Beberapa tahun lalu, rakyat Malaysia terpaksa ‘terbang’ ke Australia sekiranya mereka teringin sangat untuk merasai aiskrim Ben & Jerry’s.
Namun, kita bertuah apabila Ben & Jerry’s kemudiannya diperkenalkan untuk kali pertama di Malaysia pada September 2019. Cawangan sulungnya dibuka di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid dan ramai yang teruja dengan pembukaan tersebut!
Namun semalam, jenama aiskrim tersebut telah mengumumkan mereka telah mengambil keputusan untuk menutup cawangan itu dan tidak lagi akan beroperasi di Malaysia selepas mereka mengalami cabaran dan kerugian akibat pandemik Covid-19. Apabila jumlah pengunjung ke shopping mall semakin menurun, maka semakin mencabarlah untuk kebanyakan stor mempertahankan perniagaan mereka.
Ads
Sayang sekali kerana kami menjangkakan Ben & Jerry’s akan mengembangkan jenama ke shopping mall lain. Namun lain pula jadinya.
“Selepas betul-betul mempertimbangkan perniagaan kami dan cabaran untuk beroperasi di negara ini semasa pandemik global, kami mengesahkan keputusan kami untuk ‘keluar’ daripada pasaran Malaysia.
“Kami ingin berterima kasih kepada peminat Ben & Jerry’s, kepada semua yang telah menikmati produk kami di Scoop Shop dan menyertai aktiviti-aktiviti kami di Kuala Lumpur. Akhir sekali, kami berterima kasih kepada pekerja dan rakan kami yang telah membantu menjadi pengalaman ini menyeronokkan dan bermakna.”
Ads
Ads
Apakah di antara perisa kegemaran korang daripada Ben & Jerry’s? Penulis amat menyukai Tripple Caramel Chuck dan Chocolate Fudge Brownie!
Nampaknya kita kehilangan satu lagi ‘nikmat’ makanan dan minuman di Malaysia.
Rintihan rakyat agar waktu operasi restoran, kafe dan perkhidmatan penghantaran makanan agar ia dilanjut hingga jam 10 malam akhirnya didengari oleh pihak berkuasa.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau sedar isu ini telah tular di media sosial sejak 4 hari lalu.
Malah, ada juga rakyat yang menghantar komen dan mesej di nombor WhatsApp dan akaun Instagram beliau agar waktu operasi kedai makan dikaji semula.
“Kita faham ramai yang mengatakan terlalu awal (kafe dan restoran) ditutup kerana lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Jadi mereka tidak sempat hendak membeli makanan.
“Kita juga mendengar rintihan daripada peniaga makanan terutamanya peniaga yang popular di waktu malam seperti burger, sate dan sebagainya. Kebanyakan pelanggan mereka mula (datang) selepas waktu Maghrib dan Isya’. Kita dengar dari pandangan pembeli dan peniaga.
“Sehubungan itu selepas mengadakan perbincangan, saya ingin mengumumkan bahawa kami bersetuju melanjutkan operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bermula esok (22 Januari).
“Bagaimanapun, dine in atau makan di dalam kedai masih tidak dibenarkan. Peraturan masih kekal untuk makanan hanya dibawa pulang.
“Tempoh masa yang sama juga dibuka kepada food deliver sehingga jam 10 malam,” jelas beliau.
Nasib baiklah ia dikaji semula. Ramai sudah tak larat nak puasa pada sebelah malam, hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu kan?
Hal ini yang berlaku kepada Hakim Azly yang terpilih daripada 100 pereka dari 20 negara untuk memenangi sebahagian ganjaran daripada Dana OMG! platform hospitaliti global Airbnb bernilai lebih RM44,000,000.
Airbnb dalam satu kenyataan menyebut, Coconut Drifting in the Sea yang dicetuskan Hakim merupakan sebuah rumah terapung yang terletak di pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah.
Rumah yang terpilih dan menangini bukanlah calang-calang design. Dilaporkan rumah ini boleh diakses dengan bot atau kayak selain tetamu boleh menikmati panorama 360 darjah untuk kawasan pulau di sekitarnya. Uniknya desain berkenaan, ia menyerupai sebiji kelapa tua lengkap dengan sabut dan cengkerang luar yang kelihatan seolah-olah mengelupas bagi membolehkan cahaya masuk.
Reka bentuk seluas 250 meter persegi itu mampu memuatkan katil bersaiz king, bilik mandi dan ruang dalaman tidak bersudut menjadikan ia lebih luas. Sinonim dengan buah kelapa, dekorasi dalaman juga serba putih menyerupai isi kelapa.
Hakim yang berasal dari Perlis itu berkata, minat mendalam terhadap bidang reka bentuk tercetus ketika beliau dibesarkan di rumah allahyarham datuknya di Kangar.
Rumah tersebut dipenuhi dengan elemen unik dan futuristik yang mana menurutnya, dekorasi tersebut mendahului zaman pada tahun 60an.
Beliau kemudiannya membesar di Teaneck, New Jersey dan menghabiskan masa melukis mural berskala besar sebelum melanjutkan pengajian di dalam bidang seni bina.
