Buli siber dalam konteks zaman sekarang membawa maksud seseorang yang menggunakan peranti elektronik atau telekomunikasi untuk membuli orang lain. Biasanya ia dilakukan dengan menghantar mesej berbaur ancaman, mengejek, mencela, mengajak atau mempengaruhi orang lain serta mengugut.
Semalam kecoh di media sosial apabila penyampai radio tempatan telah memuat naik sebuah video memperlekehkan cikgu Sains yang kelihatan kurang fasih mengajar dalam bahasa Inggeris dalam program DidikTV.
Rentetan daripada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan perkara ini merupakan satu perbuatan buli siber dan turut melahirkan rasa simpati terhadap guru wanita itu.
“Beliau tidak patut ‘dibalun’ kerana hanya menjalankan tugas sebagai pendidik… saya juga beranggapan tidak sesuai jika Kementerian Pendidikan (KPM) diperlakukan (dikecam) sedemikian, kerana ini perkara yang baharu dimulakan dan sudah tentu ada kelemahan di sana sini.
Ads
“Kelemahan ini perlu difahami dan disusuli dengan usaha membaiki keadaan, bagi memastikan kandungannya lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Parlimen Indera Mahkota, di Pejabat Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.
Ads
Saifuddin juga mengulangi pendirian KKMM, bahawa suatu akta anti buli siber perlu diwujudkan bagi menangani masalah tersebut, yang boleh menyebabkan mangsanya berdepan masalah seperti kemurungan, selain pernah berlaku kejadian bunuh diri yang dipercayai berpunca daripada buli siber.
“Kita ada undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan, namun berkaitan dengan buli siber, kajian oleh KKMM dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) sebelum ini mendapati, lebih 80 peratus pengamal undang-undang berpendapat kita memerlukan undang-undang khusus bagi buli siber,” katanya.
Ads
Difahamkan penyampai radio tersebut tampil memohon maaf akan video yang dimuat naik olehnya. Pihak radio HITZ dalam satu kenyataan mengatakan pihaknya mengambil serius perkara yang berlaku ini. Malah, penyampai radio tersebut telah digantung kerja sementara dan siasatan dalaman akan dijalankan oleh pihak HITZ.
Hmmm…penulis pun kalau muncul di kaca TV mesti la gugup kan, harap perkara ini memberi pengajaran kepada semua agar tidak memperlekehkan orang lain.
Kes tahanan rakyat Malaysia di Kemboja hangat dibincangkan sepanjang minggu ini.
Akhirnya, kesemua 47 tahanan yang juga merupakan rakyat Malaysia selamat pulang pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2.
Walaupun kita semua bersyukur nasib mereka akhirnya terbela dan dapat diselamatkan, REMAJA tertanya-tanya apakah punca sebenar mereka mudah sekali dijadikan tahanan kerajaan Kemboja. Apakah motif 47 tahanan tersebut berada di sana pada waktu yang sama.
Menurut seorang anggota Parlimen di Kemboja yang dikenali sebagai Larry Sng Wei Shien, pertemuan beliau dengan 47 tahanan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey mendedahkan bahaya mereka semua termasuklah beberapa orang remaja tertipu dengan tawaran kerja di hotel mewah yang menawarkan gaji setinggi USD1,500 (kira-kira RM6,000) melalui iklan di media sosial.
What?!
“Sindiket seperti ini selalu disasarkan kepada remaja Sarawak. Disebabkan ia amat menyakinkan, rata-rata remaja daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah muda tertipu.
“Sesuatu mungkin harus dilakukan jika benar mereka ditipu sindiket. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan harus mencari solusi menyediakan pekerjaan lebih meluas kepada remaja agar mereka tak mengejar gaji lumayan membuta tuli,” pesan beliau.
Ouuh.
Salah seorang remaja yang tertipu dikenali sebagai Lisa, 23. Menurutnya dia membaca iklan kerja berkenaan di aplikasi WeChat. Tahanan lain pula menemui iklan sama di Facebook selain diajak oleh kawan sekampung lain.
Ibu kepada salah seorang tahanan, Yusuf Islam juga mengiyakan kes penipuan ini kerana anaknya dijanjikan peluang pekerjaan dengan bayaran lumayan itu. Namun setibanya di Kemboja, tiada kerja yang menanti mereka malahan mereka dituduh menipu dan menjalankan aktiviti perjudian online secara haram.
Haihh, guys. Diharap kes ini akan dijadikan pengajaran kepada semua orang. Ya kadangkala apa yang dijanjikan oleh ejen kerja di Kemboja, Korea Selatan, Australia dan di negara lain kedengaran lumayan dalam tempoh singkat.
Namun, more often than not, kesemuanya berkisarkan kes sindiket penipuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rahsia ajal maut sememangnya adalah ketentuan Ilahi dan jauh daripada pengetahuan manusia.
Namun di saat menghampiri kematian, kita sering terdengar atau terbaca kisah arwah yang seakan memberi petanda kecil bahawa masanya sudah tidak lama.
Dalam insiden malang yang menimpa Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut di Kem Lok Kawi di Sabah, semalam, balu kepada arwah juga seperti dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena.
Nour Shafinar Harun, 31 dilihat masih dalam keadaan pilu mengenangkan pemergian suami semasa ditemui oleh rakan media. Ia bermula sejak arwah dihantar ke Lapangan Terbang Subang oleh isterinya itu.
“Kami bersalaman dan cium seperti biasa. Saya minta maaf dan minta halalkan makan minum, juga seperti biasa.
“Tapi saya berasa marah dengan tugasnya kali ini dan pemergiaannya ke Sabah. Bila dah sampai di sana, saya dapat rasakan dia jauhkan diri daripada saya. Dia juga ‘beri peluang’ untuk saya marah dia, macam nak jauhkan diri daripada saya,” kongsi ibu kepada 3 cahaya mata itu.
“Saya sempat untuk menelefon dan beritahu saya rindu serta saya dia. Dia cuma menjawab ‘sayang’ dan tidak cakap banyak. Itu kali terakhir kami bercakap.”
Katanya lagi, perkahwinan mereka selama ini membuatkannya merasa bahagia. Malah dia rasa bertuah mendapat arwah sebagai suami dan menganggapnya sebagai ayah terbaik untuk anak-anak mereka.
Setakat ini, Nour Shafinar belum lagi melihat apa-apa video kejadian. Dia hanya menerima berita pemergian suami.
Mejar Mohd Zahir Armaya yang merupakan anak kepada pelakon komedi A R Badul maut dalam satu insiden tertembak raifal ketika melakukan demonstrasi di pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu semalam.
SUMBER: AWANI
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
COVID-19 kini telah mencatatkan 3,640,473 kes jangkitan, 251,817 kematian di seluruh dunia dan setakat ini, tiada ubat yang dijumpai untuk mencegah atau mengubati virus ini walaupun banyak negara yang cuba menghasilkan vaksin untuk virus pembawa maut ini.
Namun, melalui media Times of Israel, berita penemuan oleh Israel Institute for Biological Research (IIBR) telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Israel kini sedang dalam proses paten sebelum dihasilkan secara besar-besaran.
Antibodi ini dikatakan berfungsi secara monoklonal dan meneutralkan virus COVID-19 di dalam tubuh pesakit. Sebanyak 10,064 pesakit berjaya dirawat dan plasma daripada tubuh telah dikaji untuk mencari rawatan segera.
Untuk info, Israel antara negara paling awal menutup pintu masuk negara, setakat hari ini Israel telah mencatatkan kes sebanyak 16,268 dengan kadar kematian sebanyak 237 kes, manakala untuk kes aktif adalah sebanyak 5,808.
Namun aktiviti kekejam terhadap penduduk Palestin masih berjalan. Terdahulu, polis Israel dilaporkan telah menyerbu pusat ujian COVID-19 penduduk Palestin dan melakukan soal siasat seterusnya menahan empat aktivis yang terbabit dalam membangunkan pusat ujian itu.
Bukan itu sahaja, rejim Israel juga telah melarang Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menganjurkan kegiatan di Baitulmaqdis termasuk mengharamkan mereka memasuki untuk mencegah wabak pandemik itu daripada menular.
Malah mereka juga bertindak biadab apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat dan merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...