Pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah tampil memberikan penjelasan berhubung hantaran media sosial yang memaparkan dirinya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Bella, kandungan yang dimuat naik itu sebenarnya berkaitan urusan kerja dan kolaborasi yang perlu diselesaikan bersama.
“Kepada semua yang mungkin selalu nampak kami bersama, saya faham mungkin ada yang kurang senang. Namun, sebenarnya semua itu adalah kolaborasi yang kami kena selesaikan.
“Macam klien sudah tolong kita seperti beri bantuan ke Sabah dan Muar, jadi, kita kena beri kembali.
“Seperti, kami buat ‘live’ bersama. Tapi kalau ada lebih daripada kerja, doa yang baik-baik,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duet terbaharunya bersama Ade Govinda berjudul Lebih Indah Berpisah.
Ads
“Semuanya Spontan, Bukan Lakonan”
Mengulas lanjut tentang kemesraan yang sering dilihat antara mereka, Bella menjelaskan bahawa semuanya berlaku secara spontan tanpa skrip atau arahan khusus.
“Syed Saddiq bukanlah pelakon, jadi, semua itu spontan. Kita cuma memang buat ‘job scope’ yang diberikan.
“Contoh, bulan ini kita kena buat empat ‘posting’ jadi kita memang fokus untuk ‘posting’. Tetapi, kita tidak pernah ditekankan untuk buat lakonan atau sebagainya,” katanya lagi.
Kredit foto: Instagram Bella Astillah
“Saya Seorang Wanita, Sudah Ada Dua Anak”
Enggan terlalu terbuka tentang status hubungannya dengan figura politik itu, Bella memilih untuk tidak memberi ulasan lanjut.
Ads
“Apabila saya hendak ulas soal perhubungan ni, saya pun sebenarnya segan. Saya seorang wanita. Bukan sahaja wanita, saya sudah ada dua anak. Hendak cakap pun kurang sopan dan kurang manis untuk diri saya sendiri. Apa yang saya boleh cakap, sebenarnya adalah doa yang baik-baik.
“Saya tahu, perkara ini klise tetapi itu adalah yang terbaik. Doa yang baik-baik. Saya sangat bersyukur dan terima dengan hati yang terbuka.
“Kalau hendak cakap soal perancangan masa akan datang, ada banyak perkara yang kena jaga seperti keluarga dan kerjaya. Kami masing-masing ada keluarga,” ujarnya.
Ads
Kembali Dengan Single Istimewa, Lebih Indah Berpisah
Dalam perkembangan lain, selepas kejayaan lagu Tapi Bukan Denganmu, Bella kini hadir dengan single terbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda.
“Lagu ini ditulis dengan penuh jiwa dan semangat oleh Ade.
“Single ini menggambarkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan,” katanya mengenai lagu istimewa tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat masa waktu sekolah dulu, masuk saja bulan Ogos mesti diwajibkan menyanyi lagu-lagu patriotik ketika dalam perhimpunan. Ingat lagi kan?
Setiap pelajar diberikan lirik-lirik lagu patriotik yang akan dinyanyikan secara bergilir-gilir setiap hari. Kena pula nyanyi lagu best, pergh memang bersemangat la kita nak nyanyi. Siap kibarkan bendera Malaysia lagi.
Bila sampai akhir bulan, kertas lirik pun dah lunyai dan sebenarnya tak perlu tengok pun pelajar dah boleh hafal. Kalau teringat balik time tu mesti rindu kan.
Korang ingat tak antara lagu-lagu patriotik yang kita nyanyi dekat sekolah dulu? Jom recap sikit..
1. Tanggal 31 Ogos
2. Setia
3. Sejahtera Malaysia
4. Inilah Barisan Kita
5. Tanah Pusaka
6. Kampungku
7. Malaysia Oh Tanahairku
8. Keranamu Malaysia
9. Jalur Gemilang
10. Dirgahayu Tanah Airku
Kalau korang dak-dak 90’s mesti familiar dengan lagu-lagu ni kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika lihat di kaca televisyen, siapa sangka selebriti Korea popular juga sebenarnya mempunyai kisah hidup yang tidak begitu indah.
Bukan semua antara mereka yang lahir dalam keluarga yang senang. Beberapa selebriti Korea juga turut merasai kehidupan seperti insan biasa.
Berikut merupakan antara 9 selebiri Korea yang dibesarkan dalam keluarga susah.
1. Seo In Guk
Berasal daripada keluarga susah, Seo In Guk pernah berada dalam kesusahan apabila ibunya bekerja sebagai pemungut kotak semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan harian mereka sekeluarga.
2. Park Shin Hye
Selebriti ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Seoul dan turut mendapat sokongan ibu bapanya yang berkorban meninggalkan tempat asal mereka. Walaupun keluarganya mempunyai masalah kewangan, namun mereka tetap berkeras untuk sama-sama bersusah-payah dengan anak perempuannya menjalani kehidupan di bandar Seoul.
