Selepas melalui pelbagai fasa dalam rumah tangga, pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego akhirnya sah berpisah apabila bercerai talak satu buat kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi laporan media tempatan, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 46, bersetuju melepaskan isterinya, Linda Hashim, 42, pada prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Radzi Sadiman.

Perceraian itu sekali gus menandakan talak satu kali ketiga antara pasangan berkenaan.

Berakhir Sekali Lagi, Linda Hashim & Beego Sah Bercerai Buat Kali Ketiga

Ads

Sempat Bertegur Sapa Di Mahkamah

Sementara itu, menerusi perkongsian video oleh sebuah portal hiburan di Instagram, Linda dan Beego dilihat sempat bertegur sapa ketika berada di luar Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas prosiding selesai.

Momen ringkas itu turut mencuri perhatian ramai yang mengikuti perkembangan rumah tangga pasangan berkenaan sejak kebelakangan ini.

Rumah Tangga Jadi Perhatian Sejak Tahun Lalu

Sejak Januari tahun lalu, hubungan Linda dan Beego menjadi perhatian umum apabila Linda mengambil keputusan memfailkan perceraian atas alasan tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga mereka.

Ads

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023. Bagaimanapun, mereka kembali rujuk pada 9 April tahun yang sama sebelum meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Berakhir Sekali Lagi, Linda Hashim & Beego Sah Bercerai Buat Kali Ketiga

Ads

13 Tahun Melayari Bahtera Perkahwinan

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7.

Berakhir Sekali Lagi, Linda Hashim & Beego Sah Bercerai Buat Kali Ketiga

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads