Bella Hadid Kongsi Kisah Dididik Berpuasa Sejak Kecil, Tidak Malu Mengaku Kini Semakin Lalai

Share

Rasanya ramai yang sudah mengetahui bahawa model terkenal antarabangsa Bella dan Gigi Hadid merupakan seorang Islam dan bapanya berasal dari Palestin. Maka tidak hairanlah kita sering melihat dua beradik ini mempertahankan rakyat Palestin daripada serangan Israel.

BACA: Bella Hadid Dakwa Instagram Tapis Hantaran Instagram Story Berkaitan Palestin

Menerusi temu bualnya bersama Harper’s Bazaar, Bella menjelaskan bahawa agama dan budaya adalah perkara penting yang sering diajarkan oleh bapanya, Mohamed Hadid yang merupakan seorang hartawan hartanah berketurunan Palestin.

“Bapa saya sangat bersemangat (mengajar hal agama dan budaya) dan itu menjadikan saya teruja untuk tahu lebih banyak perkara tentang asal usul saya,” jelas Bella.

Bella juga turut berkongsi cerita bagaimana keluarganya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan, termasuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Namun, dia mengakui apabila usia semakin meningkat, ditambah pula dengan kesibukannya dalam dunia hiburan dan menjadi seorang model, dia semakin lalai menjalani ibadah itu.

“Kami sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Saya menjalankan ibadah puasa sejak kecil. Tetapi apabila semakin dewasa, mula bekerja dan melanjutkan pelajaran, saya semakin sukar untuk berpuasa untuk tempoh yang panjang,” tambahnya.

Bella tidak malu untuk membuat pengakuan ini dan ayahnya turut memuat naik foto mereka menyambut Ramadan.

BACA: Bella Hadid Pertahan Hak Hijabi Menutup Aurat Di Negara Yang Mendiskriminasi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN