Selepas dihentikan operasi selama beberapa bulan akibat PKP, pawagam di seluruh Semenanjung Malaysia kini sudah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Untuk hari pertama pembukaan panggung wayang, Remaja berkesempatan menghadiri tayangan perdana Raya and the Last Dragon bersama teman media yang lain.
Filem keluaran Walt Disney Pictures ini telah pun berada di pawagam dan ia menceritakan tentang sebuah tanah naga yang wujud daripada 5 puak, namun tidak lagi didiami oleh naga kecuali hanya tinggal seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang wanita yang dikenali sebagai Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus menjadi batu.
Untuk menyelamatkan bapanya, Raya berusaha keras menggembara bagi mengumpulkan lima permata yang mampu mewujudkan kuasa sakti bagi menyelamatkan bumi. Dalam penggembaraannya, Raya bertemu dengan si naga (Susi) dan beberapa karakter lain yang banyak membantu menjayakan misinya.
Secara keseluruhannya, apa yang kami boleh katakan adalah filem menegaskan tentang nilai kepercayaan yang perlu diberikan terhadap orang lain. Raya yang sudah tidak mempercayai manusia kerana pernah diperdaya oleh Puteri Namaari membuatkan dia tidak mahu lagi meletakkan kepercayaan sewenang-wenangnya terhadap orang lain.
Namun, atas nasihat yang diberikan oleh Susi, Raya akhirnya akur dan memegang prinsip untuk memberi kepercayaan kepada individu lain.
Ads
Jalan cerita filem ini juga straight forward dan mudah untuk difahami. Watak-watak seperti Susi, Tuktuk dan Boun juga mencuit hati. Korang pasti terhibur melihat telatah mereka sekawan.
Disebalik gelak tawa, ada misi besar yang perlu mereka sempurnakan.
Ads
Nah, apa lagi guys! Hujung minggu ni bolehlah korang pergi menonton. Jangan risau, semua penonton perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dan perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di pawagam. Tempat duduk pun selang satu kerusi untuk setiap penonton. Ok la kan?
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Surabaya mungkin bukanlah satu destinasi percutian yang popular kalau nak dibandingkan dengan Bandung atau pun Yogyakarta. Namun sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu bahawa kota kedua terbesar di Indonesia ini mempunyai banyak tarikan tersembunyi untuk para pelancong.
Gunung Bromo antara yang sering mendapat tumpuan utama di daerah Jawa Timur ini. Memiliki ketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut, keindahan gunung berapi ini memang tidak boleh disangkal.
Jika korang memang bermalam di perkampungan Bromo, perjalanan seawal jam 3 pagi diteruskan bagi memastikan korang tidak ketinggalan untuk menyaksikan kejadian matahari terbit.
Suasana di kaki bukit dipenuhi dengan beratus-ratus jeep yang membawa pelancong ke lokasi tersebut. Memang agak sesak, namun pengalaman ini pasti memberikan detik manis sekiranya korang pulang ke tanah air nanti. Jangan lupa pakai baju tebal tau, sebab dekat sana sejuk gila!
Selepas selesai menyaksikan keindahan matahari terbit, barulah kumpulan kami di bawa ke Gunung Bromo. Ha, time ni memang mencabar sikit. Di sana, korang mempunyai alternatif untuk menunggang kuda sehingga ke kaki Gunung Bromo.
Nak jalan kaki mengah sikit la sebab bila dah sampai ke kaki bukit tu korang perlu menaiki anak tangga pula untuk sampai ke puncak gunung berapi. Jadi, naik saja la perkhidmatan kuda yang disediakan dengan membayar upah sekitar 150 ribu rupiah.
Apa yang menariknya, sepanjang perjalanan ke Gunung Bromo tu ada juga tempat-tempat menarik yang boleh korang singgah untuk mengambil gambar kenangan. Antaranya adalah Bukit Teletubbies, padang rumput (savanah) dan Pasir Berbisik.
Semua lokasi-lokasi ni pemandangannya sumpah cantik. Dengan keadaan sekeliling yang sejuk, pendek kata percutian korang memang sangat menenangkan la. Hiks!
Selain itu, terdapat banyak lagi tempat pelancongan yang korang boleh lawati sepanjang kunjungan ke Surabaya. Antaranya adalah seperti:
Air terjun Madakaripura
Air terjun setinggi 200 meter ini merupakan yang tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia. Lokasi air terjun ini agak sedikit ceruk dan oleh sebab itu korang perlu berjalan kaki sekitar 20 minit sebelum sampai ke kawasan air terjun.
Kepenatan berjalan tu hilang sebaik saja korang mendengar bunyi deruan air terjun dan melihat keindahan tempat tersebut.
Kalau nak ke sini, pastikan bawa baju hujan sebab korang akan melalui kawasan berair sepanjang air terjun Madakaripura. Bawa juga selipar siap-siap..
Taman Langit, Bukit Paragliding, Umah Kayu
Terletak pada lokasi yang sama, ketiga-tiga tempat ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Taman Langit dan Umah Kayu adalah lokasi untuk merakamkan gambar kenangan kerana terdapat pelbagai konsep yang direka khas untuk pengunjung mengambil gambar.
