Kelahiran anak sulung sememangnya dinanti bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sudah menjadi rezeki buat Ikmal Amry dan pasangan, mereka telah menerima cahaya mata di ulang tahun perkahwinan pertama yang disambut pada Disember lalu.
Ikmal Amry bergelar seorang bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan sekitar pukul 12.41 tengah hari pada 30 Disember lalu di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Ikmal atau lebih mesra disapa sebagai Am telah memuat naik nama anaknya di IG story tetapi mungkin ramai yang tidak perasan akan tulisannya itu.
“Sebenarnya Am ada berkongsi nama anak di IG story tempoh hari. Tapi mungkin ada yang tidak perasan kerana nama anak Am pun pendek sahaja. Kami memilih nama Cailie yang membawa maksud ‘kesayangan’. Sebab nama bapak dia dah panjang, Mohd Zulikmal Amry, jadi saya rasa lebih baik sekiranya memberikan nama yang pendek sahaja untuk anak,
Ads
“Saya dan Najla jumpa nama Cailie itu di google sewaktu mencari-cari nama yang sesuai sebelum kelahiran. Rasanya itu nama yang paling unik yang kami jumpa dan tambahan pula memang saya inginkan nama anak yang bermula daripada huruf C. Kami mula membuat carian tentang maksud nama tersebut dan akhirnya menemui nama Cailie ini adalah daripada bahasa Arab Urdu yang membawa erti ‘kesayangan’,” jelas Ikmal Amry kepada Remaja.
Menjadi seorang bapa di usia 28 tahun dan sewaktu dirinya mula meningkat naik dalam dunia hiburan, sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah untuk pelakon lelaki ini. Ikmal mengakui selepas bergelar ayah, dia menjadi lebih penyabar dan kini walau apa sahaja yang dilakukannya, anak dan keluarga menjadi keutamaan.
Ads
“Saat pertama kali bergelar seorang ayah, saya rasa sangat bersyukur kerana isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Perasaan mula-mula tu macam tak percaya juga kerana kita dah melalui satu lagi fasa, daripada berkahwin dan kini bergelar ibu dan bapa. Rasa macam kehidupan tu bertukar dengan cepat,”
“Bila dah due date isteri saya pada 25 Disember, saya memang dah melapangkan jadual kerja dari bulan Januari hingga Februari bagi memberi fokus kepada isteri dan kelahiran ini. Saya banyak bertanyakan kepada individu-individu berpengalaman seperti abang saya sendiri tentang bagaimana tugas menjadi seorang ayah. Abang pun ada pesan, bila ada anak ni kau memang kena struggle sikit, bangun pagi bukan sekali dua, tapi boleh dikatakan setiap jam. Jadi, memang keputusan untuk bercuti dalam sebulan dua ini adalah tepat untuk saya memberikan fokus kepada isteri dan anak,”
Ads
Sebelum menantikan kelahiran anak pertama ini, memang boleh dikatakan Ikmal sibuk di set penggambaran. Drama terbaharunya, Ex Aku Pontianak juga bakal ditayangkan bermula 19 Januari 2022 di saluran Astro Ria.
“Untuk watak yang saya bawa dalam drama ini memang ada sedikit kelainan kerana genrenya adalah seram komedi. Sebelum ini mungkin korang tidak pernah melihat sisi lain Ikmal Amry, jadi peminat semua jangan lepaskan peluang untuk menonton Ex Aku Pontianak yang akan ditayangkan setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam. Nantikan juga projek-projek drama dan filem terbaharu saya pada tahun ini,” tambahnya lagi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya para peminat The Boyz baru-baru ini menerima khabar kurang menyenangkan apabila pameran kolaborasi bintang K-Pop itu bersama jenama karakter comel popular, Esther Bunny, terpaksa dibatalkan secara rasmi susulan kontroversi terbaru yang melibatkan bekas anggotanya Ju Hak Nyeon.
