Nampaknya hari ini tiada topik lebih hangat melainkan tentang keputusan SPM 2020 yang diumumkan pada hari ini terutamanya di kalangan remaja. Pelbagai reaksi telah dikongsi oleh banyak pihak sama ada di laman media sosial ataupun menerusi portal berita terkenal seluruh tanah air.
Sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengucapkan tahniah kepada semua calon dan pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Beliau berkata, peperiksaan SPM 2020 melakarkan sejarah pertama buat negara apabila berlangsung dalam tempoh pandemik yang mencabar.
”Kita lalui tempoh ini dengan penuh sukar, semua pihak perlu mengharungi pelbagai cabaran.
Ads
”Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakn terima kasih kepada jentera kita di Kementerian Pendidikan kususnya lembaga peperiksaan dalam memastikan peperiksaan SPM 2020 berjalan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 juga mencatatkan pencapaian yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, berbanding 4.86 pada 2019.
Ads
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian tersebut merupakan pencapaian terbaik SPM dalam tempoh lima tahun.
Ads
Beliau turut mengingatkan kepada semua calon bahawa apa sahaja keputusan yang diperoleh mereka pada hari ini adalah daripada generasi pelajar yang hebat kerana belum pernah mana-mana pelajar mengharungi cabaran belajar dari rumah.
”Untuk anak-anak kita calon SPM 2020, SPM pro max 2020, apa sahaja keputusan yang anak-anak dapat pada hari ini, ingatlah generasi anak-anak adalah generasi yang hebat.
”Belum pernah ada mana-mana tahun SPM yang melalui dugaan, cabaran, dan juga rintangan seperti mana anak-anak calon SPM 2020, tabik hormat pak vik untuk anak-anak sekalian,” katanya.
Untuk info, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan menjalani norma baharu. Kelainan yang perlu dilakukan oleh calon peperiksaan tahun ini adalah mereka perlu memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama Milo bukanlah asing di Indonesia. Seperti di Malaysia, masyarakat di sana sudah terbiasa dengan hidangan Milo panas dan Milo ais.
Namun kini, ada satu lagi menu spin-off menggunakan serbuk minuman itu yang semakin viral di Indonesia, khususnya di Yogyakarta.
Versi Malaysia.Versi Indonesia.
Semuanya berlaku apabila pengusaha warung di Indonesia mendapat ilham daripada sebuah video YouTube dari Malaysia yang menunjukkan cara pembuatan Ais Kepal Milo.
Snek tersebut dipopularkan oleh Gerai Ais Kepal Milo Tok Abah di Kuala Kangsar Perak sejak 3 tahun lalu.
Gerai Ais Kepal Tok Abah, Kuala Kangsar.
Hanya selepas seseorang memuat naik video penghasilannya pada Januari tahun ini, pasangan yang mengendalikan sebuah warung di Yogyakarta pula yang mempopularkannya di sana.
Danang Arryo WIguno dan Rara tidak menyangka warung kecilnya yang menjual Ais Kepal Milo di Jalan Surami Yogyakarta menjadi viral selepas ramai vlogger yang datang ke sana dan mempromosikannya.
Bukan saja di Yogyakarta, kini Ais Kepal Milo telah popular di Jakarta sejak awal April tahun ini. Bukanlah niat kami untuk membeza-bezakan menu di Malaysia dan Indonesia. Namun jika sudah dinamakan serumpun, pasti ada ‘inspirasi’ dari Malaysia yang cuba diadaptasikan kepada rakyat di Indonesi, dan begitu juga sebaliknya.
So kalau korang terjumpa snek ini semasa di Indonesia, jangan lupa ambil gambar dan post di media sosial okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini kecoh di media sosial kes berkaitan isu doula (peneman kelahiran) yang dianggap sebagai penganti bidan suatu ketika dahulu. Malangnya semakin maju dunia perubatan semakin ramai pasangan muda yang terpengaruh untuk kembali bersalin di rumah, sama seperti nenek moyang mereka lakukan dahulu.