Manakala, Bukit Paragliding pula sesuai untuk mereka yang suka kan aktiviti lasak. Harga untuk membuat terjunan paralayang ini jauh lebih murah jika mahu dibandingkan di negara kita. Harganya hanya sekitar 450 ribu rupiah iaitu lebih kurang RM127.
Petik Apel
Tidak perlu ke Australia jika mahu pengalaman memetik buah epal. Tapi, epal di Surabaya ini tidaklah gebu dan besar seperti epal Aussie. Bentuknya jauh kecil tapi rasanya boleh tahan juga. Manis-manis belaka.
Disini, korang boleh makan epal seberapa banyak yang mampu tanpa perlu dicaj sebab mereka hanya mengenakan caj pada harga tiket masuk. Tapi sekiranya korang ingin membawa pulang epal yang dipetik, ia akan dikira mengikut kilogram yang diambil.
Kampung Jodipan
Salah satu tarikan lain di Surabaya ialah Kampung Jodipan yang terletak di Malang. Penduduk disini mencari wang pendapatan dengan mengecat perkampungan mereka dan menjual makanan/jajan kepada pelancong yang datang. Perkampungan warna warni ini sangat cantik untuk dijadikan sebagai port ambil gambar.
Bukit Jaddih, Madura
Perjalanan ke Madura dari pekan Surabaya hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Alang-alang dah ada di Surabaya kan, singgah sekejap la ke bukit batu kapur. Sewaktu kami ke sana, nampaknya seperti mereka masih menambahbaik tempat ini. Jika tidak, mungkin kami berpeluang untuk melihat danau biru di Bukit Jaddih ini.
Nah, rugi kalau korang dah sampai Surabaya tapi hanya ke Gunung Bromo saja. Banyak lagi tempat yang tak sempat kami explore. Antaranya Kawah Ijen. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, sudah pasti Surabaya menjadi tempat untuk dikunjungi lagi. Dan percaya atau tidak, kos selama 5 hari 4 malam ini hanyalah sekitar RM640, termasuk penginapan dan kos jeep ke Gunung Bromo.
Serious gaiss, Surabaya wajib masuk dalam travel checklist korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui vaksin COVID-19 bakal tiba di Malaysia buat masa terdekat ini, hal ini merupakan satu rahmat dan satu cara kita melawan pandemik maut ini. Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Terbaru, menerusi akaun Twitter KKM ada berkongsikan tentang kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pendaftaran vaksin COVID-19 ini dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.
Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.
When you come for your first dose, you will be given an appointment card. It will also be recorded in your MySejahtera. The date for your second dose will be noted down. For Pfizer it will be 21 days after. Other vaccines may be different. You will also get a reminder. https://t.co/FbGSji1juc
“Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka,”
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Nama alat muzik tradisional Brunei, Gulintangan mungkin kedengaran asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Namun apabila ia digunakan dalam persembahan penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid malam tadi di pertandingan Big Stage Alpha (BSA); ramai penonton yang dapat melihat persamaan antara Gulintangan dengan alat muzik gamelan di negara kita.
Strategi Rizal, 30 untuk menggunakan Gulintangan sewaktu bahagian pembukaan dan penutup persembahan lagu Penglipur Lara itu sememangnya membuahkan hasil apabila ia menerima respon positif daripada barisan juri.
Rizal akhirnya diumumkan sebagai juara mingguan pada konsert minggu keempat malam tadi dengan meraih 75.55 markah.
Ketika ditemui REMAJA, Rizal berkata dia sudah lama memendam hasrat untuk memperkenalkan Gulintangan di pentas berkala besar tetapi sebelum ini ketandusan peluang untuk berbuat sedemikian.
“Sudah lama saya teringin nak bawakan Gulintangan. Dengan ada peluang pentas Big Stage ini, Alhamdulillah saya berjaya temukan Gulintangan dalam persembahan lagu moden.
“Saya sudah buat yang terbaik dan juri pun sukakan konsep ini,” ujarnya yang mempelajari Gulintangan sebelum memulakan kerjaya bidang nyanyian. Tidak hairanlah Gulintangan dekat di hati Rizal, kan!
Terdahulu, Rizal pernah memperkenalkan Gulintangan pada Oktober tahun lalu sewaktu terlibat dalam sambutan Hari Belia di Brunei bersama Marsya Dania untuk lagu Suara Kita.
Sebagai info, gulitangan adalah alat permainan muzik tradisional dari Brunei yang dipercayai sudah wujud sejak akhir abad ke-15 pada zaman Sultan Bolkiah.
Bagaimanapun, Gulintangan bukan dicipta oleh masyarakat Brunei. Sebaliknya, ia dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan pengaruhnya dibawa masuk oleh para pedagang yang berlabuh di Brunei. Mereka dipercayai berasal dari daerah di Jawa seperti Biaju, Bolongan dan Semarang.
Apabila masyarakat Brunei mencuba untuk memperbaiki seni pembuatan Gulintangan sehingga mencapai mutu yang diinginkan, Gulintangan Brunei menjadi semakin terkenal dan ia mula dieksport ke lokasi lain termasuklah ke Mindanao, Palawan dan Sarawak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!