Bercakap tentang nikah, zaman moden ini ramai pasangan muda dan remaja lebih selesa untuk bercinta sebelum nikah dengan pilihan hati dengan alasan untuk mengenali hati budi sebelum berumah tangga.
Gambar Hiasan
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seramai 22 pasangan pengantin dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Pondok Darul Falah Pusat di Sidoarjo, Jawa Timur baru-baru ini.
Lebih menarik, 22 pengantin itu saling tidak mengenali siapa pasangan mereka ketika dinikahkan.
Ketua sekolah pondok tersebut, Syaiful Bakri berkata, acara pernikahan melibatkan ramai pasangan pengantin itu akan dilakukan setiap lima tahun sekali.
Ads
Katanya, kebanyakan pengantin itu merupakan pelajar perempuan dan lelaki di sekolah pondok berkenaan yang sudah cukup umur dan ingin mendirikan rumah tangga.
“Kesemua pelajar itu akan dinikahkan dan mereka hanya bertemu dengan pasangan masing-masing selepas ijab kabul selesai.
“Hal ini tidak menimbulkan masalah kerana setiap pengantin sudah bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang dijadikan suami mereka,” katanya seperti yang dilapor Antara.
Ads
Jelas Syaiful, pernikahan kali ini merupakan yang ketujuh dilaksanakan di sekolah pondok berkenaan.
Dia menerangkan, selepas para pelajar bernikah, mereka dan suami serta isteri masing-masing akan ditempatkan di cawangan sekolah pondok di beberapa daerah lain bagi membantu operasi.
“Sekurang-kurangnya 250 pasangan pengantin sudah dinikahkan sejak majlis perkahwinan beramai-ramai itu diadakan.
Ads
“Para pelajar juga tidak dipaksa sama ada untuk berkahwin dengan rakan mereka di sekolah pondok atau pun orang luar.
“Jika ada yang mahu berkahwin dengan orang luar, mereka akan merujuk kepada penjaga di sekolah pondok dan mendapatkan nasihat,” ujarnya.
Manisnya bercinta selepas nikah ini. Hmmm…Tapi korang sanggup ke bernikah dengan orang yang tidak dikenali?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, seorang guru tergamak mengambil kesempatan keatas berbelas pelajar atas nama nafsu.
Hal ini berlaku di negara jiran kita Indonesia, seorang guru di Bandung dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah merogol 13 pelajar yayasan sekolah pondok sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara selain mendapat perhatian Presiden Joko Widodo.
Memetik dari laporan BBC, kesemua mangsa adalah remaja bawah umur antara 11 hingga 16 tahun dan terdiri daripada keluarga miskin. Malah, 8 orang mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua lagi sedang hamil.
Modus operandi guru tersebut ialah dengan menawarkan pelbagai insentif dan biasiswa kepada pelajar dari kalangan penduduk setempat yang miskin. Berdasarkan laporan BBC, perbuatan terkutuk guru berkenaan terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa daripada salah seorang mangsanya menyedari anak mereka mengandung.
Sebelum ini pihak pendakwa raya mendesak mahkamah supaya mengena hukuman mati terhadap pesalah. Serta meminta untuk pesalah membayar denda sebanyak RM146,000 dan wajib membayar ganti kepada mangsa berjumlah RM87 ribu seorang.
Bagaimanapun, lelaki tersebut meminta kelonggaran daripada hakim dan akui sebagai seorang bapa dia seharusnya menjaga dan membesarkan anaknya. Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.
Justeru, Mahkamah Daerah Bandung memutuskan lelaki berusia 36 tahun itu dipenjara seumur hidup. Mahkamah juga menolak permohonan pendakwa raya untuk tertuduh dikembiri secara kimia.
Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar sekolah tersebut tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas selain hanya dibenarkan pulang ke kampung setahun sekali sahaja.
