Bekalan Darah Diperlukan Secara Berterusan, Ini Cara Yang Korang Boleh Derma Dalam Tempoh PKP

Share

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan di negara kita, tetapi korang masih boleh menderma darah di pusat-pusat derma darah di Malaysia bagi membantu mereka mendapatkan bekalan yang secukupnya.

Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara akibat kebimbangan penularan COVID-19 baru-baru ini.

Jadi, untuk korang yang masih sihat dan layak untuk menderma, tidak salah sekiranya kita bantu orang yang memerlukan.

Berikut merupakan pusat darah yang korang boleh kunjungi.

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak

Isnin-Jumaat: 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad: 8.00 pagi hingga 6.00 petang

2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya

Isnin: Tutup
Selasa-Jumaat: 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi hingga 6.00 petang

3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)

Isnin-Ahad: 10.00 pagi hingga 5.00 petang

4. Tabung-tabung darah berdekatan.

Untuk memudahkan perjalanan korang ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, korang perlu membawa:

a. Buku/kad penderma darah (untuk penderma regular)

ATAU

b. Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah dari mana-mana link berikut. (Slip ini akan dihantarkan ke email yang diberkan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah):-

https://forms.gle/zcU8TgVGNG6Mcfz98
https://forms.gle/HWzQrJsmb8bg943d8
https://forms.gle/MYyuT49q7dncEPoQ9

ATAU

c. Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara online di regdonor.bbis.moh.gov.my. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke email korang dan seterusnya perlu dicetak.

Korang boleh tunjukkan buku derma darah/slip temujanji/borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.

So jangan risau, jika ada bukti-bukti ini korang tidak akan ditahan nanti. Tapi jangan pula ada yang ambil kesempatan nak keluar rumah dengan alasan pergi derma darah ya. Awas! Hiks..

Sebarang pertanyaan berkenaan pendermaan darah boleh menghubungi Pusat Darah Negara di talian 03-26132690 atau 03-26132699.

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

IKLAN