Jadi kalau korang memang peminat sejati makanan Thai ni, apa kata sesekali pergi jauh sikit dari KL, datang sendiri ke Bangkok, Koh Lipe Dan Hatyai untuk menikmati lebih banyak masakan pure dari daerah tersebut.
Tempat Menarik Di Bangkok – Koh Lipe – Hatyai
Perkongsian oleh Puan Nora Dama ini cukup menarik apabila dia turut berkongsi makanan best sepanjang berada di tiga tempat. Malah, kos sepanjang ke sana habis hanya lingkungan RM1.5 ribu, tidak termasuk perbelanjaan peribadi.
Bangkok – View dari DMK Airport SRL Train
Perjalanan ini turun DMK airport.
Menaiki SRL Red Line Train ke city – 66 baht. Ada juga bus #A1-A4 dengan harga 40 baht tapi mengambil masa yang agak lama sikit during peak hours <2 hours.
Kami stay di Al Meroz Hotel (RM360/pax untuk 5 malam dengan sarapan). Kalau turun di Suvarnabhumi Airport, ada direct ARL train ke sini.
Depan hotel ada 3 restaurant halal – Sophia Restaurant for Thai food, Korean dan Japanese Restaurant. Boleh juga stay area Pratunam dan Ratchathewi (banyak juga makanan halal area ini).
Hatyai – Kai Tod Decha Restaurant
Untuk gerak ke mana-mana boleh menggunakan bike dari BOLT app sebab Bangkok terkenal dengan heavy traffic, ya. Bolt juga lebih jimat dari Grab.
Bangkok – Bus ke Ramkhamhaeng Night Market
Memandangkan hotel kami terletak di kawasan Ramkhamhaeng, jadi kami menaiki bus direct ke Ramkhamhaeng Night Market dgn harga 8 Baht sahaja. Boleh juga singgah Jodds Fairs Market.
Tempat Makan Lain Yang Patut Cuba
– Pulut mangga @ Saman Islam di Chatuchak Market (dah try banyak tempat tapi sini juga paling sedap).
Ads
Koh Lipe – Breakfast di resort
– Toro Fries @ Level 6 Iconsiam. Untuk ke sini boleh naik BTS turun Saphan Taksin dan ada free shuttle boat utk ke Iconsiam.
– Khaow-soy @ Phayathai Kitchen.
Next, fly ke Hatyai menaiki Thai Airways (RM150/way).
Koh Lipe – Sambil layan view
Dari Hatyai airport kami menggunakan khidmat “Dee Travels Hatyai” (boleh search di FB) untuk transfer ke Koh Lipe (1600 baht return trip, and National Park fees additional 220 baht / pax).
Sangat recommend stay di Sea to Moon Resort Koh Lipe sebab kawasan ini yang terbaik kalau nak berenang dan menikmati pemandangan laut (kiri dan kanan kami banyak boats blocking the view).
Koh Lipe – Bob Marley Vibes
Kami pilih bilik sea view jadi harga mahal sikit RM360/pax untuk 2 malam dengan sarapan (halal, pekerja muslim).
Ads
Tempat makan yang sangat recommend:
– Pulut Ayam @ Tasneem Restaurant (terbaik pulut ayam dia, dah try banyak tempat tapi bawang goreng dia tak sesedap kedai ni)
– Tom Kha Soup Coconut milk dan juga Bbq seafood @ Bungroon Restaurant (sepanjng trip kami makan kat kedai ni je sebab memang sedap) Malam ada live music.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dihentikan operasi pendakian pada 13 Januari lalu, kini aktiviti mendaki puncak Gunung Kinabalu sudah dibenarkan semula bermula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari sahaja.
Walau bagaimanapun, pendaki terlebih dahulu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.
Pendaki juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuklah mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan untuk ujian saringan COVID-19.
Mengikut SOP yang telah ditetapkan itu juga, pendaki dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan kos saringan ujian ditanggung sendiri.
Bayaran pendakian akan dikembalikan sekiranya ujian saringan yang dibuat adalah positif dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.
Hm, tapi di negeri Sabah sendiri masih belum dibenarkan untuk merentas daerah, apa lagi nak rentas negeri kan? Jadi, mungkin penduduk sekitar gunung bolehlah daki Kinabalu ni. Hiks!
