Di media sosial sudah mula bertebaran bayaran bagi zakat fitrah untuk negeri Selangor bagi tahun 2020 ini adalah mengikut jenis beras dimakan.
Sebagai contoh jika makan beras brasmathi dan beras mahal seperti Quinoa kadarnya antara RM14 dan RM21 di mana pembayar zakat perlu menjelaskan kepada amil jenis beras yang mereka makan. Bagi beras biasa yang dimakan oleh rakyat Malaysia jenis super tempatan, kadar ditetapkan adalah sebanyak RM7 sahaja seperti tahun sebelumnya.
Mungkin baru bagi kita dan agak sedikit pelik bunyinya tapi sebenarnya Lembaga Zakat Selangor sudah memperkenalkan kadar bayaran mengikut harga beras ini sejak tahun 2018 lagi. Walau kadar sudah ditetapkan iaitu sebanyak RM7 bagi seorang individu tetapi golongan berkemampuan digalakkan membayar lebih dari itu. Keputusan itu diambil bertepatan dengan kehendak hadis.
“Dalil ini disebut di dalam hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari, Abu Said al-Khudri seorang sahabat nabi telah berkata bahawa mereka mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ makanan, mengikut apa yang mereka makan.”
Laporan Bernama hari ini memaklumkan, kadar zakat fitrah bagi Selangor tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop.
Ads
Beliau berkata kadar zakat fitrah itu ditetapkan berdasarkan harga semasa beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya diguna oleh masyarakat di negeri ini.
Bagi golongan berkemampuan pula katanya, mereka digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah sebanyak RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang dimakan bagi diri sendiri dan tanggungan.
Bagaimanapun, disebabkan ramai umat Islam di Selangor terkesan kemampuan kewangannya susulan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, mereka boleh menunaikan zakat fitrah mengikut kemampuan diri serta keluarga masing-masing.
Ads
“Menunaikan zakat fitrah adalah wajib bagi umat Islam namun jika tahap ekonomi individu itu terbatas ketika ini, mereka boleh membayarnya ikut kemampuan diri dan keluarga.
“Contohnya, jika keluarga ada empat orang tapi yang mampu untuk dibayar hanya dua orang, maka bayar dua orang saja,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata susulan pelaksanaan PKP, pembayaran zakat fitrah dan zakat harta buat masa ini dilakukan secara dalam talian menerusi laman web ezakatPAY LZS atau secara perbankan internet Public Bank, Hong Leong Bank, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB Bank, Bank Islam, Alliance Bank selain portal MyEG, Pos Online dan aplikasi e-dompet GoPayz serta Boost.
Ads
Saipolyazan berkata, bermula hari ini juga, pembayaran fidyah boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman web ezakatPAY untuk memudahkan orang ramai melunaskannya dan bagi yang ingin membuat semakan penyata zakat, ia boleh dilakukan menerusi laman web https://ezo.zakatselangor.com.my.
Mengenai inisiatif LZS membantu golongan yang tidak mahir menggunakan internet bagi menunaikan zakat fitrah sekiranya tempoh PKP dilanjutkan lagi, beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat kesesuaian untuk melantik penolong amil fitrah bagi tujuan kutipan pembayaran itu.
“Kami sedang berbincang dengan MKN untuk mengutip zakat fitrah menerusi penolong amil fitrah dan jika diluluskan, kaedahnya tertakluk kepada garis panduan yang diberikan pihak berkuasa bagi memastikan tidak berlaku penularan COVID-19 menerusi cara kutipan ini,” katanya.
Beliau berkata, pemilihan penolong amil fitrah yang dikemukakan dalam perbincangan dengan MKN juga hanya melibatkan golongan tidak berisiko tinggi dan tidak bergejala selain mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu lelaki jadian menghabiskan juta ringgit untuk dilihat cantik menjadi viral baru ini. Bukan sedikit komen didapati, terlalu ramai yang melontarkan “peluru penabur” membasuh dan menyuruh kembali ke jalan Allah.
Bila menyebut ayat cantik, ramai melihat rupa paras jelita adalah ukuran bahawa polan binti si polan cantik. Ditambah solekan tebal, ramai yang kemudian memuji-muji mereka kelihatan cantik hingga timbul di dalam hati “ya, aku memang cantik”.
Pensyarah kanan USIM, Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga penulis buku memaklumkan apa cantik yang sebenarnya wanita kena tahu. Ia bukan terletak pada paras rupa tapi cantik yang sebenar adalah terletak pada ketaatan.
Baca perkongsian di fbnya.
1. Manusia tidak seharusnya mengikat nilai kecantikan hanya pada fizikal semata. Kecantikan fizikal akan pudar, kendur dan kedut. Ia akan berlalu pergi. Bahkan ia bersifat subjektif yang dipandang dengan nilai yang berbeza oleh setiap orang.
