Baru sehari pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian selepas enam bulan bercuti di Malaysia memberikan berita sedih buat ahli keluarga Nurul Huda binti Mohd Shulaudin.
Allahyarham dikatakan bertolak pada hari Rabu dan dan sampai ke Mesir pada keesokkan harinya namun pada hari Jumaat yang mulia, dua hari lalu pelajar ini telah menghembuskan nafas terakhirnya Hospital Rabaah, Kaherah, Mesir pada jam di jam 7.27pagi (waktu Mesir).
Dari perkongsian ramai para sahabatnya kematian Nurul Huda cukup dicemburui kerana dirinya dikebumikan di Makam para auliyak di Mesir. Malah dari video dikongsikan memperlihatkan betapa ramainya yang “menyambut”” jenazahnya, seakan dimuliakan.
Dari satu perkongsian dari sahabatnya, Siti NurSarah binti Kusnin menyaksikan allahyarham tidak pernah melupakan solat tahajud setiap malam dan lebih istimewa allahyarham seorang yang bibirnya sentiasa basah dengan zikir selain begitu mementingkan agama dalam kehidupannya.
Baca perkongsian dari sahabatnya.
Terpanggil untuk menulis. Kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.
Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan meninggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah ajalnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.
Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.
Ads
Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.
Apa yang dilihat, amalan arwah sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi. Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkaurantin di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arwah. Dia duduk ‘double seat’ . Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.
1) Melazimi Ratib Al-Haddad. 2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan. 3) Tasbih sentiasa di tangan.
Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran. 5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.
Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga.
Ads
Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah من عاش على الشيء مات عليه Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, matinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.
وكفى بالموت واعظة Cukuplah kematian itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.
من أحب الشيء بعث عليه Sesiapa yang menyukai sesuatu diakan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم Wajib(sunat muaakad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.
Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati. Kita akan mati dimana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid ditengah tengah tu kita akan mati. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.
Ads
Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuh ketika solat. Saidina Othman, mati ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir.
Bukti kematiannya dicemburui ramai, Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebumikan di situ. Meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.
Berdasarkan hadis Nabi, مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ “Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”.
مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ “Barangsiapa yang mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”.
Siapa yang menyaksikan kematian di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.
Namun bagi siapa yang tahu kematian itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bodoh sekali.
Kerana disebutkan dalam Hadis, "Orang yang cerdik adalah yang melawan nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan orang bodoh adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan." إنا لله وإنا إليه راجعون
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi doktor dan bukan ahli perubatan adalah dua cabang yang jauh berbeza. Semua maklum, sebelum menjadi doktor, masa pengajiannya jauh lebih lama berbanding ijazah lain.
Namun biar ramai yang bukan pakar dan hanya sekadar mendengar dan tahu tentang petua adalah situasi yang jauh berbeza, antara langit dan bumi apabila memberi nasihat salah tentang dunia perubatan kepada orang ramai.
Seorang profesor dan juga pakar sakit puan dari Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), Imelda Balchin telah menulis di ruang facebooknya tentang fakta perubatan yang tidak kukuh yang ditulis oleh seorang seorang ustazah terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana Dewi mengenai HAID yang boleh menjadi punca terjadinya barah rahim.
Kata Ustazah Oki Setiana ini, minuman berais, bergas, air kelapa dan timun yang diambil ketika mengalami haid boleh mengakibatkan masalah kesihatan lebih serius iaitu kanser rahim.
Baca tulisan dari Prof Imelda Balchin mengenai isu ini.
Ada sebabnya Ustazah Indonesia ini bukan pakar perubatan dan bukan pakar penyakit barah.
Kalau pelajar perubatan di seluruh dunia tulis karangan macam ini dalam peperiksaan perubatan, mereka akan terus gagal.
Kalau pegawai perubatan atau doctor O&G tulis karangan begini dalam peperiksaan specialist mereka, bukan hanya akan terus gagal, perkhidmatan mereka sebagai doktor boleh dihentikan sebab dikhuatiri memberi kemudaratan kepada pesakit dengan ilmu yang salah.
Tetapi di Indonesia, Ustazah ini dah dapat 53K likes dan 166K share untuk kenyataan ini. Begitu bahayanya sosial media jika disalah gunakan.
Tulisan Ustazah yang mendapat beratus ribu syer dari pengikutnya di laman sosial
Dapatkan nasihat perubatan dari doktor bila berhadapan dengan masalah kesihatan
Sebelum anda kongsi atau sebarkan apa-apa kenyataan, pastikan ilmu itu sahih dan sumbernya daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Semoga kita tidak menanggung dosa besar menyebarkan fitnah kepada masyarakat kita sendiri.
