Berus gigi digunakan sebagai alat penjagaan kesihatan mulut dan sejak kecil lagi, kita sudah didik untuk menjaga kebersihatan gigi. Pemilihan berus gigi yang sesuai adalah penting bagi memastikan ia selesa diguna, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan.
Namun begitu, tahukah korang berus gigi kalau tidak ditukar dan tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan korang sakit seperti demam, batuk selesema, jangkitan mulut, kulat dan sebagainya?
Gambar hiasan
Berus gigi yang tidak dijaga dengan baik adalah tempat yang disukai oleh kuman. Berus gigi rosak juga boleh menyebabkan gigi tidak dicuci dengan baik dan boleh menyebabkan luka.
Ads
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk kita menukar berus gigi?
Seorang doktor gigi yang dikenali sebagai @doktorgiginajib pernah berkongsi informasi ini di laman Twitternya. Jelasnya, kita harus menukar berus gigi setiap tiga bulan sekali atau sebaik sahaja melihat berus gigi itu dah tak rupa macam berus gigi. Hiks!
Ads
Korang juga digalakkan untuk meletakkan berus gigi di tempat yang kering, dalam kedudukan menegak supaya ia terdedah dan mudah kering. Elakkan meletakkan berus gigi di tempat lembab seperti sebelah sinki dan sentiasa keringkan cawan pemegang berus gigi.
Ads
Gambar hiasan
Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan untuk korang dan selepas ini boleh amalkan menukar berus gigi bagi setiap tiga bulan. Walaupun berus gigi itu masih nampak elok dan sempurna, ikut sahaja saranan doktor gigi ini bagi memastikan kesihatan gigi korang terjamin.
Menghadiri sesi temu duga boleh menjadi satu kerisauan, dimana kita rasa panik bila memikirkan soalan apa yang akan ditanya oleh panel interviewer nanti. Namun sebenarnya korang sudah boleh meneka soalan-soalan basic yang akan ditanya nanti.
Selain daripada pengalaman bekerja atau kekuatan diri yang ada pada calon temu duga, soalan seperti ‘Apakah kelemahan diri anda?’ juga antara yang biasanya akan ditanya sewaktu sesi interview mencari pekerjaan.
Ramai fresh grad yang menjawab dengan salah setiap kali HR bertanyakan soalan ini ketika interview. Ada yang bagi jawapan tidak lengkap dan ada juga yang menjawab mereka tidak langsung mempunyai kelemahan. Hal ini adalah tidak mungkin kerana manusia dilahirkan tanpa sifat sempurna, jadi setiap individu pasti ada kelemahan masing-masing.
Tetapi apa yang penting korang perlulah menjawab dengan bijak dan bukannya memburukkan diri sendiri!
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nad telah pun berkongsi tip dan cara terbaik yang korang boleh jawab jika ditanyakan soalan apakah kelemahan diri anda. Menurutnya, kalau nak jawab soalan kelemahan ini kena guna teori sandwich, positif-negatif-positif.
Mulakan jawapan korang dengan memberitahu HR tentang kelebihan korang dulu. Contohnya korang seorang yang multitask. Jadi bila HR dengar, dia boleh tahu kekuatan korang sekali.
Negatif
Lepas dah beritahu kekuatan itu, barulah korang selitkan kelemahan. Contoh disebabkan ini, ada kemungkinan saya akan terlepas beberapa details yang patut dielakkan pada sesuatu projek. Di sini, HR boleh nampak jelas yang korang ni sedar apa kelemahan korang.
Bila dah sebut kelemahan, jangan berhenti sampai disitu sahaja. Korang kena juga beritahu HR apa inisiatif korang ambil untuk overcome kelemahan itu. Contohnya, oleh sebab itu saya pastikan walaupun pegang beberapa project in hand, saya akan buat checklist untuk setiap milestone yang saya achieve ataupun checklist untuk to do list. Bila korang jawab macam ni, barulah HR itu yakin nak ambil korang bekerja.
Diharap dengan perkongsian yang telah dibuat ini dapat memberi manfaat kepada semua calon interview, lebih-lebih lagi sebagai panduan bagi fresh grad.
Bayangkan anda dianugerahkan wang bernilai RM164 ribu atas kecemerlangan di dalam akademik dan kemudiannya memberikan wang tersebut kepada orang lain. Mungkin ada dalam kalangan kita tidak akan berbuat demikian, namun inilah yang telah dilakukan oleh gadis berusia 17 tahun ini.
Verde Tetteh yang merupakan pelajar di Sekolah Awam Fitchburg, Massachusetts telah diangkat untuk menerima General Excellence Award dari pihak sekolahnya yang mana seiring dengan anugerah itu dia akan disokong dengan sumber kewangan bernilai RM164 ribu untuk tempoh empat tahun pengajiannya di universiti.