Kes ini mendapat perhatian yang meluas dan kebanyakan orang menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan perbuatan guru terbabit. Malah, tak kurang yang menggesa kerajaan untuk melaksanakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah seksual tujuan melindung kanak-kanak perempuan dan kaum wanita.
Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti korang selalu nampak komen-komen seperti “I am an old money collector, I buy syiling, cents and blabla…”. Ha, sounds familiar kan?
Mungkin ada sesetengah individu akan terpedaya kerana sebelum ini memang ada yang ingin membeli syiling lama dengan harga yang sangat tinggi. Biasanya, mereka ini adalah pengumpul barang-barang antik.
Tapi, sekarang ni dah makin menjadi-jadi pula iklan old money collector di media sosial lebih-lebih lagi di laman Instagram. Scammer ni akan meletakkan komen di setiap posting Instagram korang.
Hati-hati, ini mungkin adalah salah satu taktik penipuan.
Bagaimana agaknya cara scammer dari luar negara ini menipu korang? Berikut merupakan modus operandi yang sering mereka lakukan.
1. Tawaran membeli wang syiling/duit lama di media sosial
2. Suspek menawarkan dengan harga yang sangat tinggi
Kalau ikut logik, memang ada yang menawarkan harga jualan sebanyak RM1000 untuk syiling lama tapi bila tiba-tiba ada orang message cakap nak beli dengan harga sepuluh kali ganda. Korang rasa logik ke?
3. Meminta maklumat akaun
Korang akan diminta untuk membuat bayaran secara online, bank transfer atau telegraphic transfer.
4. Suspek beritahu wang yang dipindahkan telah pun disekat
Kalau nak melepaskan duit ke akaun korang, perlu membuat bayaran terlebih dahulu.
5. Dihubungi pihak kastam atau Bank Negara
Korang kemudiannya akan dihubungi oleh seorang individu yang menyamar kononnya daripada pihak kastam atau Bank Negara dan mengatakan korang telah melakukan kesalahan jenayah.
6. Wang pampasan
Seterusnya, si penyamar akan berpura-pura untuk memberi bantuan bagi mendapatkan wang daripada hasil jualan duit lama tersebut, tetapi korang terpaksa membayar sejumlah wang pampasan kepada mereka.
Mereka juga akan terus menerus mencari akal untuk meminta wang pada korang dengan lebih banyak lagi.
Barulah korang sedar yang sebenarnya korang telah pun ditipu. Mungkin modus operandi yang dikongsikan ini tidak sama sepenuhnya dengan taktik kotor scammer yang lain, tapi ini yang perlu korang sedar.
Jangan mudah terpedaya dan sekiranya berlaku seperti ini kepada korang, segeralah melaporkan kepada pihak polis.
Sebelum ini pihak KKM telah pun memberitahu sela masa dos penggalak bagi individu yang mengambil vaksin Pfizer dan AstraZeneca adalah selepas enam bulan mendapatkan dos kedua, namun sela masa ini telah dipendekkan menjadi tiga bulan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkita varian Omicron.
Hasil kajian awal membabitkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.
Menurut beliau lagi, kumpulan kerja teknikal juga sudah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak COVID-19 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin.
Keberkesanan dos penggalak ini sudah terbukti di Sarawak sebagai negeri perintis apabila menunjukkan trend penurunan kes positif sejak dua bulan lalu.
Sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-48, jumlah kes yang dilaporkan adalah kurang dari 1,000 kes seminggu iaitu 776 kes berbanding bilangan kes pada ME ke-52 iaitu sejumlah 208 kes.
Selain itu, angka kematian yang disebabkan COVID-19 juga menunjukkan penurunan daripada 497 kes pada Oktober kepada 24 kes sehingga 28 Disember.
Individu berusia 18 tahun ke atas sudah layak menerima dos penggalak pada Januari dan Februari ini. Semoga dengan ikhtiar yang dilakukan ini dapat mengurangkan gejala jangkitan COVID-19 di negara kita.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.