Maklumat yang disebarkan oleh ustazah Indonesia ini menyeleweng dan tiada bukti perubatan.
Mereka yang dapat sakit kepala sebelum atau semasa haid sebenarnya mengalami premenstrual tension dan boleh dibantu oleh pakar perubatan O&G. Kadangkala ada yang boleh dapat cyclical migraine kerana perubahan hormon badan, bukannya apa yang dimakan.
Elakkan gula dalam minuman anda lebih penting untuk kesihatan anda daripada elakkan ais dalam minuman.
Kurangkan memakan nasi yang berlebihan lebih penting untuk kesihatan anda daripada tak makan timun. Ingatlah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, pinggan suku-suku-separuh, maknanya hanya suku pinggan nasi cukup untuk keperluan anda.
Penyakit diabetes dan obesiti yang disebabkan oleh banyak minuman bergula, makanan bergula, makanan berlebihan dan kurang bersenam adalah salah satu punca kanser atau barah rahim.
Masalahnya bukan lah ais dalam minuman anda, tetapi kandungan gula yang tinggi dalam minuman-minuman anda yang ber-ais.
Yang Ikhlas,
Cikgu Perubatan dan pakar kesihatan wanita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu perpustakaan dijadikan ‘port’ lepak pilihan pelajar, kini amalan mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan di restoran atau cafe menjadi trend seiring perkembangan zaman dan kemajuan teknologi.
Zaman sekarang, pelajar boleh mendapatkan hampir semua informasai di hujung jari asalkan mereka akses internet.
Namun, tindakan segelintir mahasiswa menjadikan Family Mart sebagai tempat untuk berkumpul belajar dan menyiapkan tugasan telah mendapat kritikan dari ramai pihak.
Family Mart pelanggan ( gambar hiasan)
Melalui sebuah hantaran di laman Saya Anak Perlis, seorang pengguna telah menyuarakan ketidakpuasannya terhadap budaya tersebut.
“Memang sempit tempatnya untuk buat assignment. Bila ditanya, ‘Lama lagi ke?’ sebab keluarga saya ingin makan. Dengan selamba dijawab, ‘Lama lagi ni bang. Saya tengah siapkan assignment,'” tulisnya.
Apa yang lebih mengecewakan adalah teguran yang diberikan oleh kakitangan Family Mart turut tidak dipedulikan oleh para pelajar tersebut.
“Makanan pun tak ada di atas meja. Staff tegur pun macam tak berkesan, terus duduk keras di situ. Ini yang orang Perlis panggil ketegaq. Harap Family Mart lebih peka terhadap isu ini,” sambung pengadu.
Banyak komen di ruangan tersebut menunjukkan persetujuan, sambil menyatakan bahawa ruang yang disediakan sepatutnya adalah untuk makan, bukan untuk belajar atau menyiapkan tugasan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai menyedari risiko membawa kenderaan tanpa lesen memandu yang sah. Kalau kena tahan dengan pihak polis, siap sedialah membayar RM300 kerana tiada lesen memandu.
Namun menyedari masalah rakyat yang perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua pemegang lesen memandu daripada keperluan memperbaharui lesen memandu masing-masing melalui suatu undang-undang khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa hari ini.
Menteri Pengangkutan itu berkata, keputusan itu diambil selepas menyedari kesukaran orang ramai memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL).
Katanya, sebelum ini pemegang lesen memandu individu diminta memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh PKP tetapi dengan pengumuman di atas, syarat keperluan untuk memperbaharui lesen memandu ini dikecualikan.
“Walaupun dengan adanya pengecualian khas ini, pemandu dinasihatkan supaya membawa salinan sijil perlindungan atau insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP.
“Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan wajib memiliki perlindungan insurans yang sah.
“Namun begitu, pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ka Siong berkata, isu LKM bagi kenderaan perdagangan dan GDL, ia tidak berbangkit memandangkan keperluan untuk memperbaharui lesen terbabit sudah pun dikecualikan sepanjang tempoh PKP.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia.
“Paling penting, ia bertujuan memastikan perkhidmatan pembekalan barangan keperluan khususnya makanan kepada orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh PKP,” katanya.
Seramai 328 orang pemegang lesen jenis GDL tamat tempoh hari ini, 385 (25 Mac), 356 (26 Mac), 357 (27 Mac), 348 (28 Mac), 315 (29 Mac), 369 (30 Mac) dan 295 orang pada 31 Mac ini. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!