Mungkin isu doktor lelaki yang menyambut bersalin, diperiksa dan lain-lain dakyah yang timbul yang mana masyarakat menjadikan media sosial sebagai medan untuk mempercayai berita, isu kelahiran sendiri di rumah ini mula menular tetapi malangnya telah mengakibatkan berlaku kematian baik kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Terdorong untuk menyedarkan masyarakat betapa khidmat perubatan yang diiktiraf amat penting dalam soal bersalin, persatuan doktor MEDICAL MYTHBUSTER MALAYSIA telah menulis surat secara terbuka meminta DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tuanku Permaisuri Johor untuk bersuara dalam isu ini,
SURAT TERBUKA UNTUK DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR DAN TUANKU PERMAISURI JOHOR
Ampun Tuanku,
Terlebih dahulu kami memohon ampun, beribu ampun jika sekiranya kehadiran surat ini tidak mengikut adat dan cara yang selayaknya antara rakyat dan Raja. Namun ada perkara yang benar-benar memerlukan suluhan perhatian segera dari Tuanku berdua selaku payung negeri ini.
Ampun Tuanku,
Pada beberapa hari lalu, negara dikejutkan sekali lagi dengan sebuah kes yang kecoh di media sosial berkenaan kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah. Malang sekali, tragedi menyayat hati ini terjadi di dalam negeri di bawah naungan Tuanku.
Dari dapatan awal, kami mempunyai bukti-bukti yang agak membimbangkan sehingga memberi gambaran bahawa kematian tersebut berpunca dari kegagalan ibu bapa bayi berkenaan mendapatkan rawatan di hospital ketika bersalin. Puncanya kerana terpengaruh dengan dakyah dan hasutan pihak tertentu yang tidak berkredibiliti.
Pihak tertentu yang dimaksudkan adalah sekumpulan individu yang menggunakan gelaran doula (peneman kelahiran) aktif mempromosi kelahiran secara alami. Kelahiran alami adalah kelahiran tanpa pemantauan dari ahli yang mahir seperti doktor, tanpa intervensi perubatan perubatan jika kandungan bernama lah, serta satu ideologi bahawasanya, kelahiran boleh dilakukan dimana-mana hatta tanpa pemantauan petugas perubatan yang terlatih.
Ajaran ini bertentangan dengan prinsip perubatan yang mana setiap kandungan mestilah menjalani penilaian risiko oleh pasukan perubatan, dan setiap kelahiran mestilah dilakukan di dalam suasana yang selamat serta hendaklah dihadiri oleh kakitangan perubatan yang bersiap-siaga sekiranya terjadinya sebarang komplikasi.
Ramai memilih bersalin di rumah khususnya pasangan muda selepas terpengaruh dengan media sosial bahawa kaedah ini selamat. pix sumber internet
Lebih menyayat hati, kes yang berlaku baru-baru ini adalah bukannya kes pertama sepertinya. Sebaliknya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sudah berlaku beberapa kes kematian ibu dan anak, serta kes komplikasi akibat ibubapa yang terpedaya memilih untuk melahirkan anak tanpa pengawasan perubatan. Cumanya kes-kes ini tidak mendapat liputan di media. Mereka terlindung disebabkan kekangan dari pihak hospital untuk mendedahkannya atas faktor privasi dan etika kerahsiaan pesakit.
Akibatnya kumpulan-kumpulan doula ini tetap masih aktif bermaharajalela mempromosi kegiatan mereka, mengadakan kelas-kelas bersalin di seluruh negara. Di Johor juga, mereka bergerak bebas dengan sewenang-wenangnya. Bayaran yang mereka kenakan untuk ibu-ibu mengandung untuk menghadiri kelas mereka tidak masuk akal harganya.
Memilih bersalin di rumah konon mahukan privacy dan tidak mahu dibidankan oleh doktor lelaki antara punca budaya ini mula menular. pix soscili
Secara umumnya kita menyokong diadakan kelas-kelas sokongan sedemikian, namun yang menjadi masalah apabila doula-doula ini mula mengeluarkan pendapat perubatan mereka sendiri dan mempengaruhi ibu-ibu yang kita di pihak perubatan sudah sahkan berisiko tinggi untuk bersalin.
Mereka juga aktif mempengaruhi ibu-ibu untuk menolak vaksin, menolak pemeriksaan kesihatan berkala yang dilakukan di klinik kesihatan seperti ujian minum air gula bagi kencing manis, ultrasound dan seumpamanya lagi.
Ampun Tuanku,
Malangnya dari sudut perundangan, tidak ada cara yang boleh kita ambil untuk mereka ini dikenakan tindakan. Ini kerana mereka tidak memperkenalkan diri mereka sebagai doktor atau bidan kepada pelanggan mereka.
Mereka ini juga tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana badan autoriti termasuklah KKM. Bagi kes-kes kematian dan kecelakaan yang berlaku pula, mereka memberikan alasan komplikasi tersebut terjadi akibat pilihan ibubapa sendiri.
