Dunia K-Pop sekali lagi dilanda khabar duka apabila bekas ahli kumpulan F.ABLE, Shim Jaehyun atau lebih mesra dikenali sebagai Jaehyun, disahkan meninggal dunia pada 29 Jun lalu.
Berita pemergian Jaehyun mula tersebar dalam kalangan kenalan rapat sebelum disahkan sendiri oleh peminat dan rakan-rakan di media sosial. Menurut laporan Allkpop, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit leukemia sejak beberapa tahun lalu. Namun begitu, kesihatan Jaehyun sebelum ini tidak pernah didedahkan secara terbuka kepada umum.
Keluarga mendiang memilih untuk merahsiakan butiran mengenai rawatan dan kondisi kesihatannya disebabkan itu ramai yang terkejut bila dapat tahu berita ini.
Maknae Penuh Karisma
Dilahirkan pada 7 April 2002, Jaehyun mula terlibat dalam dunia hiburan sebagai ahli termuda (maknae) kumpulan F.ABLE sekitar Jun 2020 di bawah label Haeirum Entertainment.
Walaupun F.ABLE bukanlah nama besar dalam K-Pop mainstream, mereka ada fanbase tersendiri yang setia menyokong sejak awal. Dengan personaliti yang lemah lembut, tenang dan sentiasa merendah diri, Jaehyun berjaya memikat hati ramai peminat.
Ads
Dalam F.ABLE, Jaehyun berperanan sebagai vokalis utama. Antara lagu popular mereka ialah “Burn It Up” dan “Run Run Run” — walaupun tak seviral kumpulan gergasi K-Pop lain, tapi persembahan mereka sentiasa all out dan dihargai peminat tegar.
F.ABLE Dibubarkan, Hidup Jaehyun Jadi Misteri
Tahun 2023, F.ABLE mula ‘menyepi’ tanpa sebarang update. Tiga daripada lima ahli kumpulan itu kemudian muncul dengan re-debut sebagai kumpulan baru, ENPHAZE, membuatkan ramai menganggap F.ABLE sudah dibubarkan secara tidak rasmi.
Sejak itu, kehidupan Jaehyun jadi misteri. Tiada berita tentang dia sehinggalah kini, dengan pengumuman pemergian mengejut ini.
Ads
Rakan Kongsi Rasa Kehilangan
Bekas rakan sekumpulan Jaehyun, Hojun, turut meluahkan rasa sedih dan kekesalannya di media sosial:
“Jae Hyun, saya terlambat mengetahui berita ini. Maafkan saya tak dapat berada di perjalanan terakhirmu…”
Dia juga sempat titipkan harapan agar Jaehyun dapat “makan makanan sedap-sedap dan bahagia di sana”, sambil berharap arwah datang jenguk dalam mimpi.
Peminat Doakan, Dunia Hiburan Berkabung
Di media sosial, peminat mula membanjiri timeline dengan ucapan takziah dan penghargaan terakhir buat Jaehyun. Hashtag seperti #RestInPeaceJaehyun dan #ThankYouJaehyun trending di platform K-pop community.
Majalah Remaja ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga, rakan dan semua peminat arwah Jaehyun. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga perjuangan serta kenangan Jaehyun dalam dunia K-Pop terus dikenang.
Ads
Terima kasih Jaehyun atas memori & semangat yang awak tinggalkan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keharmonian rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin, 33 dan Nur Fazura Sharifuddin, 41 yang hangat dipersoalkan di media sosial beberapa bulan kebelakangan ini terjawab pada Jumaat, 13 September.
Ini setelah Fazura difahamkan memfailkan penceraian terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam, pagi tadi.
Pelakon, Fattah Amin.
Menurut sumber yang mengesahkan perkara tersebut kepada BH Online, Fazura bagaimanapun tidak menghadiri mahkamah.
Sebaliknya, pemilik jenama Tudung Fazura dan Fazbulous itu diwakili oleh peguamnya untuk menguruskan pemfailan tersebut.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi,” kata sumber berkenaan.
Namun, butiran terperinci termasuklah punca penceraian tidak didedahkan untuk pengetahuan khalayak.
Pelakon, Nur Fazura.
