Baru 4 Bulan Mendirikan Rumah Tangga, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

Share

Rumah tangga pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim terus menjadi perhatian apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.

Siti Khalizah tiba sekitar jam

9.40 pagi dengan mengenakan jubah hitam dan memakai pelitup muka. Dia turut ditemani oleh peguam syarie yang dilantik, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

Prosiding sebutan tuntutan dan permohonan cerai itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Namun begitu, kelibat aktor berusia 31 tahun itu masih belum kelihatan sehingga jam

10 pagi.

Sekadar info, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan sejak

Mei lalu, apabila timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah mulai dingin.

Pasangan ini telah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Kedah, dan ini merupakan

perkahwinan kedua buat Siti Khalizah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath