berdiri bersebelahan dengan tong sampah berwarna biru.

Kebetulan pula, dia sedang memakai baju kurung dan selendang yang sama warnanya dengan tong sampah dan plastik sampah itu. Obviously, tweet tersebut berbaur gurauan, kononnya dia Adila kekal single pada tarikh tersebut tanpa seorang boyfriend.

Ada juga yang mengandaikan Adila berkata semua lelaki sebenarnya bersifat ‘trashy‘ dan tak berguna apabila dia berdiri di sebelah ‘trash bin’.

Hhm, we can totally relate with you girl!

Tanpa disangka, selepas bangun pada hari ini, Adila mendapati tweet-nya itu sudah dikongsi semula sebanyak 23,000 kali dan mendapat 64,000 like. Bukan itu saja, Adila juga didapati cuba untuk membalas semula komen yang diterima.

Ia terus bertukar tular apabila portal popular dunia seperti teenvogue.com dan instagram buzzfeed turut memuat naik artikel dan posting mengenai tweet Adila tersebut.

Dan apabila ada followers Adila yang memberitahunya tentang hal tersebut, dia terkejut dan memuat naik, “This is it, this is the peak of my existence. Mom I made it

.”
IKLAN