Cinta sememangnya sesuatu hal cukup misteri. Ada masanya cinta seolah-olah senang dicari, namun kadang kala banyak juga rintangan yang perlu diharungi demi mendapatkan cinta sejati.
Bagaimana pula jika sudah berusaha sepenuh hati, tetapi cinta tetap ditolak?
Baru-baru ini seorang lelaki bertindak melulu dengan menculik bekas kekasihnya dan mencacah tatu namanya di wajah mangsa apabila memutuskan hubungan mereka.
TATU nama kekasih pada muka Caldas. FOTO Agensi
Menurut laporan Oddity Central, Tayane Caldas, 18, dari Sao Paulo, Brazil, sedang dalam perjalanan ke sekolah, apabila dia didatangi bekas teman lelakinya, Gabriel Coelho.
Lelaki itu memaksa remaja terbabit masuk ke dalam sebuah kereta.
Ads
Bimbang akan diserang jika tidak mematuhi arahan, remaja itu masuk ke dalam kenderaan berkenaan dan dibawa ke rumah lelaki itu di perbandaran Taubate.
Di sana, Coelho, 20, mencacah tatu nama penuhnya di sebelah kanan muka gadis itu, dari telinga, sehingga ke dagu. Walaupun dia tidak menafikan melakukan tatu itu, Coelho mendakwa Tayane kelihatan gembira dan membiarkan dia melakukan perbuatan berkenaan.
Keesokan harinya, ibu Tayane memfailkan laporan orang hilang dengan polis tempatan dan berjaya menjejakinya ke kediaman Coelho. Dia kemudian membawa anak perempuannya pulang.
Ads
Selain itu, dia mengesyorkan remaja itu untuk mendakwa bekas teman lelaki, bukannya sekadar menutup tatu muka baharunya dan beberapa kesan lebam. Coelho akhirnya ditahan.
Selain berdepan tuduhan jenayah baharu, dia juga akan menjalani hukuman kerana tidak mematuhi dua perintah sekatan yang difailkan oleh Caldas pada 2021, dan satu lagi tahun ini.
“Saya takut kepadanya,” kata Caldas kepada TV Band Vale.
“Undang-undang hari ini, semua orang tidak tinggal di (penjara) lama, dan dengan keadaan ini, saya takut kepadanya,” katanya.
Selepas peguam Caldas berkongsi pengalaman pahit anak guamnya itu di internet, beberapa kedai tatu bergabung untuk membantu remaja berkenaan. Remaja itu kemudian menghadiri sesi pembuangan tatu menerusi laser pertamanya, dalam usaha untuk memadamkan tatu pada wajahnya.
Sian bekas kekasih dia ni, dah satu hal nak buang tatu tu pula..huhu
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Oddity Central
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas atlet kebangsaan bola tampar Indonesia, Aprilio Perkasa Manganang dikhabarkan telahpun menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Claudia Cvanrhyn pada 10 Disember lalu.
Biarpun Aprilio, 30 tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya, dia telahpun memuat naik beberapa hantaran di Instagram yang menampakkanya dalam persalinan sut satin berbunga biru dengan isterinya yang cantik mengenakan gaun serba putih.
Aprilio Perkasa ManganangClaudia Cvanrhyn
Dia turut menyelitkan kapsyen berbunyi, “Terberkatilah today (Berkatilah hari ini) dan, “Bebas” siap dengan emoji tertawa.
Pada majlis yang berlangsung di Sutanraja Hotel Manado dekat Sulawesi Utara itu, Aprilio dan isteri juga menunjukkan cincin pernikahan mereka sambil tersenyum gembira.
Rata-rata warganet Indonesia mengucapkan tahniah, gembira dengan berita ini dan mendoakan pasangan tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Apa yang menjadikan perkahwinan ini topik utama dalam kalangan portal berita di Indonesia adalah kerana Aprilio tidak menunggu lama untuk berkahwin setelah menukar jantina dari wanita kepada lelaki secara rasminya pada Mac, tahun lalu.
Sebelum proses menukar jantina itu, Aprilio telah menjalani kehidupan normal sebagai seorang atlet kebangsaan wanita yang disegani dan dikenali dengan nama Aprilia Santini Manganang.