Syukur, sekali lagi kita dipertemukan dengan 1 Rejab pada hari ini. Itu menandakan kita hanya tinggal 2 bulan saja sebelum Ramadan.
Rejab ini merupakan satu bulan yang cukup istimewa bulan orang Islam sehinggakan ia tergolong dalam empat ‘bulan Haram’ yang dinamakan dalam Islam.
Antara empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya’ban.” Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata’if al-ma’arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab.
Kita semua digalakkan untuk lebihkan ibadat berpuasa, bersedekah, berzikir, menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran pada keempat-empat bulan ini. Sumber (I)
Untuk pengetahuan, ini adalah 3 lagi keistimewaan bulan Rejab yang harus diketahui oleh kita semua yang beragama Islam.
Ganti Puasa
Bulan Rejab ini selalunya dianggap sebagai bulan latihan bagi umat Islam melatih diri untuk berpuasa sebelum tibanya Ramadan. Bagi kaum perempuan pula, ini boleh dianggap sebagai bulan ‘warning’ bagi mereka menggantikan ‘hutang puasa’ sementelah tinggal 2 bulan saja masa yang tinggal.
Korang juga boleh saja menggabungkan niat puasa sunat dengan puasa ganti.
2. Bulan Persediaan
Selain daripada berpuasa, umat Islam juga digalakkan bersedia mempertingkatkan ibadah bermula bulan ini menuju ke Ramadan.
Kata Imam Muda Aran kepada rakan media di Sinar Plus, Rejab ibarat kita menanam pokok. Syaaban pula ibarat menyiram tanaman dan meletakkan baja. Manakala Ramadan pula bulan untuk kita menuai hasilnya.
3. Perbanyakkan Doa Ini
Tentunya, bulan mulia ini didatangkan dengan satu doa khas buat umat Islam agar mereka boleh memohon dapat menemui Ramadan tidak lama lagi.
Amalkan doa, “Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya’ban wa Balighna Ramadan.”
Maksudnya, “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadan.”
Mudah-mudahan doa kita itu akan diterima. Wallahualam.
Apa itu Bulan Haram?
Menurut keterangan yang diberikan oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bulan-bulan Haram Islam telah diterangkan dalam Al-Quran sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 36; maksudnya:
*****
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
*****
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukanlah asing di kalangan rakyat Malaysia, terutama bagi golongan muda yang menjadikannya sebagai inspirasi.
Sebagai figura muda yang mencipta sejarah dalam dunia politik negara, segala perkembangan tentang dirinya pasti mencuri perhatian.
Tapi korang tahu tak? Selain aktif dalam politik, Syed Saddiq sebenarnya ada latar belakang akademik yang menarik dan merupakan seorang pendebat hebat di peringkat antarabangsa! Jom kita kenali lebih lanjut tentang perjalanan hebat beliau.
Dilahirkan 32 tahun yang lalu di Pulai, Johor Bahru, Syed Saddiq merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru, sebelum menyambung pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai English College.
Menariknya, perjalanan akademik Syed Saddiq tak berhenti di situ! Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Tentera Diraja (MTD) dan kemudian menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Bukan itu saja, beliau juga pernah mengikuti program Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service di Universiti Nasional Singapura!
Kehebatan Dalam Dunia Perdebatan
Kalau korang pernah dengar tentang kejayaan Malaysia dalam dunia perdebatan, nama Syed Saddiq pasti tersenarai sebagai antara bintang yang bersinar! Semasa di UIAM, beliau terkenal sebagai seorang pendebat yang lantang bersuara dan berani menyampaikan hujah dengan penuh keyakinan.
Antara pencapaian terbaiknya adalah apabila beliau dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Asia selepas mewakili UIAM dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC). Tak cukup dengan itu, beliau juga pernah merangkul gelaran Pendebat Terbaik (ESL) di Kejohanan Debat Australia, Cambridge dan Oxford Inter-Varsities pada tahun 2012 hingga 2014.
Kemuncak kejayaannya? Syed Saddiq pernah dinobatkan sebagai Asia’s Best Speaker dalam Kejohanan Debat Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship. Memang power habis!
Dengan segala pencapaian luar biasa ini, jelas menunjukkan bahawa Syed Saddiq bukan sahaja hebat dalam politik, tetapi juga seorang ikon akademik dan perdebatan yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: IG Syed Saddiq
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!