Hakim yang menyertai Dana OMG! bersama isterinya, Reena berkongsi inspirasi desain tersebut daripada buah kelapa yang hanyut di pesisiran pantai. Mengulas lanjut, beliau berkata, desain itu memberikan suasana pengembaraan kepada tetamu untuk satu perjalanan menakjubkan.
Tapi sabar okay, rumah ini boleh di tempah dalam kategori OMG! Airbnb menjelang musim panas 2023 nanti.
Wah, syabas dan tahniah kami ucapkan buat pemuda ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musuh akhlak remaja bukan lagi pedang tapi skrin di tangan. Begitulah peringatan tegas yang disampaikan dalam Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minggu ini, yang menyentuh terus ke jantung realiti hidup generasi muda masa kini bahawa ancaman terbesar terhadap akhlak bukan datang dari luar, tetapi dari skrin kecil yang sentiasa digenggam.
Gambar Hiasan Solat Jumaat
Dalam khutbah bertajuk “Akhlak Mulia Pelindung Remaja”, Jakim menegaskan bahawa media sosial kini menjadi ruang utama yang membentuk cara fikir, nilai dan tingkah laku remaja. Apa yang mereka lihat, tonton dan kongsi setiap hari membentuk siapa mereka akan jadi pada masa depan.
“Musuh akhlak tidak lagi datang dengan pedang, tetapi dengan skrin di tangan… Dalam satu hari, ribuan mesej, gambar dan video menembusi hati dan membentuk nilai mereka sebelum kita sempat menegur,” demikian petikan khutbah yang mengajak kita semua berfikir tentang cabaran akhlak remaja zaman digital.
Skrin: Cermin Jiwa Zaman Baharu
Remaja hari ini membesar dalam dunia digital yang serba pantas. Dalam satu klik, mereka boleh berhubung dengan seluruh dunia. Namun, dalam keseronokan itu, ramai yang tidak sedar bahawa skrin juga mampu menjadi racun halus yang menghakis nilai diri.
Jakim mengingatkan bahawa dunia berubah dengan sangat cepat, tetapi nilai moral sedang pudar perlahan. Jika dahulu musuh datang dengan senjata, hari ini ia hadir dalam bentuk hiburan, pengaruh media dan budaya tular yang tanpa sempadan.
Peranan Bersama Mendidik Generasi
Khutbah turut menekankan bahawa fasa remaja adalah waktu pembentukan identiti dan prinsip hidup. Oleh itu, pendekatan mendidik harus berasaskan kasih sayang dan hikmah, bukan kecaman semata-mata.
Memetik Surah At-Tahrim ayat 6, khutbah menyeru agar tanggungjawab membentuk akhlak remaja zaman digital bukan hanya terletak pada sekolah, tetapi juga di bahu ibu bapa dan masyarakat.
Data Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam kes salah laku pelajar — 7,681 kes direkodkan pada 2024 berbanding 3,883 kes pada 2022, dan hampir 70 peratus melibatkan kes buli di sekolah menengah.
“Ini bukan sekadar masalah disiplin yang kita bimbangkan, tetapi tanda ada hati yang sedang sakit dan iman yang sedang melemah,” jelas khutbah itu.
Akhlak Itu Perisai Jiwa
Masyarakat tidak boleh hanya menuding jari kepada remaja. Sebaliknya, semua pihak perlu menilai semula cara kita membimbing dan menjadi contoh. Akhlak tidak lahir dari nasihat semata, tetapi daripada teladan dan kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari.
Khutbah turut mengingatkan tentang sabda Rasulullah SAW bahawa Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak yang baik bukan sekadar sopan santun di luar, tetapi kekuatan dalaman untuk menolak yang salah dan berani berpegang pada kebenaran walaupun diuji.
“Marah bukan tanda benci, tetapi tanda sayang. Mendidik bukan menghukum, tetapi menyelamatkan,” pesan khutbah itu lagi mengingatkan bahawa mendidik dengan kasih sayang ialah senjata paling berkesan untuk menundukkan godaan dunia digital.
Bangkit Dengan Akhlak, Bukan Ikut Arus
Tanpa akhlak, remaja akan mudah hanyut dalam arus hiburan dan budaya hedonisme. Tetapi jika iman dijadikan panduan, akhlak akan menjadi perisai yang melindungi maruah diri walau di tengah dunia yang penuh ujian.
Khutbah Jumaat ini menutup pesanan dengan nasihat bermakna buat remaja yang menjaga hubungan dengan Allah akan terpelihara maruah dan masa depannya. Akhlak remaja zaman digital perlu dibina atas asas iman, disiplin dan tanggungjawab bersama keluarga, sekolah dan masyarakat.
Dalam dunia di mana skrin menjadi ‘dunia kedua’, pesanan Jakim ini wajar dijadikan peringatan. Remaja bukan sekadar perlu bijak menavigasi teknologi, tetapi juga perlu kuat jiwa, teguh prinsip dan berakhlak mulia. Kerana di tangan yang menggenggam skrin itu, ada dua pilihan menjadi alat untuk kebaikan, atau senjata yang perlahan-lahan merosakkan diri.
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.