Difahamkan, pameran yang dijadualkan berlangsung dengan tema ‘Esther Bunny: In Search of Myself’ sepatutnya menampilkan maskot istimewa berdasarkan setiap anggota The Boyz serta pelbagai aktiviti interaktif dan sesi istimewa bersama peminat.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah selepas kontroversi yang melibatkan bekas ahli kumpulan tersebut, Haknyeon, mula tersebar.
Pada 18 Jun lalu, pihak Esther Bunny mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pameran yang dinanti-nantikan ini dibatalkan disebabkan keadaan luar jangka yang tidak dapat dielakkan.
Selain itu, mereka turut menyatakan rasa terima kasih kepada semua peminat yang teruja menantikan acara tersebut.
“Kami sangat menghargai sokongan anda terhadap pameran ‘Esther Bunny: In Search of Myself’ yang dirancang dengan penuh kasih sayang untuk menyampaikan mesej ‘Love myself, Love yourself’,” tulis kenyataan tersebut.
“Namun, atas beberapa faktor luar kawalan, pameran ini terpaksa dibatalkan,” jelas mereka lagi.
Sementara itu, semua pembeli tiket juga akan menerima bayaran balik sepenuhnya dan pihak Esther Bunny berjanji untuk kembali dengan pameran yang lebih baik di masa akan datang.
Walaupun tiada nama disebut secara langsung dalam kenyataan itu, ramai yang mengaitkan keputusan ini dengan insiden membabitkan Ju Haknyeon yang dikatakan menjejaskan imej keseluruhan projek.
Pada masa yang sama, insiden ini telah mengundang reaksi peminat yang telah lama menanti peluang berinteraksi bersama The Boyz dalam bentuk yang lebih dekat dan kreatif, semestinya pembatalan ini meninggalkan rasa kecewa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyayi pop r&b Indonesia, Afgansyah Reza telah pun melancarkan single terbarunya M.I.A bersama bintang K-pop terkenal, Jackson Wang. Penyanyi berusia 32 tahun itu baru sahaja memuat naik lagu terbarunya itu di laman YouTube, dan setakat ini, ia sudah mempunyai lebih daripada 100,000 tontonan.
Afgan juga membuat perkongsian menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa rahsia kolaborasi ini telah disimpan lama kerana ia sudah disiapkan pada tahun lalu.
Penyanyi legenda tanah air, Datuk Sheila Majid turut menyelar sikap kurang ajar band antarabangsa, The 1975 yang tidak menghormati budaya serta undang-undang negara hingga mengakibatkan kerugian kepada banyak pihak akibat pembatalan Festival Good Vibes 2023.
Tulis penyanyi lagu popular Sinaran itu di Instagram, tindakan tersebut berpotensi menjejaskan pendapatan pelbagai pihak yang terbabit dalam penganjuran acara berkenaan termasuk pengelola, penghibur dan peminat.
“Menjadi terkenal tidak memberi anda hak untuk berkelakuan tidak sopan depan khalayak ramai. The 1975, ramai kehilangan pendapatan bermula daripada penganjur, promoter, kru produksi, pemuzik, penghibur dan lain-lain kerana tindakan anda yang mementingkan diri sendiri.
“Tidakkah anda tahu berapa banyak wang dibelanjakan dan berapa bulan diperlukan untuk menganjurkan acara sebesar ini apatah lagi, mereka yang membeli tiket untuk menonton band lain?
“Walau apa pun pendapat atau keutamaan jantina anda, kami tidak berminat untuk mengetahuinya,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi itu berharap anggota band berkenaan belajar menghormati budaya serta undang-undang yang mereka singgahi.
“Anda sepatutnya bermain muzik. Acara tiga hari sudah dibatalkan hanya kerana anda! Adakah anda bangga dengan diri sendiri atas perkara ini?
“Orang seperti anda yang memberikan kesan sangat buruk kepada industri muzik. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua penghibur. Hormati undang-undang negara tempat anda beraksi. Fikir sebelum bertindak kerana ini bukan hanya mengenai diri anda,” coretnya lagi.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 dengan serta merta.
Ini susulan tindakan vokalis The 1975, Matty Healy berkucupan dengan pemain gitar bes, Ross MacDonalds selepas melontarkan ucapan mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.