Penglibatan rumah fesyen dari Malaysia, Behati dalam segmen persembahan di upacara penutup Sukan SEA Thailand 2025, Disember lalu telah menuai pujian daripada pelbagai pihak.
Setelah mencipta fenomena menerusi jenama tersebut sejak lima tahun lepas, Kel Wen selaku pengasasnya kini boleh tersenyum dengan pengaruh Behati yang berjaya diperluas di sekitar rantau Asia Tenggara sepanjang tahun 2025.
Antara yang memberi impak maksimum termasuklah penglibatan Behati dalam menyarungkan busana untuk para penghibur tempatan di Perhimpunan Sidang Kemuncak ASEAN Malaysia 2025 pada tahun lalu dan pertunjukan debut yang dilakukan di Hanoi sempena Vietnam International Fashion Week pada bulan November.
Kel Wen (tengah) di Vietnam International Fashion Week 2025.
Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Tasha Low menggayakan jaket kebaya oleh Behati dan muncul sebagai penghias wajah hadapan Vogue Singapore pada tahun 2025.Penyanyi Alena Murang menggayakan Behati di upacara pembukaan Persidangan ASEAN Malaysia 2025.
Behati Ambil Masa Sebulan Sahaja
Terbaru, Behati berpeluang terlibat dalam persembahan kebudayaan di Bangkok, Thailand bagi memperkenalkan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA seterusnya pada tahun 2027.
“Proses menyiapkan busana Mimi Fly, Amir Jahari dan para penari mengambil masa kira-kira sebulan sahaja. Ya, sebulan sahaja. Sepanjang lima hari kami berada di Bangkok untuk raptai persembahan hinggalah ke malam upacara penutup tersebut, segala-galanya berjalan lancar untuk pihak kami dan ia meninggalkan kenangan yang cukup manis untuk Behati.
“Penari bagi segmen pembukaan memperagakan ciri-ciri keluarga Baba Nyonya bagi mewakili kelompok Peranakan Pulau Pinang.”
Penari budaya tampil dalam Baju Pahlawan berselempang.
Ads
“Ilham bagi persalinan Mimi Fly pula dicedok daripada tradisi masyarakat Melayu, bersesuaian dengan lagu terbarunya Nara. Apabila saya menyiapkan lakaran asal, saya terbayangkan Mimi ibarat karakter Puteri Gunung Ledang moden yang sedang membuat persembahan di hadapan Sultan. Lalu, wujudlah elemen korset, gelang lengan dan kain sarong.
“Menariknya, bahagian korset berkenaan diinspirasikan daripada bentuk Wau Bulan yang merupakan salah satu permainan tradisional masyarakat Melayu. Tidaklah 100 peratus mirip Wau tetapi masih mengekalkan bentuk asalnya. Saya juga teruja dengan bahagian lengan pointy dan tajam yang belum pernah lagi dihasilkan oleh Behati sebelum ini.”
Mimi Fly di Sukan SEA Thailand 2025.
“Keseluruhan busana Mimi ini kemudiannya dinaikkan serinya dengan elemen daun bunga emas, di mana Mimi adalah simbol hantaran bunga emas yang dihantar oleh kontinjen Malaysia buat tontonan seluruh warga Asia Tenggara.
“Menarik juga untuk dikongsikan, Behati turut menyiapkan perhiasan kepala yang diilhamkan daripada wirawati legenda, Makyong. Namun ia tidak digunakan sewaktu persembahan rasmi,” kongsi Kel Wen dengan penuh teruja.
Ads
Penyanyi kelahiran Sarawak, Amir Jahari yang diundang untuk melakukan persembahan dalam segmen yang sama turut menggayakan busana dari Behati. Menurut Kel Wen, bahagian selempang sirat yang diperbuat daripada songket Thai dipadankan dengan rekaan seakan pada pakaian tradisional masyarakat Kadazan, Sinuagga sebagai satu penghargaan untuk tanah kelahiran Amir Jahari.
Amir Jahari di Sukan SEA Thailand 2025.
Terharu Dengan Penerimaan Masyarakat ASEAN
Meninjau di ruangan komen media sosial selepas upacara penutup Sukan SEA Thailand 2025 pada 20 Disember lalu, rata-rata warganet menghargai serta memuji usaha keras kontinjen Malaysia bagi mempersembahkan budaya tempatan di mata dunia. Biarpun sekadar berdurasi lebih 10 minit, impak yang tercipta masih dirasakan sehingga ke hari ini.
