Bagi yang menyambut hari lahir, kami di team REMAJA mengucapkan selamat hari lahir buat korang, hikz.
Bila sebut mengenai Oktober, isu yang paling hangat sejak beberapa tahun lalu ialah sambutan Oktoberfest iaitu tradisi besar-besaran minum arak yang sering mengundang kontroversi setiap kali perayaan ini berlangsung di negara kita.
Di sebalik Oktober, carian kami mendapati pada tahun 1978 dahulu, kita ada tarikh 32. Pergh, macam tak percaya pula kerana kita hanya tahu ada sehingga tarikh 31 atau disebut 31 hari sahaja dan otak kita juga sudah lama menerima fakta ini.
Ada mengatakan ia auta kerana tarikh 32 mana pernah wujud tapi ada satu bukti gambar kalender lama (disebut kalender kuda membuktikan tarikh itu pernah wujud, wallahualam).
Ads
Tapi kalau korang google dan buat pencarian gerenti tak akan jumpa lagi. Apa yang pastinya dalam setiap bulan hanya ada tarikh 28, 30, 31 dan pastinya tarikh 29 iaitu tarikh lompat pada bulan Februari yang disambut empat tahun sekali.
Empat fakta mengenai Oktober
Untuk pengetahuan korang, dari mana nama Oktober itu wujud, ia sebenarnya berasal dari bahasa Latin, OCTO yang membawa maksud “8”. Ini kerana pada zaman dahulu kala, tahun dimulai pada mula Mac (bukan Januari seperti kita belajar sekarang).
Ads
Bagi sebahagian orang, Oktober adalah bulan ditunggu-tunggu termasuk mahu menyambut ulang tahun kelahiran, anniversary, bertemu jodoh dan sebagainya.
Inilah fakta mengenai Oktober yang perlu kita tahu.
Oktober hanya mempunyai 21 hari pada tahun 1582
Menurut orang Eropah yang menganut agama Katolik pada tahun 1582, bulan Oktober hanya mempunyai 21 hari. Fakta menariknya, adalah mereka menghilangkan tarikh 5-14 Oktober tetapi banyak negara tidak bersetuju mengenainya. Akhirnya kata sepakat dicapai di Dewan Katolik pada masa itu di mana menerima kalender masihi iaitu meletakkan Oktober ada 31 hari.
Ads
Kemerdekaan 19 negara
Jika Malaysia menyambut ulangtahun pada 31 Ogos setiap tahun, ini 19 negara yang menyambut tarikh kemerdekaan mereka pada Oktober.
– Nigeria, 1 Oktober 1960
– Cyprus, 1 Oktober 1960
– Tuvalu, 1 Oktober 1978
– Guinea, 2 Oktober 1958
– Iraq, 3 Oktober 1932
– Lesotho (terletak di Selatan Afrika), 4 Oktober 1966
– Croatia, 8 Oktober 1991
– Uganda, 9 Oktober 1962
– Fiji, 10 Oktober 1970
– Equatorial Guinea, 12 Oktober 1968
– Azerbaijan, 18 Oktober 1991
– Laos, 22 Oktober 1953
– Zambia, 24 Oktober 1964
– Austria, 26 Oktober 1955
– Saint Vincent And Grenadines , 27 Oktober 1979
– Turkmenistan, 27 Oktober 1991
– Saint Vincent dan Grenadine, 27 Oktober 1979
– Republik Ceko, 28 Oktober 1918
– Turki, 29 Oktober 1923
3. Hari Guru Sedunia
Jika kita menyambut hari guru setiap 16 Mei tapi tahukah korang seluruh dunia menyambut pada 5 Oktober setiap tahu. Tujuan hari guru sedunia ini diwujudkan untuk memberikan penghormatan kepada para guru dalam mendidik anak bangsa selain melahirkan lebih ramai pemimpin di masa depan.Pada setiap 5 Oktober sejak tahun 1994 hari guru diperingati.
‘Breast Cancer Awareness Month‘ internasional
Masuk saja Oktober ini, kita akan menyambut bulan kesedaran kanser payudara atau disebut ‘Breast Cancer Awareness Month‘ internasional. Ia disambut bagi memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan aset payudara yang merupakan punca kematian kedua tertinggi di dunia.
Apa pun, kurang tiga bulan, kita bakal memasuki 2021. Terasa cepatnya masa berlalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam-macam inisiatif difikir bagi memastikan rakyat tidak ingkar perintah kawalan pergerakkan dan sosial distance yang kebanyakkannya sedang dijalankan oleh hampir seluruh dunia.
Terbaru sebuah universiti swasta di Malaysia mengunakan pendekatan kreatif ini.