3. Han So Hee
Siapa sangka pelakon baru yang membintangi drama trending The World of The Married ini juga bergelut dengan kehidupan susah sebelum bergelar selebriti. Ketika Han So Hee berpindah ke Seoul untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan, dia hanya mempunyai wang sebanyak 300,000 KRW (RM1,059). Dia bekerja di sebuah bar selama lebih dari setahun dan berjuang untuk mendapatkan apa yang dia perolehi sekarang.
4. IU
Diuji dengan kesusahan sejak zaman kanak-kanak lagi, keluarga IU ditimpa dengan hutang yang banyak sehinggakan dia dan adiknya terpaksa tinggal Bersama nenek mereka. IU dan adiknya hidup dalam keadaan kemiskinan untuk beberapa ketika kerana kediaman mereka pernah dipenuhi oleh lipas.
5. Park Bo Gum
Selebriti Korea ini menghadapi kesukaran di saat bermulanya kerjaya sebagai anak seni kerana dia telah diisytihar muflis seawal usia 22 tahun. Ayahnya telah meminjam wang daripada pihak pinjaman dan mendaftarkan nama Park Bo Gum sebagai pejamin pada ketika itu.
Setelah debutnya, Park Bo Gum mula mendapat tuntutan untuk melunaskan hutang yang telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh interest.
6. Rain (Jung Ji Hoon)
Sejak kecil lagi personaliti ini harus menanggung banyak kesulitan hidup. Dia pernah kelaparan selama beberapa hari disebabkan tiada makanan di rumah. Kesihatan ibu Rain semakin teruk pada ketika itu kerana keluarga tidak mampu untuk membeli ubat dan ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2000 selepas beberapa tahun kemunculannya dalam industry hiburan.
7. Song Jae Rim
Song Jae Rim seorang selebriti yang menyembunyikan kehidupan peribadinya, namun telah mendedahkan bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang susah. Disebabkan itu dia seorang yang akan berkira dalam berbelanja dan akan membuat kiraan semua yang yang telah dibelanjakannya.
8. Hyeri
Hyeri telah memberikan sumbangan kepada pelbagai kempen secara berterusan selama bertahun lamanya. Ini disebabkan masa lalunya, di mana keluarga Hyeri perlu berjuang untuk membesarkannya kerana mereka menghadapi masalah kewangan dengan hanya ibunya bekerja sebagai seorang pekerja kilang selama bertahun-tahun.
9. Cha Seung Won
Bintang Korea ini menjalani kehidupan yang cukup berat, malah ketika sudah berkahwin dia dan isterinya terpaksa tinggal di ruang bawah tanah selama beberapa tahun kerana keadaan kewangan mereka. Kehidupan Cha Seung Won di masa lalu juga tidak seperti kanak-kanak yang lain kerana kesempitan hidupnya sejak dari kecil lagi.
Mungkin selama ini kita sering melihat kehidupan dan gaya hidup selebriti Kpop yang mewah, namun tidak semua orang tahu disebalik kehidupan lampau mereka. Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Kalau tidak betul-betul berusaha masa kan seseorang itu boleh berjaya bukan?
Salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dilaporkan bakal tampil sebagai pelakon dalam drama fantasi popular, TVN iaitu Arthdal Chronicles.
Setakat ini, watak yang dimainkan oleh Jisoo masih lagi tidak diketahui namun sumber melaporkan bahawa wataknya akan muncul di tengah-tengah hingga ke penghujung drama tersebut.
Penglibatan Jisoo dalam drama tersebut sekaligus menjadikan ia drama pertama lakonan gadis itu selepas tampil sebagai cameo di dalam drama Producers pada tahun 2015.
Selain itu, Nickhun dari 2PM juga bakal membuat kemunculan dalam drama ini. Drama tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Song Joong Ki, Kim Ji Won, Jang Dong Gun dan Kim Ok Bin.
Drama yang telah ditayangkan di TVN dan Netflix itu bagaimanapun berhadapan dengan rating yang kurang dari jangkaan setelah 4 episod ditayangkan. Drama ini menceritakan tentang dunia politik yang melanda bandar purba bernama Arthdal.
Pada masa yang sama, pengkritik mengatakan bahawa watak, kostum, latar belakang malah konsep penceritaan “Arthdal Chronicles” mempunyai persamaan dengan drama siri popular US, Game Of Throne.
Menurut Allkpop, ketika sidang media yang diadakan di Seoul, Korea Selatan bulan lalu, pihak penerbitan drama ini nafi persamaan antara Arthdal Chronicles dan Game Of Throne. Menurutnya, siri Game Of Throne merangkumi manusia zaman dahulu kala, sedangkan drama mereka hanya berdasarkan imaginasi semata.
Sekali pandang memang nampak macam sama. Mungkin story line belum berkembang. Masih terlalu awal untuk kritik. Gais! Drama ni ada Song Jung Ki kot! Mohon layan~
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.