Sebagai info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah seorang anggota kumpulan gadis K-pop, Kep1er iaitu Yujin serta agensi yang mewakilinya, KLAP Entertainment mengambil keputusan untuk memohon maaf berikutan pemakaian baju dengan imej Kaabah serta kalimah Allah dan Muhammad.
Perbuatan Yujin yang memuat naik hantaran video dengan berpakaian sedemikian telah mengundang amarah warganet yang merasakan ia satu bentuk penghinaan terhadap isu keagamaan yang sensitif.
Di platform X, rata-rata warganet menggunakan tanda pagar #YujinApologizeToMuslim bagi meluahkan ketidakpuashatian mereka. Malah ada juga yang nekad ingin memboikot kumpulan tersebut serta KLAP Entertainment.
Tambah mengecewakan lagi adalah apabila warganet pantas mengenal pasti baahawa ini bukanlah kali pertama baju T itu dipakai oleh seorang artis K-pop. Malah, satu lagi kumpulan gadis K-pop dikenali sebagai Badvillain juga pernah menyarungkannya.
Permohonan Maaf
Menerusi plaform media sosial Bubble, Yujin melakukan permohonan maaf peribadi bagi mengiringi kenyataan maaf yang terlebih dahulu dikeluarkan oleh agensi KLAP Entertainment.
“Hello, ini ialah KLAP Entertainment.
“Kami mengesahkan bahawa Yujin Kep1er baru-baru ini telah menyarungkan baju dengan rekaan menyerupai kandungan keagamaan, dan kami telah memadamkan kesemua gambar yang memaparkan baju tersebut.
“Kami seharusnya memeriksa rekaan baju secara teliti sebelum menyerahkannya kepada artis kami. Kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan akibat kejahilan dan ketidakcekapan kami.
“Sebagai sebuah kumpulan yang bukan hanya mempunyai peminat di Korea tetapi di serata dunia, kami seharusnya bertindak lebih berhati-hati untuk tidak mengulang kesilapan sama pada masa akan datang,” ulas kenyataan terbabit.
Sementara itu, jenama pakaian yang mengeluarkan rekaan baju tersebut juga bertindak untuk menarik semula stok jualannya dan seterusnya akan lebih berwaspada demi menghormati pembeli mereka yang terdiri daripada komuniti yang berbilang kaum serta kepercayaan.
Haih, apa pendapat korang? Adakah ini isu terkhilaf ataupun sememangnya akibat kejahilan atau ignorance?
Ini bukanlah kali pertama industri hiburan K-pop terpalit dengan kontroversi melibatkan kalimah sensitif di sisi agama Islam.
Terdahulu REMAJA pernah melaporkan mengenai lirik kontroversial melibatkan rapper solo, Jay Park.
Berlatarkan tahun 1980an, filem ini berkisarkan tentang Joker yang gagal mencipta nama dalam bidang komedi dan tidak dihiraukan oleh masyarakat. Arthur Fleck berkeliaran di sekitar Bandar Gotham dengan berpakaian seperti badut, berdepan dengan samseng ganas.
Dalam pada dia hilang kewarasan sedikit demi sedikit, dia mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di bandar tersebut dan menjadikannya seorang penjenayah ikonik yang dikenali sebagai Joker.
Kehebatan lakonan Joaquin Phoenix membawa watak Arthur Fleck memang tidak boleh disangkal lagi. Karakter psycho yang dibawanya mampu memainkan emosi penonton.
Ramai yang memuji kehebatan filem ini dan maka, tidak hairanlah filem ini berjaya memperoleh kutipan USD93 juta (RM389 juta) dalam tempoh satu minggu.
Kutipan ini telah berjaya menewaskan filem Venom pada tahun lalu hanya berjaya mengutip kira-kira sekitar USD80 juta (RM335 juta).
Bagi kutipan seluruh dunia pula, Joker berjaya memperoleh USD 140.5 juta (RM689 juta) dan sekali gus disenaraikan sebagai filem kutipan tertinggi bulan Oktober ini.
Kerajaan mengumumkan diskaun tol Aidilfitri 2026 sebanyak 50% untuk kenderaan persendirian, bertujuan meringankan kos perjalanan pulang kampung dan memastikan perjalanan lebih lancar.