Namun gadis bijak ini tidak mementingkan diri, dia yang sudahpun diterima masuk ke Universiti Harvard telah memperoleh biasiswa penuh kerajaan negeri bagi menanggung kosnya sepanjang berada di universiti berprestij itu. Oleh yang demikian, dia membuat keputusan untuk membantu pelajar lain yang mungkin tidak bernasib baik menerima sokongan kewangan.
Dalam ucapannya dia berkata, “Saya sangat bersyukur untuk anugerah ini, tetapi saya tahu yang saya bukanlah orang yang sangat memerlukannya ketika ini. Melihat ibu saya yang belajar di Kolej Komuniti dan bagaimana institusi tersebut membantunya, saya sangat berterima kasih jika pihak pengurusan sekolah mempertimbangkan untuk memberi biasiswa ini kepada rakan-rakan yang akan ke Kolej Komuniti.”
Verde bersama keluarga dan pengetua sekolah.
Dia akan menyambung pelajaran di Universiti Harvard dalam jurusan kimia dalam trek pra-perubatan. Ketika ini dia masih lagi dalam perbincangan bersama pihak sekolah untuk membahagikan wang kemenangan kepada pelajar yang layak menerimanya.
Untuk pengetahuan pembaca, ibu Verda merupakan seorang imigran Ghana yang berhijrah ke Amerika Syarikat dan membawa dia bersama sentiasa menekankan bahawa pendidikan adalah penting. Ibunya sendiri telah menerima ijazah sarjana muda dari Kolej Komuniti setempat pada usia 47 tahun dan semuanya dilakukan sambil membesarkannya dan bekerja 80 jam seminggu untuk menampung keluarga.
YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menutup musim GT World Challenge Asia 2025 dengan penuh bergaya apabila baginda berjaya muncul naib juara keseluruhan kategori Pro-Am pada pusingan akhir yang berlangsung di Beijing, China.
Aksi Cemerlang Di Beijing
Dua jentera Johor Motorsports Racing (JMR), iaitu Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, menghadiahkan podium berganda buat pasukan di litar baharu Beijing Street. Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Tunku Abdul Rahman bergandingan dengan Ben Green menamatkan perlumbaan akhir di tempat kedua, sekaligus mengesahkan kedudukan sebagai naib juara Pro-Am dan ketiga keseluruhan GT World Challenge Asia 2025.
Kredit foto: JMRKredit foto: JMR
Pasangan satu lagi, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Alexander Sims, menamatkan saingan di tempat kelima, memastikan JMR terus unggul sebagai antara pasukan paling konsisten sepanjang musim.
Prestasi Konsisten
Menurut JMR dalam satu kenyataan rasmi, dua jentera Corvette Z06 GT3.R mempamerkan prestasi yang sangat konsisten sepanjang hujung minggu perlumbaan di Beijing. Dalam perlumbaan pembukaan, Alexander Sims bersama Tunku Abu Bakar yang memandu Corvette #66 menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Tunku Abdul Rahman dan Green menamatkan di kedudukan keenam selepas menerima penalti hentian pit.
Perlumbaan akhir diwarnai dengan kehadiran kereta keselamatan yang mengawal sebahagian besar aksi. Walaupun begitu, Ben Green dan Tunku Abdul Rahman berjaya menoktahkan saingan di tempat kedua, sekali gus mengesahkan gelaran naib juara Pro-Am dan tempat ketiga keseluruhan musim. Sementara itu, Sims dan Tunku Abu Bakar menutup perlumbaan dengan kedudukan kelima.
Kredit foto: JMRKredit foto: JMR
Reaksi Tunku Abdul Rahman & JMR
“Perasaan saya bercampur baur ketika ini. Saya memang ingin menang, kami mempunyai peluang dan begitu hampir, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana sebahagian besar perlumbaan berada di bawah kawalan kereta keselamatan. Namun begitu, saya amat bersyukur dengan pasukan,” ujar Tunku Abdul Rahman selepas perlumbaan.
“Ini merupakan tahun pertama kami dengan Corvette dan pasukan melakukan tugas yang cemerlang. Satu penghormatan dapat bekerjasama dengan mereka. Hari ini bukan hari kami, tetapi kami telah menunjukkan kemampuan sebenar dan itu patut dibanggakan,” jelas baginda.
Kredit foto: JMRKredit foto: JMR
Tunku Abu Bakar turut berkongsi pandangan beliau mengenai prestasi pasukan pada musim ini. “Tahun 2025 merupakan musim yang mencabar buat diri saya. Bagaimanapun, saya tetap gembira dapat menamatkan perlumbaan dengan baik dan meraih beberapa podium dalam perlumbaan terakhir. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan saya menantikan musim akan datang,” katanya.
Asian Le Mans
Dengan tirai musim GT World Challenge Asia 2025 dilabuhkan, tumpuan Johor Motorsports Racing kini beralih kepada siri Asian Le Mans yang dijadual membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang pada 13 hingga 14 Disember ini. Pasukan dijangka menurunkan barisan pelumba dan jentera baharu bagi meneruskan momentum cemerlang mereka di pentas perlumbaan Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!