
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menzahirkan penghargaan buat Bella Astillah atas sokongan moral yang diberikan kepadanya di Istana Kehakiman, hari ini.
Menerusi laporan media tempatan, Syed Saddiq tidak lupa memberi pujian terhadap pelakon dan penyanyi popular itu, dengan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang luar biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Berbaju Kurung, Bella Astillah Hadir Temani Syed Saddiq Di Mahkamah

“Terima kasih. Dia wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi,” kata Syed Saddiq kepada pemberita.
Hari ini, Syed Saddiq yang mengenakan sut hitam tiba di mahkamah sekitar jam 8.45 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenali SYED SADDIQ, Alumni MTD & Pendebat Terbaik Asia!

Tidak lama selepas itu, Bella yang mengenakan baju kurung cerah bercorak bunga, turut dilihat memasuki lobi mahkamah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh Beregu Wanita Negara, Pearly Tan & M Thinaah Dilantik Sebagai Ikon Perpaduan 2025

Naib Juara Kejohanan Badminton Dunia, Pearly Tan dan M Thinaah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mereka bersama tujuh lagi atlet negara dilantik sebagai Ikon Perpaduan Tahun 2025.
Pelantikan ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan mereka di persada sukan antarabangsa, malah menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain Pearly dan Thinaah, senarai Ikon Perpaduan 2025 turut menampilkan pasangan beregu badminton Goh Sze Fei–Nur Izuddin Rumsani serta Wan Muhammad Arif Shaharudin–Yap Roy King.
Tak ketinggalan, beregu dart negara Tengku Hadzali Tengku Mustaffar–Tan Jenn Ming juga menerima penghormatan yang sama.

“Sukan merupakan wadah yang paling ampuh dalam memupuk semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan rakyat Malaysia.
“Setiap kali atlet negara ini berentap di persada dunia, seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang berdiri teguh di belakang mereka.
“Bersatu hati menyokong Jalur Gemilang dikibarkan dengan penuh bangga,” jelas Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan rasmi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, turut menegaskan bahawa pelantikan ini membawa makna lebih besar daripada sekadar pencapaian sukan semata-mata.
“Kementerian percaya dengan semangat dan iltizam yang ditonjolkan oleh ikon-ikon ini, nilai-nilai perpaduan dapat terus disemarakkan sekali gus menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu identiti kebangsaan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk 73 Tahun Raih Ijazah Sarjana, Dulu Dahulukan Anak, Kini Giliran Diri Sendiri

Siapa sangka, pada usia 73 tahun, seorang pesara akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam daripada Open University Malaysia (OUM).
Lebih mengagumkan, beliau merupakan bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada 25 cucu!
Yusof Haron, figura inspirasi dari Manjung, Perak membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar. Menurutnya, semangat untuk menyambung pelajaran tidak pernah pudar walaupun tidak berpeluang melanjutkan pengajian semasa usia muda.

“Sebenarnya, semasa muda saya tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan yang dihadapi keluarga ketika itu.
“Namun, Alhamdulillah saya berjaya menghantar semua anak saya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Selepas mereka berjaya, saya pula bersara dan mula menyambung pelajaran sejak tahun 2010,” jelasnya.
Berkongsi cabaran sepanjang perjalanan akademik, Yusof mengakui tidak mudah untuk bergelar pelajar pada usia emas. Tapi semuanya diharungi dengan tekad yang luar biasa.
“Saya tidak nafikan banyak cabaran yang terpaksa dilalui pada usia ini, seperti masalah penglihatan, namun saya tidak menganggapnya sebagai halangan untuk meneruskan pengajian,” katanya kepada pemberita.

Yusof ditemui ketika menghadiri Majlis Konvokesyen ke-29 OUM yang berlangsung di WTCKL baru-baru ini, di mana beliau turut menerima Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai pengiktirafan atas semangat dan dedikasi luar biasanya.
Apa yang lebih menyentuh hati, seluruh keluarga memberikan sokongan penuh sejak dari awal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ujian Diagnostik Khas Jadi Syarat Kemasukan Murid 6 Tahun Ke Tahun Satu Mulai 2027

Terbaru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa hanya murid yang melepasi ujian saringan diagnostik khas akan layak memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.
Memetik laporan Berita Harian, pelaksanaan dasar itu bertujuan memastikan kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan lebih awal benar-benar bersedia dari segi perkembangan diri, sekaligus mengelakkan sebarang tekanan terhadap murid pada peringkat awal pendidikan.
Menurut Fadhlina, ibu bapa yang berhasrat memasukkan anak ke Tahun Satu pada usia enam tahun perlu mendaftarkan anak mereka terlebih dahulu untuk menduduki ujian diagnostik khas yang pelaksanaannya akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.
BACA: Reformasi Pendidikan Negara Perkenal Sistem Penilaian Baru Untuk Murid Tahun 4 & Tingkatan 3
BACA: Kerajaan Selaras Umur Kemasukan Sekolah Bermula 2027: Prasekolah 5 Tahun, Darjah Satu 6 Tahun

Pada masa yang sama, mengulas kebimbangan segelintir pihak, beliau menegaskan bahawa dasar berkenaan bukan suatu keperluan wajib, sebaliknya ditawarkan sebagai pilihan kepada ibu bapa, manakala kanak-kanak lain masih boleh memasuki Tahun Satu pada usia tujuh tahun seperti amalan sedia ada.
“Pertama, (ibu bapa) jangan panik, itu paling penting, kena bertenang dan melihat ini sebagai suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan. Ia bukan asing di negara lain yang sudah melaksanakannya. Sebab itulah, kita memulakannya dengan tidak wajib dan ia adalah pilihan,” katanya.
BACA: KPT Ambil Alih Tingkatan Enam & Matrikulasi Bermula 2026, Status Prauniversiti Berubah
BACA: Pendidikan Percuma OKU IPTA: Langkah Berani & Inklusif Kerajaan Demi Masa Depan Lebih Adil
“Walaupun pilihan, kita tidak memberikan kebebasan kepada ibu bapa begitu saja, ia datang dengan kebersediaan anak dan paling penting sokongan pada peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) yang kita namakan sebagai ujian diagnostik,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, walaupun ia bersifat pilihan, ibu bapa tidak diberikan kebebasan sepenuhnya kerana kemasukan murid enam tahun perlu disokong melalui ujian diagnostik yang menilai kebersediaan kanak-kanak dari aspek psikoemosi, tahap kemahiran serta keupayaan mengikuti pembelajaran di kelas Tahun Satu.
Sementara itu, pelaksanaan dasar itu bertujuan mengenal pasti sama ada kanak-kanak benar-benar bersedia untuk memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun. Ibu bapa yang bersetuju perlu memberi komitmen dengan memastikan anak menduduki ujian berkenaan, manakala ibu bapa yang tidak bersetuju boleh memilih laluan biasa dengan kemasukan ke
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

