Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 60 tahun dari timur China telah mencuri perhatian masyarakat di media sosial apabila menjadi pelajar universiti, sekaligus membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk menimba ilmu. Bebekalkan semangat dan fizikal yang masih bertenaga, kisahnya menjadi tular selepas beliau menyertai latihan ketenteraan wajib untuk pelajar baru.
Memetik laporan media antarabangsa, Wang Wensheng yang merupakan bekas pegawai sumber manusia berasal dari Hefei, wilayah Anhui, akhirnya berjaya diterima masuk ke sebuah kolej vokasional tempatan pada Ogos lalu selepas dua kali menduduki peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan China (gaokao).
Beliau yang teguh berpegang pada motonya “belajar selagi saya hidup”, Wang kini mengikuti pengajian dalam bidang pemasaran dalam talian dan e-dagang penstriman langsung.
Wang Wensheng bersama salah seorang rakan sekelas.Wang Wensheng yang popular di kalangan rakan sekelas
Menurut Wang, beliau pernah menduduki peperiksaan tersebut beberapa dekad lalu namun gagal mencapai keputusan yang diharapkan.
“Mengalami suasana pembelajaran di kampus universiti sentiasa menjadi impian saya,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, sebaik sahaja menerima surat tawaran, ibunya yang sudah lanjut usia sempat bergurau bahawa beliau tidak akan menanggung yuran pengajian anaknya.
“Tiada masalah, saya sudah dewasa. Sokongan terbaik daripada ibu ialah menjaga kesihatan,” jawab Wang dengan tenang.
Pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa keluarganya turut memberikan sokongan penuh terhadap keputusannya dan kos pengajian selama tiga tahun itu akan ditanggung melalui simpanan sendiri serta gaji isterinya.
Ads
Kredit foto: South China Morning Post
Terdahulu, pada September, Wang berkongsi video dirinya menyertai latihan ketenteraan pelajar baharu di media sosial China. Di mana program latihan selama dua minggu itu melibatkan aktiviti seperti kawad, latihan tempur, serta aktiviti fizikal untuk meningkatkan ketahanan badan dan semangat berpasukan.
Menariknya, Wang berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang, malah mendakwa kini mampu menaiki lima tingkat tangga sepantas rakan-rakan sekelasnya yang jauh lebih muda.
Ads
Wang Wensheng ketika menyertai aktiviti universiti mengenal budaya anime.
Beliau gemar berkongsi pengalaman hidup bersama rakan-rakan sekelas yang mesra memanggilnya “Uncle Wang” serta mudah menyesuaikan diri di kampus. Apabila kelab-kelab kampus mengadakan promosi aktiviti, Wang turut serta mengambil gambar dan mempelajari trend terkini budaya anime.
“Saya rasa lebih muda, lebih bertenaga dan lebih teruja untuk meneroka selepas masuk universiti,” katanya.
Kini, Wang kerap melakukan penstriman langsung sesi pembelajarannya di media sosial bagi memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan muda. Akaunnya telah meraih lebih 45,000 pengikut dalam masa singkat dan usahanya itu juga meraih pelbagai reaksi positif dari warga internet yang memuji ketekunan beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebentar tadi Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berhubung pengumuman mengenai operasi institusi pendidikan memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menutup semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di semua negeri bermula 9 November sehingga 17 Disember.
Sesi pembelajaran dan pembelajaran bagi semua murid dan pelajar sepanjang penutupan dilaksanakan secara home based learning.
“Pentadbir sekolah perlu memastikan semua guru dan murid melaksanakan PdP di rumah. Guru perlu kekal di stesen tempat bertugas masing-masing
.
Dalam pada itu,Menteri Kanan ini turut mengumumkan pelajar tingkatan lima tahun ini akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 22 Februari 2021 bukan Januari yang diumumkan sebelum ini.
Semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang memasuki tingkatan 1, 4 , 5, 6 serta Kolej Vokasional tahun 2021 akan kembali ke sekolah bermula 20 Januari 2021.
Manakala pelajar tingkatan dua dan tiga akan belajar secara home base learning bermula pada 20 Januari 2021 mengikut kesesuaian guru dan murid sebelum kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
Matrikulasi KPM Akan Kembali Semula Ke Kolej
Dalam pada itu, pelajar matrikulasi akan kembali semula ke kolej dan meneruskan program pada 4 Januari 2021. Ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk pelajar matrikuasi yang dijadualkan pada 8-19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi kelmarin, selepas enam bulan berada di stesen angkasa lepas Tiangong, Xinhua. Ia sekaligus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa lepas China.
Menurut stesen penyiaran CCTV, tiga angkasawan terbabit ialah, komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe. Mereka memantau tempoh paling penting dalam pembinaan stesen angkasa lepas China yang siap pada November lalu.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pasukan itu juga telah berada di stesen angkasa lepas Tiangong sejak awal Jun lalu. Mereka telah mendarat di tapak pendaratan Dongfeng, wilayah Inner Mongolia pukul 8.09 pagi (waktu Beijing).
Kemudian, kakitangan agensi angkasa lepas itu mengisytiharkan keseluruhan misi yang bermula pada 5 Jun lalu ‘berjaya’ dan keadaan kesihatan mereka baik, lapor stesen tersebut.
Kakitangan di tapak pendaratan itu membawa keluar satu persatu anak kapal yang kelihatan keletihan dan sejurus selepas jam 9:00 malam (waktu tempatan), ketiga-tiga angkasawan itu berjaya keluar daripada kapsul terbabit dengan selamat, lapor CCTV.
Anak kapal dengan tiga angkasawan baru China tiba di stesen angkasa lepas Rabu lalu dengan menaiki Shenzhou-15 untuk mengambil alih tempat tiga angkasawan yang pulang.
Komander tiga angkasawan misi Shenzhou-14, Chen Dong dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang serta rakan sepasukan, Cai Xuzhe diberi tugas menyelia peringkat terakhir pembinaan stesen angkasa lepas tersebut.
Sekadar informasi, Tiangong yang bermaksud ‘istana syurga’, akan beroperasi selama satu dekad dan akan mengadakan pelbagai eksperimen dalam persekitaran graviti hampir sifar.
Tiangong merupakan aset utama program angkasa lepas Beijing. China telah mendaratkan kenderaan robot penjelajah di Planet Marikh dan Bulan di samping menjadi negara ketiga menghantar manusia ke orbit ketika ia cuba mengejar pencapaian Amerika Syarikat (AS) serta Russia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pempengaruh yang popular dengan perkongsian kandungan suasana kampung, Muhammad Nazirul Hakim Arman meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman pada malam Khamis.
Nazirul Hakim, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Azmeer Iskandar yang juga pencipta kandungan di laman Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat sahabat kita @iamnazirul yang telah kembali ke rahmatullah. I’m speechless,” tulisnya di Instastory.
Punca kematian pempengaruh terkenal itu dipercayai akibat jangkitan kuman yang dihidapinya. Perkara ini dokongsi sendiri oleh seorang lagi pempengaruh, Akhi Fairuz, menerusi hantaran di Instagram.
“Telah pergi sahabat saya @iamnazirul ke negeri abadi jam 10 lebih malam tadi. Dari awal Disember beliau telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman,” kongsinya.
Nazrul Hakim atau nama penuhnya Muhammad Nazirul Hakim Arman terkenal di media sosial sebagai pempengaruh yang banyak berkongsi tentang kandungan berasaskan pelancongan.
Kandungan tentang suasana kehidupan kampung dan keindahan seni bina tradisional melayu, pekan-pekan kecil yang dihasilkan mendapat perhatian masyarakat dalam dan luar negara. Menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun, Nazirul pernah dinobatkan sebagai Key Opinion Leader (KOL) of The Year oleh Kerajaan Negeri Perak tahun ini.