Kematian seorang anggota tentera PBT Abdul Aziz Aznam yang diberitakan meninggal dunia semalam mendapat perhatian apabila seorang sahabat kepada arwah atas nama Adin Rashid di fbnya meminta Kementerian Pertahanan menyiasat kes berkenaan.
Dalam perkongsiannya Adin memaklumkan arwah baru melaporkan diri bertugas pada hari Jumaat 28 hb dan keesokan hari Sabtu itu (24 jam) diberitakan arwah terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebelum koma. Kejadian ini berlaku di Kompeni A 10 RAMD Kem Majidee Batu Pahat, Johor.
Dalam pada itu, sebagai rakan Adin berkata, sebagai sahabat arwah dan mewakili keluarganya berharap pihak berkuasa yang berwajib dapat menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa kompromi dengan mana-mana pihak.
Ads
Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem tentera di sini, pada 29 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
"Pada 6 September, polis dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di Wad ICU hospital berkenaan pada 2.30 petang. Urusan bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ads
Menurutnya, siasatan diteruskan daripada semua aspek untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.
"Siasatan juga bagi mendapatkan kesahihan dakwaan anggota keluarga yang memaklumkan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera ketika di dalam kem sebelum kejadian," katanya.
Ads
Sementara itu, satu akaun Facebook (FB) dipercayai rakan anggota tentera itu mendakwa mangsa tidak hadir bertugas selama enam bulan dan diarah kembali melapor diri di kem pada 28 Ogos lalu.
"Sehari selepas itu kira-kira 3 pagi, mangsa dimasukkan ke HSNI dalam keadaan koma dan cedera parah akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan kira-kira 12 tengah malam.
"Pada 6 September, kira-kira 2.30 petang kami menerima berita daripada ahli keluarga beliau, arwah pergi meninggalkan kami.
"Kami sebagai sahabat beliau dan keluarga, mengharapkan pihak berkuasa menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa kompromi dengan mana-mana pihak," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Perdana Menteri keempat dan Ketujuh Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN pada pagi tadi dan boleh pulang ke kediaman beliau.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh IJN, Dr Mahathir bagaimanapun memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan diminta untuk hadir secara berkala ke IJN bagi menerima rawatan susulan mengikut keperluan.
Sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) di IJN bermula Disember lalu sebelum dimasukkan semula pada Januari 2022, tumpuan masyarakat Malaysia terarah kepada keadaan kesihatan beliau.
Pada usia 96 tahun, semangat juang Perdana Menteri paling lama negara ini terus kuat lebih-lebih lagi dengan doa serta dorongan yang diterima daripada pelbagai pihak.
Terdahulu manerusi platform media sosial, wakil Dr Mahathir pada 4 Februari 2022 (Jumaat) telahpun memuat naik video perkembangan terkini beliau yang telahpun pulang ke kediaman bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Beliau dimaklumkan telah dibenarkan pulang sejak hari Rabu tetapi perlu kembali semula ke IJN untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pulih – tidak sepenuhnya – tetapi telah pulih (selama) beberapa hari. Dan saya tiap-tiap hari; saya telah balik ke rumah daripada hospital.
“Saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah berdoa untuk pemulihan saya. Ramai yang hantar bunga, kad dan sebagainya,” kata beliau dalam video yang dipaut di bawah.
Turut kelihatan adalah gambaran beliau yang lebih riang menikmati secawan minuman dan membaca surat khabar di atas sofa biarpun jelas masih memakai gelang tangan hospital.
Perkembangan Kesihatan YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Dengan perkembangan terbaru dari IJN hari ini, diharap rawatan pemulihan Dr Mahathir di rumah akan berjalan dengan lancar dan ceria di samping keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MARA sudah menunjukkan banyak kejayaan dalam membantu masyarakat Bumiputera. Malah, biasiswa sangat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi.
Melalui perkongsian MARA Frankfurt, enam pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat ‘Diplome Universitaire de Technologie’ (DUT) iaitu setara dengan Ijazah Pertama di Institut Universitaire De Technologie (IUT) Paul Sabatier, Toulouse, Perancis.
Mereka telah menduduki 10 tempat teratas daripada 123 pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Proses, IUT termasuklah pelajar dari negara Jerman, Sepanyol, Perancis, Tunisia, Madagascar, Algeria, Morocco, Bolivia dan lain- lain negara.
Enam pelajar yang dimaksudkan terdiri daripada Yasmin Athirah Ahmad Feisal (Kedudukan: 1/123); Hazrul Haziq Izuan Muhamad (4/123); Nur Irdina Zahra Khairil Rahimi (5/123); Muhammad Haiqal Syahmi Muhammad Helmi (7/123); Nurin Anis Farihah Mohd Azid (8/123) dan Ivyiyona Daniel (9/123).
Kesemua anak-anak didik tajaan MARA berkenaan akan meneruskan pengajian peringkat Grande Ecole (Master of Engineering) dan Grandes Ecoles (School of Engineering) di Perancis bagi tempoh tiga tahun bermula September depan.
Tahniah semua diatas kejayaan dicapai. Semoga terus mendaki kejayaan cemerlang diperingkat Master nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan langkah penting untuk memansuhkan beberapa peperiksaan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Keputusan ini bagaimanapun mendapat perhatian ramai pihak, termasuk guru, ibu bapa, dan masyarakat umum.
Menurut Menteri Pendidikan, langkah ini diambil demi memastikan kesejahteraan murid diutamakan serta mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Tekanan Akademik Punca Kebimbangan
Sistem pendidikan yang terlalu tertumpu kepada peperiksaan telah lama dikritik kerana menimbulkan tekanan kepada murid. Ramai murid terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas tambahan, sehingga mengabaikan aspek perkembangan lain seperti kreativiti, sosial, dan emosi.
Menteri Pendidikan menekankan bahawa tekanan akademik yang melampau boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental murid. Kajian menunjukkan bahawa murid yang tertekan akibat peperiksaan cenderung mengalami masalah seperti kebimbangan, kemurungan, dan keletihan. Langkah pemansuhan peperiksaan ini dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan beban mental tersebut.
Pendekatan Berasaskan Pembelajaran Holistik
Menurut KPM, pemansuhan peperiksaan bertujuan untuk memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang lebih holistik. Murid akan dinilai berdasarkan aktiviti pembelajaran yang lebih praktikal seperti kerja projek, pembentangan, dan aktiviti ko-kurikulum. Pendekatan ini membantu murid membangunkan kemahiran insaniah, pemikiran kritis, dan kreativiti yang amat diperlukan dalam dunia moden.
Selain itu, guru juga diberikan ruang untuk melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel dan interaktif, tanpa perlu tergesa-gesa untuk mengejar silibus bagi persediaan peperiksaan.
Walaupun terdapat kritikan daripada segelintir pihak yang bimbang pemansuhan peperiksaan akan menurunkan tahap disiplin dan pencapaian akademik murid, majoriti ibu bapa dan pakar pendidikan menyambut baik langkah ini. Mereka percaya bahawa sistem penilaian baharu ini dapat menghasilkan murid yang lebih seimbang dari segi intelek dan emosi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...