Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memilih untuk berlapang dada menerima setiap ujian serta kritikan yang hadir dalam kehidupannya. Malah, dia turut menegaskan bahawa dirinya akan terus bersyukur dan berpegang kepada prinsip untuk sentiasa melakukan kebaikan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Bella berkata, tidak semua perkara yang berlaku dalam kehidupan seseorang boleh dikawal.

Sebaliknya, terdapat perkara yang perlu diterima dengan hati terbuka meskipun tidak semuanya berjalan seperti yang diharapkan.

Bella Astillah Pilih Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka, Tetap Bersyukur & Berpegang Pada Prinsip Berbuat Baik

“Tetap Memilih Untuk Bersyukur Dan Berbuat Baik”

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu turut menitipkan pesanan bahawa setiap perkara yang berlaku pasti hadir bersama pengajaran tersendiri.

Ads

“Tidak semua yang indah hadir tanpa ujian. Ada yang mampu kita kawal, ada yang hanya mampu kita terima dengan hati yang terbuka.

“Apapun yang hadir, saya tetap memilih untuk bersyukur dan berbuat baik,” tulisnya.

Penampilan Di Acara Anugerah Jadi Perhatian

Perkongsian berkenaan dipercayai dibuat susulan penampilan Bella di sebuah acara anugerah baru-baru ini yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ads

Selain penampilannya yang menjadi perhatian, kejayaan Bella membawa pulang trofi pada majlis berkenaan turut mengundang kritikan daripada segelintir pihak.

Bella Astillah Pilih Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka, Tetap Bersyukur & Berpegang Pada Prinsip Berbuat Baik

Ads

Terbuka Terima Teguran, Anggap Kritikan Peluang Perbaiki Diri

Untuk rekod, Bella sebelum ini pernah menyuarakan keterbukaannya dalam menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling.

Malah, pelantun lagu Terlalu Rindu itu turut melihat setiap kritikan yang diterima sebagai ruang untuk dirinya melakukan penambahbaikan, selain memperbaiki kekurangan yang masih ada.

Bella Astillah Pilih Terima Kritikan Dengan Hati Terbuka, Tetap Bersyukur & Berpegang Pada Prinsip Berbuat Baik

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads