Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah yang juga merupakan juri dan komposer bagi rancangan realiti terbaru, Raise The Star Malaysia baru-baru ini menekankan kepentingan penjagaan rehat dan kesihatan dalam kalangan peserta program nyanyian untuk mengekalkan prestasi vokal yang optimum.
Menurut Shila atau pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah (35), pesanan itu bukan sekadar nasihat kosong, sebaliknya berpandukan pengalaman peribadi beliau ketika menyertai pertandingan nyanyian di China.
“Kalau nak tahu kan, semasa saya bertanding di China. Kadang-kadang orang ingat kita dapat lagu terus nyanyi tapi saya pernah lalui saat dimana contohnya hari Ahad pertandingan tapi dapat pilih lagu hari Selasa. Kemudian, hari Khamis atau Jumaat baru dapat arrangement,” katanya ketika ditemui REMAJA selepas sidang media Raise The Star Malaysia pada Ahad.
Dalam pada itu, jelas Shila, proses pemilihan dan penyusunan lagu dalam pertandingan luar negara sangat mencabar dan memerlukan stamina fizikal dan mental yang tinggi. Ada ketikanya, beliau terpaksa menukar lagu saat akhir dan ini memaksa dirinya keluar dari zon selesa.
“Kadang-kadang ada minggu yang saya kena tukar lagu hari Jumaat. Jadi, jika hal seperti itu terjadi, saya kena jadi ‘kuda lawan’ lah. Lebih lagi kalau dapat lagu berbahasa lain,” jelas Shila.
Ads
Pada masa yang sama, Shila turut menegaskan bahawa aspek kecergasan fizikal memainkan peranan besar dalam penjagaan suara. Vokal juga terdiri daripada otot yang perlu dijaga sama seperti otot tubuh badan yang lain.
Tambahnya, jika seorang penyanyi kurang tidur atau gagal melakukan pemanasan dengan betul, ianya boleh menyebabkan kecederaan otot vokal.
Ads
“Sebab itu saya sangat menitikberatkan ‘fitness’ kepada para peserta”
“Bila mereka tak cukup tidur, vocal cord kita ini ada muscle. Jika mereka tak jaga dan tak warm-up dengan betul, sama dengan otot badan yang lain, dia akan sakit,” ujarnya lagi.
@remaja.my Korang pun mesti setuju yang Shila Amzah semakin bertambah cantik & flawless kan!🥰 Rupa-rupanya tipnya saja, memang kena rajin jaga kesihatan. Rahsia paling penting sekali rajin pakai mask!🤗 Bagi korang yang nak jaga vocal cord pula, mungkin patut dengar pesanan Shila supaya kesihatan korang maintain sepanjang pertandingan😉✨ #majalahremaja#remajamalaysia#remaja♬ original sound – Remaja
Ads
Sementara itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu turut menasihatkan peserta agar tidak berlatih secara berlebihan atau terlalu sedikit sekaligus mengingatkan tentang keseimbangan dalam latihan.
“Minum air yang cukup dan kekalkan hidrasi itu sangat penting. Saya juga nak cadangkan mereka untuk ambil suplemen dari enzim nenas kerana ia memang baik untuk semua otot dan sendi termasuk pita suara kita”
“Boleh minum teh hangat juga, namanya ‘Throat Coat tea’ memang sesuai untuk nak kekalkan tekak kita lebih hidrasi dan bagi kelembapan. Jadi bila kita nak nyanyi nanti dan cukup warm-up, dia smooth dan tak terlalu memaksa dekat tekak,” nasihat Shila.
Intihanya, nasihat dan tip yang dikongsikan oleh Shila Amzah ini jelas menunjukkan komitmen dan profesionalisme beliau dalam dunia seni suara serta keprihatinannya terhadap bakat baru yang bakal menjadi pelapis dalam industri muzik pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kacak Korea yang menjadi pujaan ramai, Ji Chang Wook dilaporkan positif COVID-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Menurut sumber daripada agensinya, Glorious Entertainment melaporkan kepada SPO TV News, Ji Chang Wook telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan.
Ji Chang Wook sedang menjalani penggambaran drama siri untuk Netflix yang bertajuk The Sound of Magic yang turut dibintangi oleh Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun.
Menurut JTBC News, semua team produksi dan barisan pelakon akan menjalani ujian swab dan penggambaran terpaksa diberhentikan seketika.
Semoga Ji Chang Wook kembali pulih seperti biasa dan tidak ada individu lain yang berjangkit dengannya.
Bukan mudah untuk seorang pemain boleh negara menempah nama di peringkat kelab antarabangsa. Bukan saja mereka perlu bersaing bersama pemain tempatan, malah mereka juga berdepan dengan cabaran pemain remaja seluruh negara pada peringkat saringan.
Semalam menandakan tarikh penuh bermakna buat Luqman Hakim Shamsuddin, 18 apabila dia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Belgium bagi memulakan fasa seterusnya dalam kariernya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Luqman terpilih untuk ke Eropah bagi bermain dalam Divisyen 1 Belgium untuk kelab KV Kortrijk dengan mengikat kontrak selama 5 tahun.
Untuk pengetahuan korang kelab Belgium itu dimiliki oleh pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent tan yang merasakan Luqman memiliki skil dan semangat yang membara untuk diletakkan dalam sebuah kelab Eropah.
Kata pemain remaja yang berasal dari Kelantan itu, perasaan terujanya mengatasi sebarang perasaan gementar semasa menaiki pesawat semalam.
“Beberapa penumpang di atas pesawat mengenali saya dan tujuan saya ke Belgium. Mereka sempat memberikan kata-kata semangat untuk saya melakukan yang terbaik dan berharap agar saya membawa nama bola sepak Malaysia untuk menjadi lebih dikenali.
“Kini setelah saya tiba di Belgium, saya tak sabar untuk menyertai pasukan saya, KV Kortrijk,” kata Luqman lagi kepada rakan media.
Penyertaan Luqman itu juga mendapat sokongan daripada bekas Menteri Belia & Sukan negara, YV Syed Saddiq menerusi akaun Twitter beliau semalam
Liga bola sepak Belgium dianggotai oleh beberapa kelab ternama yang telah mencipta nama di peringkat Eropah, terutamanya. Kortrijk adalah sebahagian daripada 18 buah pasukan yang bertanding, selain Anderlect, Club Brugge dan Standard Liege.
All the best Luqman, banggakan Malaysia ya!
Sebelum ini, pemain bola sepak negara yang pernah menyertai kelab bola sepak di luar negara termasuklah Akmal Rizal (RC Strasbourg), Zafuan Azeman (Ang Thong FC), Safee Sali (Pelita Jaya FC), Nazmi Faiz (SC Beira-Mar), Wan Zack Haikal (FC Ryukyu) dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun di Derbyshire, United Kingdom telah pun mencatatkan rekod di Guinness World Record apabila berjaya menyelesaikan masalah pendaraban dan pembahagian matematik dalam hanya masa satu minit.
Nadub Gill yang merupakan pelajar Sekolah Rendah Longmoor, Long Eaton daerah Erewash telah menghabiskan masa ketika perintah berkurung dengan membuat latihan di aplikasi Times Table Rock Stars.
Pelajar itu dilaporkan menjawab 196 soalan dalam masa seminit dengan catatan sesaat bagi menyelesaikan lebih tiga soalan, sekali gus melayakkan dirinya menerima pengiktirafan Guinness World Record.
Gill telah berentap dengan 700 lagi pelajar yang menyertai rekod baharu dikendali badan pencatat rekod dunia itu dengan kerjasama aplikasi tersebut.
Kanak-kanak lelaki itu telah menerima sijil pengiktirafan pencapaian skor tertinggi Times Tables Rock Stars dalam hanya satu minit.
Pergh, memang hebat. Dalam masa satu saat mampu jawab 3 soalan matematik dengan mudah. Budak ni makan apa eh? Hiks!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.