Keputusan untuk menukar jantina sudah lama difikirkannya memandangkan dia mengalami kondisi kesihatan yang dinamakan sebagai Hipospadia. Ia merupakan kecacatan bahagian kelamin seorang bayi lelaki sewaktu dilahirkan di mana lubang kencing (meatus) tidak berada di hujung zakar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhir tahun lalu, MBO Cinemas telah mengumumkan penutupan beberapa lokasi pawagam mereka kerana menanggung kerugian akibat situasi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, dengarnya Golden Screen Cinemas (GSC) telah membeli majoriti aset pengendali rangkaian pawagam MBO.
Namun, selepas pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berlaku selama sebulan, MBO telah memuat naik hantaran di laman rasmi Facebook mereka dengan menulis catatan “It’s been a while. Signing out now”.
Hantaran itu telah mendapat lebih daripada 2.7 ribu perkongsian dengan hampir 2,000 komen.
Rata-rata daripada pengikut MBO Cinemas menzahirkan rasa sedih kerana pawagam itu menjadi antara tempat favorite mereka untuk menonton wayang.
Bukan hanya pawagam sahaja, kami yakin banyak lagi sektor perniagaan yang terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19 ini. Sama-samalah kita doakan untuk rakan-rakan atau pun keluarga kita yang turut terkesan pendapatan mereka sepanjang beberapa tahun ini.
Semoga rakyat Malaysia terus kuat untuk menerima dugaan ini.
Pernah atau tidak korang tersalah mengalihkan wang (transfer) kepada seseorang yang tidak dikenali? Nampak seperti remeh namun kes tersalah transfer wang ini memang selalu berlaku tanda kita sedari
Biarpun ini merupakan kes lama yang berlaku pada tahun 2017, kita masih perlu mengambil pengajaran daripadanya.
Seorang remaja kelahiran Malaysia menerima padah apabila membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah dengan menggunakan ‘wang misteri’ yang tiba -tiba muncul dalam akaun banknya.
Sumber : Pexels
Pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia di Australia itu dikenali sebagai Christine Jiaxin Lee dan dia telah ditahan ketika berada di lapangan terbang Kingsford Smith di Sydney ketika ingin pulang ke Malaysia.
Difahamkan Christine ingin meninggalkan Australia setelah mendapat tahu pihak polis sedang mencarinya. Dia memohon pasport kecemasan Malaysia untuk pulang ke tanah air. Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya berkata, Christine Lee hendak pulang ke Australia untuk melawat ibu bapanya dan BUKANNYA untuk melarikan diri.
So, apa sebenarnya yang berlaku ini?
Christine Jiaxin Lee, 21 telah membuka akaun banknya pada tahun 2012 dan wang berjumlah A$4.6 juta (RM13.85 juta) telah dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun bank Westpac. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja dia diberikan kemudahan overdraf tanpa had oleh pihak Westpac.
Melihatkan wang yang banyak tiba-tiba muncul dalam akaunnya, Christine bertindak membelanjakan wang sebanyak A$3.3 juta (RM9.9 juta) untuk membeli beg tangan serta beberapa barangan mewah lain.
Barangan yang dibeli Christine Jiaxin Lee Foto Kredit : www.stuff.co.nz/business
Menurut laporan daripada Barclay Churchill, Christine telah dihadapkan ke mahkamah tempatan Waverley dan berdepan tuduhan mengambil kesempatan menggunakan wang bukan miliknya walaupun dia tahu ia adalah satu kesalahan jenayah.
Menurut dokumen mahkamah, Christine melakukan kesalahan terbabit di antara Julai 2014 hingga Mac 2015 serta gagal memaklumkan kepada pihak bank bahawa dia tidak berhak memiliki wang tersebut.
Bagaimanapun, Christine dibenarkan diikat jamin sebanyak A$1,000 (RM3,000).
Image via Sydney Morning Herald
Majistret Lisa Stapleton berkata, perbuatan Christine itu tidak sampai ke tahap jenayah. “Dia tidak mengambilnya daripada bank, mereka yang memberikan kepadanya. Christine hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakan tetapi tidak melanggar undang-undang.”
Berikutan kejadian ini, Christine kini tidak lagi dibenarkan memasuki mana-mana lapangan terbang atau pelabuhan di Australia.
Kesimpulannya, jika korang menerima wang yang banyak dalam akaun, janganlah terus membelanjakannya tanpa memeriksa dahulu daripada mana datangnya wang tersebut. Kisah remaja perempuan ini harus sama-sama kita jadikan teladan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tengku Umayr Akef mencipta inspirasi luar biasa apabila berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam 15 jam 42 minit dan memperoleh Syahadah Ula.