Walaupun kebanyakan institut pengajian tinggi memilih untuk melakukan pembelajaran secara atas talian tetapi terdapat sesetengah pelajar yang perlu menghadirkan diri secara fizikal ke kolej atas tuntutan subjek atau pengkhususan mereka.
Oleh sebab itu, Sunway University dengan bijaknya telah menggunakan taktik istimewa ini bagi memastikan pelajar mereka mengekalkan jarak sepanjang berada di dalam kawasan kolej. Menerusi laman Instagram rasmi mereka, Sunway University telah memuat naik gambar di dalam bilik kuliah dan juga sekitar kampus untuk menunjukkan cara mereka mematuhi penjarakan sosial.
Pihak universiti itu telah bertindak meletakkan standee selebriti -selebriti popular di seluruh dunia bagi memastikan pelajar tidak duduk dekat antara satu sama lain.
Antara selebriti popular yang dipilih ialah seperti Serena Williams, Mr Bean, Malala Yousafzai, Will Smith dan Ed Sheeran, apa yang menarik perhatian ramai ialah dua bintang K-Pop iaitu Tzuyu (TWICE) dan Jung-kook (BTS).
Wow untungnya student Sunway University ni banyak selebriti popular dalam kuliah…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah viral sekitar tahun 2017 apabila lapan orang remaja meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah kereta dari belakang. Mangsa lain adalah dua yang kritikal dan lapan lagi cedera, dan mangsa-mangsa yang terlibat berumur lingkungan antara 13 hingga 17 tahun.
Takziah penulis ucapkan buat semua mangsa dan keluarga.
Terbaru menurut Harian Metro,Sam Ke Ting, yang ketika itu didakwa memandu kereta dan melanggar remaja bawah umur seramai belasan orang dan lapan daripadanya meninggal dunia manakala selebihnya mengalami kecederaan.
Jalan berselekoh jadi punca
Terbaru, Mahkamah Majistret Johor Bharu telah membebaskan tertuduh selepas mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh dan waktu malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak.
Menurut hakim yang bertugas, pemanduan dibuat langsung tidak menjangkakan akan ada sekumpulan basikal di selekoh jalan memandangkan ketika itu menunjukkan jam 3 pagi.
“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.
“Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri,” katanya.
Wang jaminan & lesen dikembalikan
Wang jaminan sebanyak RM10,000 juga dikembalikan kepada penjamin dan lesen memandu tertuduh juga dikembalikan serta merta.
Sebelum ini, Sam Ke Ting telah didakwa atas tuduhan memandu sehingga mengakibatkan 8 orang remaja bawah umur meninggal dunia kira-kira dua tahun lepas di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi.
Mangsa adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Al-fatihah buat semua mangsa… Moga kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Britain baru-baru ini dilanda ribut Eunice yang dijangka lebih dahsyat dengan peramal cuaca mengatakan ia boleh menjadi ribut paling kuat sejak 1990 apabila kelajuan angin mencecah 172 kmh.
Malah, tular di media sosial rakaman daripada Big Jet TV itu menunjukkan kecekapan juruterbang Malaysia Airlines (MAS) dalam mengendalikan pesawat mereka dengan baik untuk berjaya melakukan pendaratan sempurna dalam kedaaan taufan di lapangan terbang.
Rakaman daripada Big Jet TV yang diciap oleh akaun Twitter Rekomen Filem @RekomenByAsrul itu menunjukkan kecekapan juruterbang Malaysia Airlines dalam mengendalikan pesawat mereka dengan baik untuk berjaya melakukan pendaratan sempurna dalam kedaaan taufan di lapangan terbang.
Our very own @MAS landing at Heathrow Airport during #StormEunice, 18 February 2022. Bravo to the pilot!!!👏👏👏
Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa juruterbang yang menjadi bualan netizen seluruh dunia ini merupakan abang kepada 2nd Runner Up Hero Remaja 2021 iaitu Fazziq Muqris.
Penulis sempat bertanyakan perasaannya bila lihat video tersebut.
“Perasaan fazziq, of course I’m proud of my brother! Benda yang orang tak berani buat, he managed to do it. Also salute to him and also his captain. Plus, my brother yang send the video to family group, was shock knowing that was him who landed the airplane smoothly. And yes ibu ayah, was so so proud of my brother’s achievements!”.
Video itu terus mendapat ulang ciap daripada netizen dengan kebanyakannya memuji juruterbang tersebut. Sebahagian netizen pula mendakwa bahawa mereka mungkin akan mengucap panjang jika terpaksa menempuh detik-detik cemas seperti itu.
Cayalah…juruterbang syarikat penerbangan rasmi negara kita ini memang berkelas dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!