Medical Mythbuster Malaysia menghantar surat terbuka kepada Sultan Johor dan Permaisuri Johor
Ampun Tuanku,
Kes di Johor ini sudah tersebar luas di media sosial. Seorang bayi yang sepatutnya selamat dilahirkan ke dunia, namun akibat tindakan ibubapanya yang dikhabarkan sudah dipengaruhi pemikirannya oleh seorang doula, bayi itu sudah meninggal dunia.
Kami sebagai pengamal perubatan merasakan kes sebegini sangat mendukacitakan kerana sekiranya kelahiran tersebut dilakukan di fasiliti kesihatan yang lengkap, pastinya keadaan akan berbeza sama sekali.
Ampun Tuanku,
Negeri Johor kini sedang berkembang pesat dan maju di bawah naungan Tuanku. Namun kehadiran pihak begini, seakan-akan mahu mengundurkan masa dan kembali ke zaman sebelum merdeka dengan dakyah kefahaman salah mereka.
Kami para pengamal perubatan berpendapat, tidak selayaknya negeri Johor yang serba moden di bawah mahkota Tuanku mempunyai amalan-amalan primitif seperti ini.
Sebagai Sultan yang berjiwa rakyat, dikasihi dan disegani oleh setiap lapisan Bangsa Johor, kami merendah diri, merafak sembah memohon semoga Tuanku membantu kami sebagai para pengamal perubatan yang bergiat aktif di media sosial untuk menyedarkan masyarakat tentang kemudaratan yang sedang berleluasa ini.
Ketegasan Tuanku di dalam isu pengharaman vape di Johor misalannya menjadi contoh terpuji yang kami junjung dan sanjung, betapa kebijaksanaan tidak terperi Tuanku di dalam soal kesihatan rakyat. Kami pohon Tuanku bantu juga kami dalam isu ini bagi menghentikan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.
Tuanku payung negeri lah tempat rakyat seperti kami mengadu nasib dan mengharapkan pembelaan. Kami mengharapkan sokongan Tuanku supaya penyiasatan menyeluruh, terperinci dan telus dapat dilakukan ke atas kes yang berlaku ini oleh pihak berkuasa. Kami tidak sanggup lagi mendengar kes seumpamanya berlaku ke atas sesiapa pun.
Seorang bayi kehilangan nyawanya. Seorang ibu yang berpantang tanpa kehadiran bayinya. Seorang ayah yang dilanda kesedihan kerana pemergian warisnya.
Medical Mythbusters Malaysia menganjurkan kempen #SayNoToUnsafeBirth
Ampun Tuanku,
Atas inisiatif kami sendiri, kami di Medical Mythbuster Malaysia (M3) mengusulkan kempen #SayNoToUnsafeBirth di media sosial bagi memastikan pasangan muda dan ibu-ibu mengandung, sentiasa berhati-hati dalam menerima pendapat perubatan dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai prioriti utama.
Kami mahu timbulkan kesedaran bahawa bahaya kelahiran tidak selamat ini memang nyata, serta kesannya sangat buruk.
Semoga dengan keprihatinan Tuanku sebagai Sultan dan Permaisuri Negeri Johor, kita dapat menyekat kewujudan anasir yang berniat jahat yang sedang meresap di kalangan rakyat Tuanku khususnya dan gemanya sampai ke seluruh pelusuk negara.
Kami bersedia mengadap Tuanku sekiranya diarahkan memberikan perincian lanjut berkenaan soal ini.
MEDICAL MYTHBUSTER MALAYSIA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 11 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya korang update sistem ini dengan menggunakan wifi.
Menurut IFix iOS Studio, berikut merupakan tip-tip yang korang boleh ikut sebelum mengemaskini software terbaru Apple.
– Jangan update guna WIFI ??
(OTA : On The Air )
– Backup iPhone anda menggunakan iTunes
– Pastikan Laptop / Macbook anda telah install LATEST VERSION ITUNES
– Wifi yang stabil ketika proses update menggunakan iTunes.
Kesan-kesan yang mungkin dialami
1. Stuck APPLE logo ketika proses update
2. Sistem akan HANG
3. Wifi Greyed out
4. Battery Drain
5. No Service
6. Camera blank
Dan berikut merupakan senarai iPhone yang support ios 11:
1. IPHONE 5S
2. IPHONE SE
3. IPHONE 6
4. IPHONE 6 PLUS
5. IPHONE 6S
6. IPHONE 6S PLUS
7. IPHONE 7
8. IPHONE 7 PLUS
9. IPHONE 8
10. IPHONE 8 PLUS
11. IPHONE X
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.