2. Rasulullah menyifatkan nilai kecantikan seorang wanita adalah pada ketaatannya. Seorang lelaki yang memiliki isteri solehah seumpama lelaki yang mempunyai kekayaan yang tidak ternilai. Sabda Rasulullah:
ألا أخبرك بخير ما يكنز المرء؟ المرأة الصالحة: إذا نظر إليها سرته، وإذا أمرها أطاعته وإذا غاب عنها حفظته
“Mahukah kamu aku beritahu nilai yang terbaik yang perlu dijaga (dipelihara) oleh seorang lelaki? Ianya adalah isteri yang solehah. Isteri solehah itu adalah seorang yang tenang bila kamu melihatnya, apabila disuruh, dia mentaati suaminya dan apabila suami tiada dia menjaga hak-hak suaminya.”
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah mengangkat nilai keindahan (kecantikan) seorang wanita. Ia bukanlah penilaian fizikal tetapi ketinggian nilainya dilihat dari aspek ketaatan kepada Allah dan kepatuhan dalam menjaga hak-hak suaminya.
4. Begitu juga bagi seorang lelaki, nilai kecantikannya terletak pada ketaatannya kepada Allah, serta budi pekertinya yang mulia.
5. Lelaki yang menghabiskan simpanan wang jutaan ringgit hanya untuk memenuhi kehendak nafsunya yang bercanggah dengan perintah Allah tidak memiliki keindahan seperti yang digariskan oleh Rasulullah.
Kalau di dalam kampus pun boleh sakit perut, tak tahulah nak percaya makanan dari mana lagi..
Menurut laporan lewat petang semalam, seramai 110 penuntut sebuah kolej universiti di Bandar Seri Putra, Kajang telah mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah, justeru disyaki akibat keracunan makanan.
Rakan media di Astro AWANI melaporkan 90 orang penuntut wanita dan 20 orang lelaki itu merupakan pelajar yang sedang mengikuti program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah.
Selepas solat Maghrib semalam, kebanyakan daripada mereka mula mengadu sakit perut dan muntah lalu menyebabkan pengurusan kolej terpaksa membawa mereka semua ke Hospital Serdang kira-kira pada jam 8.30 malam.
Pegawai di kolej universiti tersebut juga memberitahu bahawa para pelajar itu diberikan makan malam berupa nasi putih, ayam masak kurma dan sayur di dewan makan bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Terlebih dahulu, mereka diberikan makanan tengah hari dengan lauk ayam masak kicap.
Hanya selepas solat maghrib, mereka mula diserang tanda-tanda keracunan makanan.
“Sepanjang seminggu orientasi ini berlangsung, pihak pengurusan mengambil tempahan penyediaan makanan daripada katering di luar kampus,” katanya lagi.
Salah seorang mangsa pelajar yang dikenali sebagai Mohd Aqil Adnan, 19, berkata seorang demi seorang muntah tanpa henti. Dia sendiri muntah sehingga 7 kali sebelum dibawa ke Hospital Serdang.
Tambah seorang lagi pelajar, Muhammad Iman Marzuki, mereka terpaksa beratur panjang ketika berebut menggunakan tandas akibat cirit-birit.
Hhm, bersabarlah korang.
REMAJA harap agar kes ini disiasat secepat mungkin kerana 110 bukanlah jumlah mangsa yang sedikit. Dan get well soon buat semua pelajar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salam takziah kami sampaikan kepada seluruh keluarga Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas pemergian ibunda tercinta, pada hari yang mulia ini.
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.30 petang tadi di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. Pada usia 87 tahun, Allahyarhamah juga merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Perkhabaran tersebut baru saja diberitahu oleh Datuk Seri Najib sendiri menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Ia berbunyi;
Selain daripada Datuk Seri Najib, Allahyarhamah meninggalkan empat lagi orang anak.
Mereka ialah Datuk Ahmad Johari Razak (bekas Pengarah Eksekutif Ancon BHD), Datuk Mohamed Nizam Razak, Datuk Mohamed Nazim Abdul Razak (arkitek dan ahli perniagaan) dan Datuk Seri Mohamed Nazir Razak yang juga merupakan bekas Pengerusi CiMB Group Malaysia.
Setelah Allahyarhamah mengahwini Tun Abdul Razak, kakak beliau iaitu Suhaila pula berkahwin dengan Perdana Menteri ketiga negara, Tun Hussein Onn dan itulah bagaimana Datuk Seri Najib dan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh menjadi sepupu.
Terdahulu semalam, tinjauan REMAJA pada perkongsian Datuk Seri Najib di Facebook pula mendapati beliau merafak sembah dan menjunjung kasih di atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kunjungan diraja ke wad di hospital tersebut.
Patik merafak sembah dan menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan. pic.twitter.com/idB2VKRj7f