
Dominasi kumpulan K-pop sensasi, Blackpink diteruskan lagi selepas mereka melancarkan album penuh berjudul – err – ‘The Album’ pada minggu lalu.

Kali ini, grup di bawah label YG Entertainment ini telah berkolaborasi dengan permainan digital popular, Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) untuk memainkan single terbaru mereka dalam permainan tersebut.
Bermula 2 November lalu, pemain PUBG boleh mendengar single ‘Lovesick Girls’ setelah mereka log masuk dan berada dalam game lobby.
But wait, that is not all. Istimewa sepanjang bulan Oktober ini sahaja, kapal terbang airdrop PUBG akan berwarna merah jambu dan mempunyai logo Blackpink padanya. Semasa ia muncul, ikon The Album dan asap berwarna merah jambu juga akan muncul di lapangan permainan.
Just how cool is that, Blinks?!
Untuk pengetahuan korang, Lovesick Girls bukanlah single pertama Blackpink di PUBG Mobile, Sebelum ini, How You Like That juga dimainkan dalam lobby.
Nampaknya, ramai Blinks yang bermain PUBG Mobile ini. Tak hairanlah PUBG sentiasa melakukan kolaborasi istimewa bersama kumpulan tersebut.
Bagi korang yang masih belum mendengar The Album oleh Blackpink, cer tonton video reaction REMAJA di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Popular Suatu Ketika Dahulu, Peranti BlackBerry Tidak Lagi Berfungsi Mulai Hari Ini

Mereka yang sempat memiliki telefon atau tablet BlackBerry pasti faham tentang kepopularan dan juga betapa trendy gajet ini suatu ketika dahulu. Dengan rekaan yang sangat sleek dan juga sistem pesanan ringkas ataupun Blackberry Messenger (BBM) yang popular, ia menjadi pilihan ramai ketika itu.
Penulis pun antara yang tidak ketinggalan memiliki model telefon dari jenama ini. Namun seiring dengan kemunculan telefon pintar lain seperti iPhone dan juga android, populariti BlackBerry mula menjunam dan tidak lagi menjadi pilihan golongan muda mudi.

Produk jenama ini gagal bergerak seiring dengan penampilan baharu telepon pintar yang dihasilkan oleh iPhone dan juga android dengan pelbagai ciri-ciri yang lebih mengagumkan.
Untuk tampil relevan, pada tahun 2013 BlackBerry melakukan perubahan menerusi pengenalan BlackBerry 10 OS dan juga telefon pintar Z10. Namun begitu kedua-dua model ini tidak mendapat sambutan hangat.
Disebabkan isu ini, telefon BlackBerry kini tidak lagi berfungsi mulai 4 Januari 2022. Ini bermaksud peranti yang menggunakan BlackBerry 7.1 OS dan versi yang lebih awal, BlackBerry 10, BlackBerry PlayBook OS 2.1 dan versi terdahulunya terkesan dengan pengumuman yang dilakukan.

Ia mempengaruhi kebolehan setiap peranti untuk melayari internet, membuat panggilan telefon dan menghantar mesej teks, tidak kira sama ada peranti disambungkan melalui talian penyedia perkhidmatan atau Wi-Fi.
Merujuk kepada satu kenyataan yang disiarkan jenama ini, ia tertulis, “Mulai tarikh ini, peranti yang menjalankan perkhidmatan dan servis ini melalui sambungan pembawa atau Wi-Fi tidak lagi boleh diharapkan untuk berfungsi dengan baik, termasuk untuk data, panggilan telefon, SMS dan fungsi pangilan kecemasan. Kami berterima kasih kepada ramai pelanggan dan rakan kongsi setia kami selama ini.”

Walaupun kini tidak lagi menjadi pengeluar peranti seperti telefon, jenama BlackBerry masih lagi wujud namun memfokuskan kepada bisnes yang berbeza. Mereka memfokuskan kepada penghasilan perisian berbanding peranti.
“Kami telah mencapai kemajuan besar dalam melaksanakan strategi perniagaan. Kini kami menumpukan pada menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia,” menurut maklumat yang dinyatakan BlackBerry.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ciri Baharu Maybank MAE Keluar Duit ATM Hanya Imbas Kod QR, Ini Caranya

Berita baik buat pengguna Maybank, syarikat perbankan itu telah memperkenalkan ciri baharu iaitu ATM Cash-Out yang membolehkan pengguna menggeluarkan duit daripada ATM tanpa menggunakan kad, namun hanya perlu mengimbas kod QR.
Sebelum ini, Maybank pernah memperkenalkan dengan ciri mengeluarkan duit tanpa kad tetapi menggunakan pengesahan menerusi kod SMS. Namun, kini ia menjadi lebih mudah dan pengguna perlu terlebih dahulu mengaktifkan ciri ATM Cash-Out pada aplikasi MAE. Pengaktifan ini mengambil masa lebih kurang 24 jam sebelum dapat digunakan.
Bagaimana nak aktifkan ciri baharu ini? Jom kita lihat langkah-langkah dibawah.
1. Buka aplikasi MAE, pada Quick Actions tekan Manage
2. Gantikan salah satu ‘Quick Actions’ dengan ‘ATM Cash-Out’ dan Save Changes
3. Kemudian, tekan ATM Cash-Out

4. Masukkan password korang
5. Tandakan setuju dan tekan confirm
6. Masukkan kod yang dihantar melalui SMS

7. Siap! Korang boleh menggunakan ciri baharu ini dalam tempoh masa 24 jam

Namun begitu, ciri ini memerlukan pin atau pengesahan biometrik untuk pengeluaran bawah RM1000 dan jika lebih daripada itu, ia perlu disertakan bersama pengesahan Secure2U. Diingatkan, oenggunaan ciri ini tidak mengeluarkan resin melalui ATM, tetapi ia boleh didapati secara digital menerusi aplikasi MAE.
Mudah sangat kan? Cara ini juga membantu pengguna mengurangkan sentuhan fizikal lagi-lagi dalam situasi endemik COVID-19 ini. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Robot Bola Ganti Tugas Polis Di China, Tangkas Kejar Penjenayah

Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Tip Untuk ‘Fresh Graduate’ Yang Sedang Mencari Pekerjaan, Paling Penting Kena Yakin!

Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.

Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.

“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

