
Penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah berkongsi rasa sedih apabila putera sulungnya, Mohamad Ayden Adrean menjadi mangsa buli di sekolah.
Lebih memilukan, kanak-kanak berusia lapan tahun itu diejek sebagai anak yatim di sekolah agama.
BACA: Baru Berusia 8 Tahun, Putera Sulung Bella Astillah Curi Perhatian Sertai Triatlon Antarabangsa
Bella dalam masa sama berharap kejadian sebegitu tidak lagi berulang serta mendoakan agar anak lelakinya itu kuat berdepan cabaran hidup.
“Saya ada pergi sekolah juga minta tolong ustazah. Insya-Allah semoga ada perubahan yang baik.
“Bukan sahaja jumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa terus cakap dengan dia, sebab yang buli dia adalah perempuan.
“Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini,” tambahnya.
Sekadar info, Ayden merupakan anak hasil perkahwinan Bella dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Ara Adreanna.
Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Bella dan Aliff sah bercerai pada 13 Jun 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.