Di mana ada kemahuan, tentunya di situ jugalah ada jalannya.
Begitulah perumpaan tepat bagi menggambarkan pengalaman mahasiswi kurang upaya (OKU) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setelah tujuh tahun melanjutkan pengajiannya.
Anisya Anis Sariff, 27 yang memilih jurusan Psikologi dan Pembangunan Sumber Manusia telahpun mencatatkan nilai gred purata (CGPA) 3.77 lantas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Dekan dalam Majlis Konvokesyen ke-66 UTM Skudai, semalam.
Namun dari sosok luaran dan senyuman lebar yang tertampal pada wajahnya semalam, tidak ramai yang mengetahui kepayahan yang perlu dilaluinya untuk tiba di saat ini.
Ads
Sebagai seorang pengidap penyakit Bipolar Disorder, Anis tidak sesekali ingin menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuknya tidak mengejar impian. Tambahan pula, dia bertuah apabila sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, pensyarah dan tunangnya.
“Kalau ikutkan, penyakit saya akan menjadikan saya sering murung, mengalami delusi dan berhalusinasi. Alhamdulillah, saya dapat menanganinya dengan mendisplinkan diri untuk mengambil ubat yang disyorkan pakar selain mengikuti sesi terapi.
“Sebenarnya saya juga berasa sebak. Sebelum ini saya pernah berhenti belajar selama setahun, sebelum menyambung semula pengajian di Turkiye.
“(Jadi) secara keseluruhannya, saya belajar di UTM selama lima tahun dan dua tahun lagi di luar negara (Turkiye) sebelum menamatkan pengajian,” katanya kepada pemberita.
Ads
Musim majlis konvokesyen nyata sedang rancak berlangsung ketika mana Malaysia turut sibuk membincangkan perihal politik negara. Terdahulu, REMAJA melaporkan mengenai pemilihan atlet kebangsaan kurang upaya, Latif Romly sebagai penerima Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan daripada Universiti Malaysia Perlis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2) Ikhwan tidak selincah abangnya semasa beraksi di padang bola.
3) Fikri sehebat bapanya ketikat berdebat di pentas.
4) Baju Nurliyana tidak semahal baju Khairiah.
Empat ayat di atas merupakan contoh penggunaan imbuhan “se-” dalam konteks yang berbeza. Sebelum saya jelaskan apa yang membezakan penggunaan awalan “se-” di atas, eloklah kita berkenalan dahulu dengan awalan “se-”. Awalan “se-” merupakan awalan kata adjektif apabila digabungkan dengan kata dasar membawa pengertian sama. Contoh secerah yang membawa maksud sama cerah, sehebat membawa maksud sama hebat, segagah yang membawa maksud sama gagah. Contoh penggunaan awalan “se-” yang membawa maksud sama ialah pada ayat (1) dan (3) di atas.
Walau bagaimanapun, jika kita ingin membuat perbandingan yang membawa maksud tidak sama, kata nafi tidak perlu berada di hadapan kata berimbuhan “se-” tersebut sebagaimana contoh pada ayat (2) dan (4).
Ayat (2) menunjukkan bahawa kelincahan Ikhwan di padang bola tidak sama dengan kelincahan abangnya. Hal ini menunjukkan abang Ikhwan lebih lincah daripada Ikhwan apabila berada di padang bola. Begitulah halnya dengan ayat (4) yang jelas menunjukkan bahawa, baju Khairiah lebih mahal daripada baju Nurliyana.
Daripada keempat-empat contoh ayat di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa, walaupun penggunaan awalan “se-” membawa maksud sama, namun maksudnya tidak serupa bergantung bagaimana ayat itu dipersembahkan mengikut konteks. Kata berawalan se- juga tidak boleh diikuti dengan perkataan seperti atau denganuntuk membawa maksud sama. Lihat dua contoh dua ayat ini.
Ayat Contoh:
5) Beliau tidak segagah seperti Hang Tuah
6) Warna baju kakak sehijau dengan warna daun
Kedua-dua ayat di atas tidak gramatis, kerana hadirnya perkataan seperti pada ayat (5) dan dengan pada ayat (6). Justeru, berhati-hatilah ketika menggunakan awalan “se-” kerana penulisannya sama, namun maksudnya tidak serupa.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Hjh Noor Zila binti Md. Yusuf
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhir Mei, Baginda Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke majlis konvokesyen anakanda di Swiss Hotel Management School (SHMS), Switzerland.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis graduasi Adam Salleh bin Mustapha Kamal pada 31 Mei lalu.
Kredit: Instagram @selangorroyalofficial
Selangor Royal Official menerusi Instagram memaklumkan Adam Salleh merupakan anakanda bongsu Tengku Permaisuri.
“Adam Salleh, 22 tahun, telah menamatkan pengajian selama tiga tahun dari Swiss Hotel Management School (SHMS) dengan Kepujian Kelas Pertama dan menerima Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Hospitaliti Antarabangsa dan Pengurusan Acara”
Kredit: Instagram @selangorroyalofficial
Sekadar info, SHMS yang berpengkalan di Caux, Switzerland berada di kedudukan kedua dalam senarai penarafan ‘Best University in the World for Hospitality and Leisure Management’ oleh QS Ranking 2024.
Kampus SHMS terletak di dalam bangunan bersejarah, Caux Palace yang dibina pada tahun 1902, yang turut tersenarai sebagai warisan kebangsaan Switzerland.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelmarin, Azeem Fahmi berjaya memecahkan rekod kebangsaaan dengan catatan masa 10.09 saat sekaligus meleburkan rekod lama yang dicatat Khairul Hafiz Jantan yang dipegangnya sejak tahun 2016.
Seiring dengan prestasi cemerlang itu dilayak ke peringkat separuh akhir dan di pusingan tersebut dia mencatat masa 10.19 sekaligus melayakkan diri sebagai lapan peserta akhir 100m Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 tahun.
Saingan peringkat akhir yang berlangsung jam 7 pagi tadi menyaksikan anak jati negeri Perak ini menamatkan saingan keseluruhan dengan berada di kedudukan kelima dengan catatan masa 10.14 saat.
Berita ini disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican menerusi ciapan di laman Twitter. Ujar beliau, “Dengan catatan 10.14s, @_azeemf berjaya mendapat tempat kelima dalam final 100m @WorldAthletics U20 di Cali, Colombia! Tahniah Azeem Fahmi!”
Acara tersebut dimenangi oleh atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencipta rekod dunia mencatat masa 9.91 saat sekaligus memecahkan rekodnya sendiri yang dicatat sebelum ini dengan catatan masa 9.94 saat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!