
Kecoh di media sosial bahawa negara Afrika Timur, Semenanjung Arab dan Asia Barat sedang berdepan dengan satu krisis lain yang menambah ‘bencana’ sedia ada.

Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, terbaru dianggarkan berbilion belalang juta telah menyerang tanaman penduduk menjadikan mereka kehilangan punca pendapatan dan sumber makanan. Antara yang paling teruk terjejas adalah di Afrika Timur dan Yaman serta negara-negara Teluk seperti Iran, Pakistan dan India.

Dapat dilihat ribuan belalang berterbangan dan mati selepas disembur asap. Walaupun penyemburan racun serangga dari udara dan tanah telah dilakukan sebagai langkah kawalan, namun disebabkan kekurangan pesawat dan dana, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah merayu RM329 juta untuk menangani krisis berkenaan.


Bukan itu sahaja, kerajaan China telah menghantar satu pasukan pakar ke Pakistan bagi membangunkan sistem terbaharu yang membabitkan 100,000 ekor itik sebagai senjata biologi yang mana seekor itik boleh memakan lebh 200 ekor belalang dalam masa sehari.
Serangan belalang juta pada ketika ini membawa kepada keadaan yang lebih buruk yang boleh menyebabkan lebih banyak kematian penduduk gara-gara tiada bekalan makanan yang mencukupi.

Belalang juta atau nama saintifiknya Schistocerca gregaria merupakan serangga yang biasa hidup di padang pasir di antara Afrika Barat dan India. Biasanya membiak selepas musim hujan, belalang juta memerlukan tanah lembap untuk bertelur.
Telah menyebabkan wabak sejak zaman prasejarah, tamadun Mesir Purba mengukir imej belalang juta pada makam-makan mereka kerana pernah menjadi penyebab kebuluran dan penghijrahan manusia.
Sudah menyebabkan ancaman pada penghasilan pertanian di Afrika, Timur Tengah dan Asia selama berabad lamanya, belalang juta yang lapar boleh menyebabkan hampir satu per 10 penduduk dunia terjejas jika diserang.
Allahu, moga saudara kita di sana dilindungi dan dijauhkan dari ancaman belalang ini.
Sumber: BBC, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Simbah Air Panas, Kurung Anak Dalam Sangkar Kucing! Mak Ayah Akhirnya Terima Balasan

Kes penderaan ini pernah menggemparkan negara tahun lalu. Walau bukan berlaku di negara kita sebaliknya di Singapura tetapi perlakuan menyimbah air panas berkali-kali, mengurung anak dalam sangkar kucing terhadap anak kecil berusia 5 tahun dianggap sebagai kes penderaan terkejam kerana anak kecil itu akhirnya menemui ajal.
Pernah dilabel media sebagai orang tua tidak berhati perut dan dianggap kes penderaan paling dahsyat oleh hakim yang menjatuhkan hukuman, pasangan suami isteri, Ridzuan Mega Abdul Rahman dan isterinya, Azlin Arujunah akhirnya temui balasan setimpal.
Kes mengurung anak dalam sangkar kucing dan kemudian menyimbahnya dengan air panas kerana enggan mandi, pasangan suami isteri ini menghadapi tuduhan menyimbah air panas ke atas anak lelaki mereka yang berusia lima tahun sehingga menyebabkan kematian anaknya itu dua hari lalu (hukuman bertarikh 13 Julai) dijatuhi hukuman berat.

Berita Media Corp melaporkan, Ridzuan Mega Abdul Rahman, dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dan 24 kali rotan. Isterinya pula, Azlin Arujunah, juga dikenakan hukuman penjara 27 tahun selain tambahan 12 bulan penjara. Hukuman tambahan itu dikenakan ke atas Azlin sebagai ganti hukuman rotan yang tidak dilakukan ke atas wanita.
Pasangan itu sebelum ini didakwa kerana mendera anak lelaki mereka yang berusia lima tahun itu selama tiga bulan, termasuk mengurung anaknya dalam kandang kucing; menyimbahnya dengan air panas sehingga dua pertiga tubuhnya melecur; dan menumbuknya di bahagian muka.
Anak tersebut kemudian maut pada Oktober 2016.
Hukuman mereka bermula dari tarikh mereka ditahan reman iaitu 27 Oktober 2016 bagi Azlin dan 24 Oktober 2016 bagi Ridzuan.
Hukuman ini bagi tuduhan yang dipinda. Mereka sebelum ini dikenakan tuduhan lebih berat, iaitu membunuh, yang membolehkan mereka dihukum penjara seumur hidup atau digantung. Tetapi dibebaskan oleh Hakim daripada tuduhan tersebut.
Pihak pendakwa raya sudahpun memfailkan rayuan terhadap pembebasan daripada tuduhan membunuh itu.
Azlin dan Ridzuan, yang hadir di Mahkamah Tinggi memakai pelitup, dihadapkan hari ini bagi mendengar hukuman dibacakan ke atas mereka.
Kali terakhir mereka dihadapkan ke mahkamah adalah pada bulan Jun, di mana mereka secara rasmi dilepaskan daripada tuduhan membunuh dengan niat yang sama. Ini kerana pihak pendakwa gagal membuktikan elemen ‘niat yang sama’ dalam perbuatan pasangan tersebut.
KES "PALING DAHSYAT" SEUMPAMANYA, KATA PENDAKWA
Bulan lalu, Hakim Valerie Thean mendapati pasangan itu bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dahsyat dengan sengaja, menerusi kaedah berbahaya atau senjata berbahaya.
Pasangan itu juga mengaku bersalah atas beberapa tuduhan lain mendera anak mereka, yang boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.
Pihak pendakwa yang menyifatkan kes itu sebagai salah satu "yang paling dahsyat" antara kes-kes seumpamanya, kemudian meminta agar pasangan itu dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup.
Sekalipun demikian, Hakim berkata hukuman itu "tidak wajar" memandangkan bukti perubatan tidak dapat mengaitkan satu-satu kecederaan kepada satu-satu insiden.
Hakim menekankan bahawa kecederaan yang dialami kanak-kanak itu menurut pendakwaan yang dikenakan ke atas pasangan tersebut ialah "kecederaan yang membahayakan nyawa" dan bukan "yang membawa kematian".
Tuduhan "bunuh", yang pada mulanya dikenakan ke atas pasangan tersebut, dibuat berdasarkan empat insiden penderaan, ini termasuk menyebabkan kelecuran yang berlaku antara 15 dengan 22 Oktober 2016.
Menurut pihak pendakwa, air panas yang digunakan untuk menyimbah kanak-kanak itu bersuhu antara 86.5°C dengan 98.7°C.

Cawan yang dipercayai digunakan untuk menyimbah air panas. (Gambar: Dokumen mahkamah)
Nama kanak-kanak itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti adik beradiknya.
PENJARA SEUMUR HIDUP "TIDAK WAJAR" KATA PEGUAM BELA
Namun tuduhan itu ditolak oleh Hakim dan pihak pendakwa kemudian mengemukakan rayuan bagi hukuman penjara seumur hidup.
Di mahkamah hari ini, peguam bela Azlin dan Ridzuan membentangkan hujah-hujah bagi hukuman yang wajar dikenakan ke atas anak guam mereka berbanding hukuman penjara seumur hidup seperti yang disarankan oleh pihak pendakwa raya.
Peguam bela menyifatkan hukuman penjara seumur hidup itu sebagai “tidak wajar”. Oleh itu, mereka menyarakankan agar hukuman penjara antara 15 dengan 16 tahun dikenakan ke atas pasangan berkenaan serta 15 sebatan ke atas Ridzuan.
Pihak pendakwa bagaimanapun meminta Hakim mengenakan hukuman lebih berat. Ini setelah mengambil kira faktor-faktor seperti tahap kecederaan dan kesengsaraan, baik dari segi fizikal mahupun psikologi, yang dilalui anak mereka.
Hakim Thean kemudian memutuskan bahawa Ridzuan dijatuhi hukuman 27 tahun penjara dan 24 kali rotan manakala Azlin, 28 tahun penjara kesemuanya.
LAGI KES DERA KANAK-KANAK AGAK TRAGIS
BACA SINI : Ini 8 Kes Dera Kanak-Kanak Paling Tragis Di Malaysia, Ada Mangsa Koyak Organ Dalaman…
LAGI : Pasangan Malaysia Hadapi Tuduhan Dera Di Norway, Suruh Anak Berpuasa Di Bulan Ramadan
"KEGANASAN FIZIKAL ATAS KANAK-KANAK SANGAT DIBENCI"
Mengulas tentang hukuman ke atas pasangan itu, Hakim Thean menekankan pentingnya untuk menyampaikan "mesej jelas bahawa keganasan fizikal ke atas kanak-kanak adalah perbuatan yang sangat dibenci".
Kehidupan mereka yang sukar juga bukan alasan untuk mereka "mendera" anak mereka sehingga dia meninggal dunia, tambah Hakim Thean.
"Tugas ibu bapa berterusan tidak kira keadaan ekonomi dan sosial mereka. Dalam kes ini dan apa-apa kes sekalipun, ia tidak boleh diterima kerana ada bantuan untuk mereka," tegas Hakim Thean.
Ibu angkat mangsa, yang juga merupakan kawan baik Azlin, menjaga kanak-kanak berkenaan sejak dia berusia sebulan sehingga empat tahun. Wanita itu malah menawarkan untuk terus menjaga dan mendaftarkan kanak-kanak itu di sebuah sekolah berdekatan rumah beliau.
"Walaupun ia menjadi tanggungjawab pasangan itu untuk memastikan kepentingan anak mereka, tidak ada seorang pun daripada mereka yang mahu menandatangani surat persetujuan menukar sekolah kanak-kanak itu.
"Semasa kanak-kanak itu bersama mereka, dia tidak ke prasekolah," kata Hakim
.
Hakim menambah, gangguan mental Azlin tidak begitu menjejas atau menghapuskan keupayaan mentalnya untuk berfikir tentang perbuatannya itu. Selain itu, kata Hakim, tiada bukti mencukupi yang menunjukkan bahawa Ridzuan mengalami gangguan mental.
Peguam Ridzuan sebelum ini mengatakan dia mengalami masalah hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD), masalah gangguan tiba-tiba dan masalah gangguan penggunaan hipnotik, yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan sedatif seperti dadah secara berulang kali.
LATAR BELAKANG KES
Perbicaraan ke atas pasangan itu bermula pada November 2019. Ia mendedahkan perincian penderaan yang terpaksa dilalui kanak-kanak tersebut. Ini termasuk bagaimana dia dicubit dengan playar, ditekap dengan sudu panas dan dikurung di dalam kandang kucing.

Sangkar kucing di mana kanak-kanak lelaki 5 tahun dikurung. (Gambar: Dokumen Mahkamah)
Pasangan ibu juga mempunyai anak-anak lain yang tinggal sebumbung di sebuah flat sewa satu bilik. Mangsa tinggal dengan saudara-mara lain sejurus selepas dilahirkan pada Januari 2011, sebelum kembali menetap dengan ibu bapanya. Dia hanya pulang ke rumah ibu bapanya pada Mei 2015.
Penderaan yang dilaluinya bermula kira-kira setahun kemudian, apabila dia dipukul dengan pelbagai benda termasuk penyapu atau penyangkut baju dan dicubit dengan playar pada bahagian peha dan punggung.
Pada Ogos 2016, mangsa dipukul oleh Azlin kerana disyaki menjatuhkan tin biskut. Perbuatan Azlin itu dikatakan meninggalkan kesan pada bahagian perut mangsa serta menyebabkannya berjalan tempang kerana tempurung lututnya terkehel.
Sebelum kematiannya, ibu bapa mangsa beberapa kali menyimbah air panas, sehingga dia kesakitan akibat kulit yang menggelupas, menurut pihak pendakwa.
Penderaan itu terbongkar pada 22 Oktober 2016 apabila mangsa dikurung dalam kandang kucing yang berukuran 0.91 meter – 0.58 meter – 0.7 meter.
Apabila mangsa enggan membuka seluar untuk mandi, bapanya Ridzuan, dipercayai memukulnya dengan penyapu sebelum menyimbah air panas ke atasnya.
Mangsa kemudian merunduk di lantai tandas sedang Ridzuan dikatakan sekali lagi menyimbah air panas pada bahagian belakang badan dan betisnya. Mangsa kemudian rebah di tandas tersebut dan tidak lagi bergerak.
Azlin dan Ridzuan bagaimanapun tidak segera membawanya ke hospital kerana takut diberkas kerana mendera anak mereka. Sekalipun demikian mereka menghantar anak mereka itu ke hospital hanya selepas enam jam kemudian.
Pasangan itu diberkas selepas pihak hospital menghubungi polis.
Mangsa meninggal dunia di hospital setelah mengalami keadaan kejutan semasa pembedahan. Sumber : Berita Media Corp
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ziarah Rumah Ke Rumah Dan Kubur Dilarang Pada Hari Aidilfitri, Dikira Langgar SOP