“I actually still feel quite unreal with the whole experience. Sejak dulu lagi, saya cuba untuk membawa rekaan kebudayaan ke hadapan menerusi kajian yang saya lakukan. Jadi apabila dapat membawa DNA tersebut untuk tontonan negara-negara serantau, saya berbangga dapat melakukan yang sedemikian.”
“Saya juga bersyukur apabila pengarah upacara memberi ruang sepenuhnya untuk Malaysia membawakan apa jua jenis konsep untuk segmen berkenaan. Mereka sendiri menyuarakan keinginan untuk melihat sisi moden dalam elemen tradisi kita.
“Daripada gubahan bunga ke koreografi persembahan dan juga rekaan busana oleh Behati, kami cuba tampilkan imej kontemporari Malaysia di mata dunia. It was actually one of my most chill trip; memandangkan perancangan pihak dari Thailand cukup tersusun dan profesional bagi memudahkan urusan kami,” ujar Kel Wen.
Menurut Kel Wen, tahun 2025 menjadi detik penting apabila banyak impiannya berjaya direalisasikan. Hasrat untuk melebarkan jenama Behati ke negara jiran akhirnya menjadi kenyataan dengan sokongan dan respon positif yang diterima.
“2025 merupakan satu detik di mana segala yang pernah saya impikan berjaya direalisasikan. I have always manifested for opportunities to bring the brand to neighbouring countries. Dan untuk kami menerima respon positif serta sokongan daripada pelbagai pihak, itu merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan. Untuk tahun 2026, saya merasakan Behati akan cuba lebarkan sayap ke bidang pementasan pula,” katanya.
Berbekalkan pengalaman yang dikutip sepanjang 2025, Kel Wen menyifatkan pementasan sebagai kata kunci utama bagi mencipta kelainan seterusnya dalam perjalanan jenama tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini tampil mendedahkan telah menghabiskan sebanyak RM3 juta untuk mendapatkan khidmat model antarabangsa, Naomi Campbell bagi memperagakan busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE), pada Oktober tahun lalu.
Menurut Rizman, awalnya perancangan untuk mendapatkan model tersebut bagaikan tiada harapan kerana bayaran yang dikenakan agak mahal.
“Awalnya ramai yang tidak bersetuju untuk menggunakan khidmat Naomi kerana bayaran terlalu mahal.
“Dalam perbincangan pada bulan Jun tahun lalu, dia tidak memberi maklum balas. Kemudian pada bulan 8 akhirnya perkara itu dapat direalisasikan,” katanya dalam satu video audio siar.
Dalam pada itu, Rizman memberitahu, pihaknya hampir menanggung kerugian selepas pihak pengurusan model terbabit menaikkan harga secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku selepas Naomi mengetahui perkara terbabit dan mengekalkan harga asal ialah AS$350,000.
“Harganya tiba-tiba meningkat selepas dia menjadi muka depan majalah Vogue dan siaran dokumentari mengenainya. Disebabkan itu harganya meningkat mendadak.
“Mungkin kerana kami pereka dari Malaysia, jadi dia ingin ‘ketuk’ sebab bayarannya mencecah lebih RM4.5 juta. Kemudian kami sendiri berbincang dengan pihak Naomi dan akhirnya dia bersetuju dengan harga asal,” katanya.
Terdahulu, Naomi menggenakan gaun putih hitam dan dihiasi dengan kristal serta dipadankan dengan jaket bolero untuk koleksi musim bunga/panas 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekilas pandang kelihatan seperti gerabak kereta api subway di kota metropolitan New York.
Siapa sangka, gerabak khas jenama streetwear popular, Carhartt ini sebenarnya muncul di Kuala Lumpur!
Jenama workwear dari Amerika Syarikat, Carhartt baru-baru ini tidak melepaskan peluang untuk membaluti beberapa buah gerabak MRT dengan paten grafiti jingga yang membentuk nama ‘Carhartt WIP’ di sisi badannya.
Turut kelihatan, emblem berbentuk ‘C’ dan banner yan tertera dengan logo serta poster jenama berkenaan di bahagian dalam gerabak. Memang Carhartt mendunia ya di Kuala Lumpur!
Apapun, pastinya peminat Carhartt tidak ingin melepaskan peluang untuk merakamkan video Reels & TikTok masing-masing di dalam gerabak berkenaan.
Menurut Carhartt, gerabak khas itu berada di laluan MRT Kajang dan ia beroperasi seawal jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari.
Stor Carhartt WIP Kedua Di Malaysia
Tidak cukup sekadar itu, Carhartt turut menyambut pembukaan stor keduanya di The Exchange TRX pada minggu lalu.
Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, ramai warga kota perasan akan kemunculan dinding berbalut poster hitam putih tidak jauh dari tapak Menara Merdeka 118.
Kongsi Carhatt, ia adalah sebahagian daripada projek ‘visual take over’ mereka bagi mempromosikan pembukan stor kedua Carhartt di The Exchange TRX pada 5 Januari lalu.
Jangan ada yang terfikir untuk membawa pulang poster-posterCarhartt ini sudahlah hehe.
Bagi meraikan pembukaan stor kedua Carhartt WIP di Malaysia ini, mereka melancarkan set edisi terhad baju T dan sweatshirt Kuala Lumpur-Work In Progress TRX yang hanya boleh didapati di sini.
Terletak di aras dua Plaza The Exchange TRX, stor Carhartt ini mempunyai keluasan melebihi 1,700 kaki persegi dan direka khas oleh pereka dalaman dari Milan, Andreacaputo mengikut nilai estetika jenama tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah 17 tahun gemilang membina jenamanya dalam industri rekaan fesyen tanah air, Datuk Jovian Mandagie mengambil keputusan untuk menghentikan sementara operasi perniagaannya itu.
Dalam hantaran yang dimuat naik pada 9 Mei menerusi platform Instagram itu, Jovian, 38 mendedahkan dirinya kini bersedia untuk melakukan perubahan dan mengejar impian lain yang sebati dengan dirinya. Baginya, industri fesyen sudahpun berevolusi dari semasa ke semasa dan begitu juga dengan dirinya yang mengalami perubahan daripada posisi seorang pereka fesyen kepada seorang ahli perniagaan.
Justeru, keputusan untuk menghentikan sementara operasi rangkaian jenama Jovian Mandagie dan Jovian RTW yang selama ini melonjakkan namanya selaku salah seorang pereka fesyen paling diminati di Malaysia terpaksa dilakukan.
Pereka fesyen & usahawan, Jovian Mandagie.
“Saya pernah memiliki peluang keemasan sebagai pereka fesyen kepada golongan elit dan kerabat dari seluruh dunia. Kami juga pernah melancarkan bermacam-macam koleksi dan menawarkan pelbagai produk kategori fesyen kepada berjuta-juta rakyat Malaysia. Saya gembira dapat melakukan itu semua untuk anda, Jovianista yang kami sayangi.
“Sokongan anda selama lebih dari 17 tahun adalah hadiah terbaik buat kumpulan Jovian Mandagie. Adakah kami bakal kembali? Sudah tentu – lebih besar dan lebih baik, insyaAllah. Saya mohon untuk terus mendoakan kami,” pintanya.
Sambil itu, ayahanda kepada Jeanelle Nika Mandagie itu turut menghulurkan ribuan terima kasih kepada ratusan pekerja yang pernah dan masih berkhidmat untuk pasukan Jovian Mandagie.
Beliau turut berterima kasih kepada para pembekal, kolaborator, selebriti serta rakan kongsi perniagaan; kesemuanya yang sudahpun dianggap beliau sebagai ahli keluarganya sendiri.
Terdahulu pada Jun 2023, Jovian telah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada butik utamanya yang terletak di Bangsar. Setelah lebih 10 tahun bertapak di situ, siapa sangka penutupan cawangan Bangsar itu akan disusuli dengan keputusan yang dilakukannya hari ini.
Dalam temubual bersama REMAJA tidak lama dahulu, anak kelahiran Jakarta, Indonesia ini pernah berkongsi mengenai keputusannya menukar jurusan daripada seni bina ke rekaan fesyen semasa menuntut dalam semester keduanya di universiti.
Biarpun mendapat tentangan daripada ibunya, Jovian nekad untuk menamatkan pengajiannya dan berjaya bergelar pereka fesyen terkenal di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Buat korang yang ingin memiliki produk-produk terakhir jenama Jovian Mandagie, korang masih boleh merebutnya sempena jualan penutupan Jovian RTW bermula 10 Mei, esok di JStore dan di laman web rasmi mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!