Belum Keluar Kotak Sejak 2007, iPhone Generasi Pertama Ini Dilelong RM212,000!

Share

Mana-mana individu yang baharu sahaja mendapatkan telefon pintar pasti tidak akan sabar untuk pulang ke rumah, membuka pek bungkusan lalu terus menggunakannya.

Namun tidak bagi seorang wanita dari Amerika Syarikat bernama Karen Green.

Sejak membeli telefon pintar iPhone generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2007, Karen dikatakan masih rapi menyimpan iPhone tersebut tanpa membuka pek bungkusannya waima plastik yang membaluti kotak tersebut!

Foto Hiasan: Pek bungkusan iPhone generasi pertama.

Memetik laporan Business Insider, telefon pintar yang mempunyai kamera dua megapixel dan storan 8 gigabait (GB) itu telah diterima Karen sebagai hadiah setelah dia baru sahaja mendapatkan pekerjaan baru.

Karen bagaimanapun memilih untuk tidak menggunakan iPhone berkenaan pada waktu itu kerana dia telahpun memiliki telefon baharu dan iPhone baginya tidak serasi dengan perkhidmatan rangkaian sedia ada yang dilanggan olehnya.

Lalu, Karen bertindak untuk membalut kotak iPhone tersebut dengan baju tidur dan menyimpannya di dalam gerobok pakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Kabel iPhone Mudah Rosak? Ini Antara Sebab-Sebabnya.. – REMAJA

Sehinggalah pada bulan Oktober baru-baru ini, Karen mendapati telefon pintar iPhone generasi pertamanya itu masih dalam simpanannya dan bertindak melelong menerusi LCG Auctions iaitu rumah lelongan yang mengendalikan jualan.

Siapa sangka, ramai pihak berminat untuk membeli iPhone tersebut daripada Karen dan ia berjaya dilelong pada nilai $US39,339.60 atau RM167,508.02.

Whoa!

Spesifikasi iPhone generasi pertama.

Kongsi pihak LCG Auctions, ramai dalam kalangan pembida mempunyai minat yang sama untuk mengumpul telefon lama. Kini, pemilik baharu iPhone itu dikatakan bakal melelongnya semula dan ia dijangka mampu terjual pada nilai $US50,000 atau RM212,000.

Sebagai info, harga asal telefon pintar iPhone generasi pertama pada tahun 2007 dengan storan 4GB adalah $US499 atau RM1,911 manakala storan 8GB pula dijual pada harga $US599 atau RM2,550.

BACA LAGI: Cara Mudah Kurangkan Storan Data Sistem (Others) Untuk Pengguna iPhone – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN