Penyanyi Amerika Latin, Marc Anthony baharu sahaja melangsungkan perkahwinan kali keempatnya kepada isteri pilihan, Nadia Ferreira yang juga merupakan naib juara pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2021.
Acara resepsi yang dilangsungkan secara tertutup namun masih meriah di Miami Florida pada 28 Januari lalu telahpun dihadiri oleh rakan selebriti terkenal termasuklah pasangan Beckham, Salma Hayek, Maluma, Luis Fonsi dan Romeo Santos.
Biarpun pertalian perkahwinan ini masih belum mencecah usia sebulan, khabarnya Nadia kini sudahpun hamil dengan anak sulung mereka!
Menerusi satu hantaran foto di akaun Instagram Nadia Ferreira, jelitawan dari Paraguay itu mempamerkan bahagian perutnya yang sudahpun ‘terisi’ bersempena tarikh Hari Kekasih pada 14 Februari 2023.
Para pengikut Nadia dan Marc rata-rata meluahkan rasa gembira bersadur terkejut dengan pengumuman tersebut. Ada juga yang terkesima melihat cincin pertunangan dan perkahwinan berlian yang tersarung pada jari Nadia.
Ads
“Hadiah Hari Kekasih terbaik!!! Bersyukur kepada Tuhan di atas kurniaan besar ini dalam hidup kami.”
Yang penting; di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hehe..
Dalam pada itu, portal Barat melemparkan spekulasi kononnya Marc dan Nadia sudahpun mengetahui berita kehamilan ini sebelum tarikh perkahwinan mereka lagi; sekaligus memaksa pasangan itu mempercepatkan majlis.
Bagaimanapun, Marc dan Nadia memilih untuk menantikan detik paling sesuai bagi mengumumkannya kepada khalayak ramai dan tarikh apa yang lebih sesuai selain Hari Kekasih.
Ads
Di Malaysia sendiri, dunia seni hiburan telah menerima berita gembira setelah satu-persatu pasangan selebriti tempatan mengumumkan kehamilan masing-masing sepanjang bulan Februari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang menanyakan ada apa dengan tarikh tersebut kepada penulis. Uh nothing much, kecuali barangan edisi terhad Billie Eilish X Bershka akan mula dijual!
Billie bukanlah nama asing di kalangan peminat muzik tempatan dan antarabangsa. Sejak melancarkan album debut Ocean Eyes dan menghadiahkan peminat dengan album penuh, When We All Dall Asleep, Where Do We Go? pada Mac tahun ini, Billie telah menjadi nama fenomena di carta Billboard 200 dan carta lain di seluruh dunia.
Sehingga kini, sebanyak 15 BILION online streaming telah dicatatkan oleh penyanyi berusia 17 tahun ini menerusi album barunya itu.
Selain popular dengan genre muzik dan suara uniknya, Billie juga mempunyai stail berfesyen tersendiri. Dia selalu memilih pakaian jenis oversized agar peminat tidak mengadilinya berdasarkan bentuk badan ideal tetapi berdasarkan bakat serta kreativiti menghasilkan muzik.
Kini korang pun boleh kelihatan seperti Billie apabila Bershka bakal melancarkan koleksi istimewa dengannya dalam masa 3 hari saja lagi.
Baju T. RM119.90Hoodie. RM249Track Pants. (Dari kiri) RM169 & RM149.90
Koleksi ini mempunyai saiz sehingga XXL, adalah uniseks agar lelaki mahupun perempuan boleh memakainya dan mempunyai rekaan grafik yang sinonim dengan gaya Billie sendiri.
Seriously, hoodie dan tracksuit yang ada memang WAJIB korang miliki. Untuk setiap pembelian , korang juga boleh dapatkan sekali tote bag istimewa When We All Dall Asleep, Where Do We Go?
Tote Bag. RM79.90
So jangan lepaskan peluang untuk grab sebanyak mungkin merchandise okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem yang berjaya meraih kutipan jualan RM97 juta, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) telah mula ditayangkan di platform penstriman, Netflix sejak kelmarin bersempena sambutan Hari Malaysia.
Begitupun, respon yang diterima daripada penonton atas talian ternyata tidak semegah respon yang diberikan oleh penonton yang rela membeli tiket ke pawagam beberapa bulan lalu.
Menerusi hantaran di Twitter terutamanya, warga maya tidak cuba berselindung di sebalik perasaan sebenar mereka mengenai filem arahan Syamsul Yusof itu.
Ada yang mengkritik penulis skrip Mat Kilau yang dibandingkan dengan ceramah keagamaan dalam usaha watak-watak dalam filem tersebut untuk melawan pihak penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air. Tidak kurang juga ada menyamakan sinematografi, babak aksi serta teknik penggambaran yang digunakan oleh produksi Mat Kilau dengan siri kartun animasi.
Ish ish.. mulut!
Peneraju utama filem Mat Kilau di majlis tayangan perdana filem tersebut. (Dari kiri) Fattah Amin, Beto Kusyairi, Dato’ Adi Putra, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.
Begitupun, itulah asam garam yang terpaksa ditelan oleh mana-mana pengkarya seni setelah menghidangkan naskah mereka di mata khalayak ramai.
Bukan biasa-biasa platform yang diberikan. Netflix menayangkan Mat Kilau di peringkat antarabangsa untuk ‘diadili’ oleh penonton berbilang bangsa, agama dan kewarganegaraan. Justeru, kritikan sudah pasti akan hadir tidak kira daripada penonton tempatan mahupun dari luar negara.
Apapun selepas 33 hari ia ditayangkan di pawagam, produksi Mat Kilau sewajarnya berbangga dengan pencapaian mereka untuk mengatasi jumlah kutipan filem blokbuster Hollywood, Avengers: End Game sebanyak RM87 juta. Ia sekaligus merupakan filem yang berjaya mengutip jumlah kutipa tertinggi dalam sejarah perfileman negara.
Diharap lebih banyak pengarah filem dan pihak produksi tempatan yang terus ghairah ingin menerbitkan karya-karya berkualiti selepas ini agar ia boleh dijadikan kebanggaan serta sebutan masyarakat Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingat lagi rasa tidak puas hati semua orang terhadap logo Hari Kemerdekaan tahun lalu?
Selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melancarkan logo rasmi Hari Kemerdekaan ke 60 dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ pada tahun lalu, netizen tak teragak-agak untuk mengkritik rekaan logo tersebut yang dikatakan semudah ‘crop dan paste’ menggunakan feature Paint.
Nampaknya tahun ini, kementerian yang sama akan menggunakan pendekatan berbeza untuk mencipta logo Hari Kemerdekaan.
Mereka mengajak netizen untuk menyertai pertandingan mencipta logo Hari Kemerdekaan dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.
Logo yang terpilih akan digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang. How cool is that!
Korang yang berminat dan berbakat besar dalam penciptaan logo bolehlah menghantar penyertaan melalui Facebook Malaysia 360 atau ke laman web malaysiamerdeka.my
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Julai 2018. So bagi kaki kritik logo tahun lepas tu, apa lagi? Tunjukkan kreativiti korang pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!