Hasrat ibu bapa untuk melihat anaknya menaiki pentas menerima segenggam ijazah tidak kesampaian apabila mereka hadir ke sidang konvokesyen tanpa pemiliknya.

Muhamad Rashidi Sabudin hadir bersama isteri, Mahirah Mohd Sood mewakili anak lelakinya, Abdul Rahman untuk menerima skrol yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan pada sesi kelima, di Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM).

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Untuk Sepentas Bersama Tercapai, Pasangan Kembar Ini Genggam Ijazah Kelas Pertama UUM!

Bapa Wakil Anak Terlantar Sakit Kanser Untuk Terima Segulung Ijazah Undang Sebak Hadirin

Salah seorang pensyarah yang berkesempatan menziarahi graduan Sarjana Muda Sains (Matematik Perniagaan) di rumahnya di Cheras, pada awal November lalu untuk bertanyakan perkembangan semasanya.

Menurut Dr. Mohd Foad, Abdul Rahman kini lumpuh dari bahagian bawah perut hingga ke kaki sejak Ogos lalu akibat sel kanser menekan saraf tunjang dan pada Oktober baru-baru ini.

IKLAN

Sekali gus, telah kehilangan keupayaan tangan untuk bergerak atau mengangkat barang dan kini hanya bergantung pada mesin ‘Oxygen Concentrator’ sepenuhnya dan diletakkan di bawah penjagaan paliatif.

Bapa Wakil Anak Terlantar Sakit Kanser Untuk Terima Segulung Ijazah Undang Sebak Hadirin

“Ketika ditemui, pemuda ini tetap tersenyum meskipun sedang menanggung ujian besar pada usia masih muda.

IKLAN

“Abdul Rahman pasti sedang menyaksikan majlis ini dari jauh. Saya dan seluruh warga UUM berdoa agar kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.

Suasana di dalam dewan mengundang sebak apabila video rakaman Abdul Rahman memakai jubah konvokesyen ditayangkan.

Bapa Wakil Anak Terlantar Sakit Kanser Untuk Terima Segulung Ijazah Undang Sebak Hadirin

IKLAN

Untuk info, Abdul Rahman dikesan menghidap kanser tulang tahap empat pada Mei 2021 setelah mengalami sakit berpanjangan di bahagian lutut kiri sehingga beliau sukar tidur malam.

Abdul Rahman pernah berkata, sesiapa pun yang kini sedang mengalami ujian yang sama, janganlah berputus asa.

Tahniah REMAJA ucapkan & Semoga Abdul Rahman cepat sembuh seperti sedia kala.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: UUM Today

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI