IU. Nama yang tidak lagi perlu diperkenalkan kepada peminat dunia hiburan Korea Selatan.
Bukan sahaja cantik dan berbakat, IU atau nama sebenarnya, Lee Ji Eun boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti muda paling berkerja keras sebagai seorang pelakon, duta produk dan tentunya sebagai seorang penyanyi serta pencipta lagu.
Disebabkan tidak putus-putus bekerja dalam industri hiburan di sana, IU telah memiliki pelbagai hak royalti daripada penulisan lagu untuk albumnya sendiri, untuk penyanyi lain dan juga hak royalti daripada sejumlah filem serta K-Drama lakonannya.
IU juga menghiasi banyak iklan di Korea Selatan. Antaranya termasuklah untuk jenama Samsung, Sony Korea dan Binggrae. Dia juga membintangi sejumlah drama Korea yang mendapat rating tinggi seperti Hotel del Luna dan My Mister.
Tidak hairanlah apabila IU pada tahun lalu telah memegang gelaran idola wanita K-Pop paling kaya sepanjang 2021 kerana mampu mengumpul aset hartanah yang mencecah nilai puluhan juta Won.
Menerusi program terbitan Mnet berjudul TMI News Show pada 31 Ogos semalam, ia telah membongkar kekayaan terbaru IU menerusi senarai ’10 Rumah Kedua Selebriti Terbaik”.
IU menjadi topik perbualan ramai warga maya apabila namanya berada di tempat kedua dalam senarai tersebut. Diam-diam ubi berisi ya!
Ads
Sehingga kini, IU dilaporkan memiliki sebuah studio peribadi bernilai kira-kira 4.6 bilion won (RM15,226,986) di Gwacheon, Gyeonggi-do dan sebuah apartmen di Cheongdam-dong yang kini mempunyai harga jualannya melebihi 13 bilion won (RM43,032,786) tunai; iaitu yang tertinggi di Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, IU juga khabarnya mempunyai rumah kedua yang terletak di Yangpyeong. Ia merupakan sebuah vila countryside dua tingkat dengan keluasan 560 meter persegi.
Selebriti berparas wajah comel itu membeli tanah serta vila di kawasan tersebut bernilai kira-kira 2.2 bilion won. Tidak cukup dengan itu, dia juga membeli sebidang lagi tanah di sekeliling kawasan tanah sedia ada pada nilai 800 juta won.
Ads
Secara total, kos rumah keduanya ini sahaja adalah 3 bilion won (RM9,930,643).
Foto Via Koreaboo
Selain IU, ramai juga selebriti Korea lain yang membeli kediaman di Yangpyeong disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan Seoul tetapi masih tenang landskapnya.
Dengan pemilikan studio peribadi, apartmen, vila dan aset tanah ini, IU dilaporkan mempunyai hartanah bernilai kira-kira 20.6 bilion won (RM68,185,889) buat masa ini.
Ads
Cantik, popular dan kaya. Rasanya mesti ramai yang terkejut melihat kekayaan selebriti Korea Selatan yang satu ini kan? Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemilihan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah pada malam ini oleh peserta Big Stage 2022, Aisha Retno telah mendatangkan rasa sebak; bukan hanya dalam kalangan penonton dan penyanyi remaja itu saja tetapi juga oleh juri tetapnya.
Minggu ketiga kali ini menyajikan tema Playlist 2000’s di mana peserta boleh memilih mana-mana lagu dari era 2000 hingga 2011 untuk dinyanyikan.
Pemilihan lagu Kesetiaan ini boleh dianggap berani memandangkan penciptanya, Ajai duduk di kerusi juri tetap. Bukan mudah untuk menyanyikan lagu yang begitu dekat dengan hati juri secara live namun nampaknya, Aisha telah berjaya membawakan Kesetiaan mengikut caranya sendiri.
Perasaan sedih jelas dirasai seluruh dewan apabila masing-masing tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sewaktu persembahan Aisha malam ini dan semasa sesi penjurian dilakukan. Malah nyanyian Aisha juga sedikit terganggu akibat emosi yang menyelubungi dirinya.
Kata Ajai apabila diminta untuk menjelaskan perasaannya sewaktu itu, beliau berkata pemergian Allahyarhamah masih terlalu baru dan amat dirasainya.
“Lagu tersebut memang kuat vibe-nya. Sesiapa saja yang membawakannya perlu mengikut cara tersendiri. Saya rasa sebak itu sebab kami rapat dengan arwah.
“Aisha ada imrovised namun tidak terlalu keterlaluan, dia mengikut kemampuannya. Ada beberapa bahagian yang saya rasakan sedap dan saya boleh terima,” katanya.
Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza pula yang dilihat mengesat air mata sewaktu Aisha mencecah bahagian korus Kesetiaan, beliau mengakui pantas teringatkan arwah lalu menangis.
“Kita tidak boleh nafikan arwah ialah seorang penyanyi yang konsisten, berkerja keras dan merendah diri. Apabila mendengar lagu itu, saya terus ‘dengar’ suara dia. Itu yang buatkan saya sebak.
“Lagipun, kami berdua mengandung sekita waktu sama semasa pandemik. Saya pun bersalin dalam musim pandemik tetapi Allah lebih sayangkan dia,” jelas Siti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber Foto : Ihsan Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, salah satu pencapaian dalam dunia mana-mana pelajar sekolah menengah adalah penerimaan kemasukan ke sekolah asrama penuh ataupun dalam terma baharunya, Sekolah Khusus.
Namun disebabkan ketiadaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini disebabkan pandemik wabak Covid-19, Kementerian Pendidikan (KPM) semalam telah memperkenalkan cara baru untuk menaksir pelajar yang layak diterima masuk.
Jangan ingat korang tiada peperiksaan besar tahun ini, boleh senang-senang masuk ke Sekolah Khusus! Hehe..
Bagi mereka yang bercita-cita untuk menyertai Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD)… korang akan dikehendaki
menduduki sesi peperiksaan secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.
Sebelum itu, pelajar perlu memohon di pautan khas yang disediakan oleh KPM secara dalam talian (online). Korang boleh mengakses pautan di bawah:
Kemasukan ke Tingkatan Satu : https//:spskt1.moe.gov.my
Kemasukan ke Tingkatan Empat : https//:spskt4.moe.gov.my
Permohonan ini akan dibuka bermula 7 September sehingga 2 Oktober hadapan. Manakala semakan pusat pentaksiran pula akan diumumkan pada tarikh seperti di bawah:
Untuk pentaksiran Tingkatan Satu : 7 – 23 Oktober
Untuk pentaksiran Tingkatan Empat & Tahun Pertama Sekolah Vokasional Malaysia (SVM): 12 Oktober – 6 November
Tarikh Ujian Pentaksiran
Menurut KPM lagi, pentaksiran ini akan merangkumi TIGA bahagian, iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasaan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).
Tarikh ujian pentaksiran ini telah ditetapkan sepeti di bawah, namun tarikh bagi setiap calon akan dimaklumkan semasa semakan pentaksiran dibuka:
Ujian pentaksiran Tingkatan Satu : 12 – 23 Oktober
Ujian pentaksiran Tingkatan Empat & Tahun Pertama Sekolah Vokasional Malaysia (SVM): 26 Oktober – 6 November
*
Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan menerusi portal KPM pada 1 September ini. Jangan lupa semak ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan bahawa mahligai perkahwinannya yang dibina selama 18 tahun sudah runtuh sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, Fazley dalam satu kenyataan menjelaskan beliau dan Azrena Soraya Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Azrene Ahmad telah sah bercerai dan bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh iddah beberapa bulan lalu.
“Keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri dan saya sendiri telah memfailkan penceraian.”
Kredit: Instagram Fazley Yaakob
“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini.”
Walau bagaimanapun, menurut Fazley (46) keduanya masih mengekalkan hubungan baik sesama mereka mereka seperti waktu mula-mula berkenalan dahulu.
Kredit: Instagram Fazley Yaakob
Selain dari itu, keempat-empat anak mereka juga difahamkan kini berada dalam penjagaan bersama.
Sekadar info, Fazley dan Azrene telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu iaitu Ahmad Fariedz Shah (15), Ahmad Fieradz Shah (14), Ahmad Fierudz Shah (13) dan Alayna Selma (7).
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!