Belajar Dari Penyesalan, Lee Chong Wei Pesan Ini Kepada Lee Zii Jia Untuk Olimpik 2020

Share

Pemain perseorangan lelaki negara Malaysia, Lee Zii Jia telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Zii Jia yang juga merupakan juara Kejohanan All England 2021, kini telah menjadi sandaran buat negara untuk meraih pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu.

Foto: Straits Times

Beliau kini sedang bersiap sedia untuk membuat persediaan secukupnya sebelum beliau mula bertanding di Sukan Olimpik 2020. Walaubagaimanapun, seperti kita sedia tahu, Datuk Lee Chong Wei yang merupakan salah seorang pemain badminton veteran Malaysia yang sudah semestinya menjadi penanda aras yang tinggi buat Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki badminton di Sukan Olimpik itu, pasti sedikit sebanyak membuatnya berasa lebih semangat untuk melakukan dengan lebih baik.

Foto: The Star

Didalam sebuah temubual Astro Awani bersama dengan pengulas sukan Shahrazad Sani, beliau berkongsikan tentang pengalaman yang Datuk Lee Chong Wei ceritakan kepadanya tentang penampilan sulungnya di Sukan Olimpik di Athens tahun 2004, beliau menegaskan yang dia rasa menyesal ketika aksi Olimpik pertamanya itu, dia menganggap ianya sebagai satu medan untuk mencari pengalaman.

Datuk Lee Chong Wei juga berkata, apa jua keputusan yang bakal dibawa pulang oleh Zii Jia, dia tidak mahu sesekali pun mendengar perkataan ‘kesal’ atau ‘menyesal’ datang daripada Zii Jia.

Sesungguhnya, Datuk Lee Chong Wei telah belajar daripada kesilapannya dan kekesalannya yang lalu, dan dia tidak mahu jika perkara yang sama berulang kepada Lee Zii Jia, dan sudah semestinya dia mengharapakan Zii Jia untuk melakukan sehabis baik untuk penampilan sulungnya itu.

Beliau juga memberitahu yang dia tidak mahu penyesalannya itu menjadi sebuah sandaran buat Lee Zii Jia, kerana dia telah menerima peluang yang terbaik kerana telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020.

Foto: The Star

Walaubagaimanapun, ianya mungkin tidak adil jika kita ingin membandingkan kedua-dua pemain badminton ini, memandangkan Lee Zii Jia juga masih baru dalam dunia sukan badminton ini. Namun, itulah yang diharapkan oleh peminat sukan badminton yang dahagakan kemenangan buat Malaysia pada kali ini.

Tambah Shahrazad Sani lagi apabila ditanya tentang perasaan Lee Zii Jia baru-baru ini tentang persediaannya ke Sukan Olimpik 2020, beliau memahami yang ramai meletakkan sandaran kepadanya untuk memenangi pingat emas buat Malaysia kali ini, dan beliau tidak merasa gugup, malah, beliau ingin mencuba sedaya upaya untuk mengejar pingat emas itu.

Walau apa sekalipun, semoga pesanan dan peringatan dari Datuk Lee Chong Wei ini dapat memberi manfaat kepada Lee Zi Jia untuk belajar dari kesilapan pemain veteran itu, dan membuat yang terbaik untuk Malaysia!

IKLAN