Rayakan sebulan! Ini mungkin istilah yang biasa kita dengar sejak berpuluh tahun lalu malah mengambil kira senario tahun-tahun sebelum ini di penghujung Syawal masih ramai yang membuat rumah terbuka.

Namun untuk raya tahun ini, nampaknya rakyat harus membiasakan diri dengan konsep norma baru apabila konsep ziarah menziarahi ini tidak boleh diteruskan pada raya tahun ini demi untuk mengelak penularan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
Malah, rakyat Malaysia akan mula memasuki pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga di seluruh negara bermula 12 Mei ini. Arahan ini datang daripada kenyataan media oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diedarkan kepada media
Rakyat Malaysia kini tidak lagi dibenarkan untuk melakukan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri. Tetapi anda masih boleh hadir ke solat sunat Aidilfitri dengan kehadiran yang telah dihadkan oleh pihak kerajaan.
Muhyiddin turut berkata bahawa tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021. Bagi arahan lain pula, ia akan dikuatkuasakan pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri pic.twitter.com/MGN0BdWPsh
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) May 10, 2021
Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak akan menutup sektor ekonomi dan mereka dibenarkan beroperasi seperti biasa biarpun kes semakin hari, semakin menunjukkan angka yang angresif. Kenyataan terbabit turut menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara akan bertanggungjawab membentangkan SOP terperinci arahan yang terkandung di dalam PKP.
#COVID19 update for May 10. Malaysia recorded 3,807 new positive cases with 17 deaths.
The whole of Malaysia will be placed under (MCO) from May 12 to June 7, as the country grapples with rising COVID-19 infections. pic.twitter.com/VQJ6YPtidG
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 10, 2021
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang ke tiga ini selepas peningkatan kes yang mendadak kes baru di beberapa negeri. Kematian dilaporkan semalam di Selangor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Kedah dan Kelantan, melibatkan 16 penduduk tempatan dan seorang warga asing, semuanya berusia 48 hingga 92 tahun.
Apa-apapun, korang jangan lupa jaga SOP ketika musim perayaan ini walaupun hanya beraya di rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jadi Bahan Gurauan, Tular Video Pelajar Sekolah Jadikan Alat Pemadam Api Sebagai Mainan

Alat pemadam api adalah salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran. Malah, kalau korang perasan setiap bangunan kerajaan atau swasta mesti ada alat ini termasuklah di setiap sekolah di Malaysia.

Dan setiap tahun merupakan rutin wajib para guru akan menjemput pasukan bomba datang ke sekolah untuk sesi latihan kebakaran. Kebanyakan pelajar yang tidak mengambil serius apa yang diajar dan hanya menjadikan ia alasan untuk tidak masuk ke kelas.
Tapi, zaman penulis dahulu tidaklah sampai nak dijadikan mainan alat ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial sejak semalam, video berdurasi 15 saat menunjukkan beberapa pelajar sekolah menengah menyalahgunakan alat pemadam api untuk tujuan hiburan sesama rakan.
Melalui perkongsian Facebook Warga Taman Keramat, dapat dilihat dengan jelas salah seorang dari pelajar terbabit menarik pin keselamatan alat berkenaan lalu disembur ke merata tempat sebelum dilepaskan.
Menganggap perbuatan itu menyeronokkan, datang lagi dua rakannya mengambil alat pemadam api tersebut dan disembur bagaikan tiada hari esok. Dipercayai berlaku di kantin sekolah berkenaan yang tidak didedahkan lokasinya, selepas tamat sesi persekolahan.
Rata-rata netizen mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab pelajar yang terbabit dan meminta pihak sekolah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap para pelajar yang terlibat.
Hmmm…jangan mudah menghukum, kita tunggu jela penjelasan dari pihak sekolah tersebut okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : 1
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

