“Beli 1, Percuma 1 Tiket” Di Samsung ONYX Hall, Pawagam MBO Atria

Share

 

Okay pengguna telefon pintar Samsung, sekarang tiba masa untuk korang berlagak sedikit dengan pengguna iPhone!

 

Khas sempena pembukaan hall pawagam baru iaitu Samsung ONYX Hall di kompleks membeli-belah Atria Shopping Gallery Damansara, MBO menawarkan promosi istimewa untuk pengguna telefon pintar Samsung.

Bermula 5 Julai lalu sehingga 5 Ogos akan datang, korang boleh menebus 1 tiket percuma bagi setiap tiket filem yang ditayangkan di Samsung ONYX Hall, MBO Atria. Jimatlah sedikit nak pergi dating, hiks

!

Caranya mudah saja. Korang hanya perlu memuat turun Samsung Members App di Play Store dan redeem tawaran ‘Beli 1 Percuma 1 Tiket ‘ dengan memberikan kod e-voucher semasa membeli tiket yang pertama di kaunter MBO.

Untuk pengetahuan korang, skrin Onyx Cinema LED ini adalah yang pertama sepertinya di cawangan MBO Cinemas Malaysia hasil kerjasama bersama Samsung.

Selain resolusi skrin pawagam yang lebih tajam (High Dinamic Resolution), warna pada skrin juga tepat dan bebas daripada masalah distortion. Korang mesti selalu annoyed kan bila visual pada skrin kelihatan pelik? Sekarang tidak lagi.

Audio yang disampaikan juga berkualiti menerusi pembesar suara JBL Surround Sound System oleh Harman yang jelas dan seimbang. Penulis juga berpuas hati dengan tempat duduknya yang luas dan diperbuat daripada kulit.

Pada pemerhatian penulis, filem yang sedang ditayangkan di hall Onxy hanyalah Spider Man: Far From Home sahaja buat masa ini.

Selain daripada hall Onyx, MBO Atria juga mempunyai hall menarik seperti Big Screen (antara skrin terbesar di pawagam Petaling Jaya) dan MBO KECIL untuk pawagam mesra kanak-kanak.

*

VIDEO REMAJA

 

IKLAN