Perhubungan pelantun lagu Patah Seribu, Shila Amzah dengan pempengaruh, Ubai MZ bukan lagi satu rahsia sejak pasangan itu mendedahkan kisah cinta mereka awal Februari lalu.
Terdahulu, pelbagai spekulasi menegnai hubungan cinta mereka berdua hangat diperkatakan oleh peminat Shila.
Hinggalah Ubai mengakui rasa sayang terhadap Shila menerusi sesi live di akaun TikTok, barulah masing-masing mula selesa mempamerkan kemesraan mereka kini di hadapan peminat.
Faktor perbezaan jarak umur (di mana Ubai lebih muda berbanding Shila) tidak lagi menjadi halangan. Apatah lagi apabila Shila juga mengakui usia bukan satu penghalang apabila beberapa bekas kekasihnya sebelum ini juga lebih muda daripadanya.
Menerusi satu sesi live di Instagram pada Isnin lalu, Shila dan Ubai dapat dilihat sedang mengemaskan barangan termasuklah kerusi lipat jenama Vans selepas puas melepak di sebuah kawasan tasik.
Sambil itu, Shila sempat melayan beberapa soalan daripada peminat yang mengikuti sesi tersebut berbunyi, “Ubai ke Yas (merujuk kepada bekas suami Shila, Haris Edraki Elias)?”
Ads
Shila yang tergamam dengan soalan netizen itu terus bertanyakan kepada Ubai soalan sama; “Kalau awak jadi saya, awak pilih Ubai ke Yas?”
“Kalau saya jadi awak? Entahlah.. tapi kalau awak pilih Yas pun, belum tentu lulus.”
Shila terus terbahak dan menjawab, “Sayang, awak jahat lah. Awak jahat eh. Tak baiklah Ubaidillah.”
Ads
“Tak kan lah lulus, kan?”
“Tak kan lah lulus eh.. Dengan hidung bertindik. Tak kan lulus. (Ketawa) Banyak kena repair. Tudung Sha kena labuh-labuh. Nyanyi dah tak boleh dah. (Ketawa),” seloroh Shila lagi.
Dalam pada itu, Shila dan Ubai meneruskan sesi live tersebut dengan menyentuh mengenai topik perkahwinan.
Ads
Saling bergurau mengenai topik-topik persediaan kahwin, pasangan ini dilihat semakin selesa membincangkan masa hadapan mereka.
Tak sabarnya hendak tunggu Shila dan Ubai lakukan pengumuman satu hari nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu demi satu inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan demi meringankan bebanan rakyat akibat Covid19 ini. Alhamdulillah
Jika sebelum ini demi mengurangkan beban rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk memberikan lanjutan masa pembayaran balik PTPTN sehingga 30 September ini susulan daripada penularan wabak COVID-19 pada Mac lalu.
Terkini, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, ia melibatkan penangguhan bayaran balik sebanyak RM375 juta.
“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion. Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.
Namun, sekiranya ada peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman ini, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan.
Berikutan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu, ramai yang kehilangan pendapatan apabila diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji.
Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 -2193 3000 atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my.
So, diharap berita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan korang, lagi-lagi yang bercuti tanpa gaji tu. Harap cepat lah wabak ini hilang…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan, ada banyak perkara yang perlu korang fikirkan terlebih dahulu.
Walaupun mungkin dah 10 tahun berkenalan, tapi biasanya memang korang tak akan kenal 100 peratus perangai sebenar pasangan. Jadi, kalau dah ada yang berniat nak menamatkan zaman bujang tu, tahniah kami ucapkan.
Cuma sebelum tu, ada beberapa perkara perlu korang betul-betul faham dan bincangkan dengan pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.
1. Agama
Paling penting, ada pegangan agama yang kuat barulah boleh melayari bahtera rumah tangga bersama. Nak hidup bersama ni perlu ada orang yang boleh bimbing kita ke arah kebaikan.
2. Kewangan
Bukan la nak jadi materialistik, tapi seeloknya sebelum kahwin clarify terlebih dahulu kewangan korang untuk sama-sama membuat pembahagian dalam komitmen bayaran bulanan.
3. Tempat tinggal
Sama ada nak sewa rumah atau tinggal di rumah keluarga, time ni la korang patut decide dulu sebelum kahwin. Tak nak ada isu pula lepas berumah tangga nanti. Sebaiknya, cuba untuk tinggal berasingan daripada keluarga. Belajar berdikari dan waktu ini lah nak ‘honeymoon’ dengan pasangan.
4. Pekerjaan
Tidak semua pekerjaan mempunyai waktu bekerja yang sama. Mungkin pasangan korang bekerja mengikut shift atau sering overtime. Jadi, cuba untuk faham pekerjaan dan waktu kerja mereka.
5. Tahap kesihatan
Jangan rahsiakan hal kesihatan kepada pasangan. Jika ada masalah berkaitan dengan kesihatan, terus terang saja agar pasangan boleh memahami tahap kesihatan korang.
6. Keluarga mertua
Apabila kita berkahwin, kita bukan saja bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan, tetapi bersama keluarga sekali. Sikap mak dan ayah mertua mungkin tidak akan sama seperti ibu bapa kita, jadi cuba luangkan lebih banyak masa untuk mengenali hati budi mereka sebelum berkahwin.
7. Haiwan peliharaan
Nampak macam remeh, tapi ini antara perkara yang korang perlu bincang juga. Mana la tahu si suami suka kucing tapi bakal isteri pula takut dengan kucing. Kalau rumah korang nanti ada haiwan peliharaan seperti tu, mau dia melompat dalam rumah nanti. Atau mungkin saja dia alah kepada bulu-bulu haiwan.
8. Makanan
Ambil tahu cita rasa pasangan korang. Selain itu, tanya juga sama ada mereka punya alahan pada makanan atau tidak. Janganlah sediakan makanan ikut tekak sendiri je nanti. Haha!
9. Minat
Mempunyai minat yang sama adalah bonus untuk sepasang suami isteri. Tapi jika tidak, hormati minat atau hobi pasangan korang dan sesekali cubalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan kalian.
Nak kahwin memang syok, tapi banyak yang korang kena pertimbangkan juga tau. Barulah harmoni rumah tangga yang dibina nanti. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan akhirnya jaguh sukan olahraga negara, Datuk Abdul Latif bin Romly,25, telah menamatkan zaman bujangnya dengan Nabila Farhana binti Musaidi,25, hari ini.
Dalam satu hantaran video siaran langsung yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Latif berkongsi momen akad nikah yang berlangsung secara sederhana dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.
Kredit foto: Tangkap layar sesi siaran langsung Instagram Abdul Latif Romly
Atlet pemegang rekod sukan paralimpik dalam acara lompat jatuh T20 ini tampil kacak dalam persalinan baju melayu rona putih sedondon dengan isterinya yang tampil anggun mengenakan busana berinspirasikan abaya disertakan dengan layah panjang. Kedua-dua busana ini merupakan hasil rekaan jenama fesyen popular, Seth and Luna.
Sah dengan sekali lafaz, pasangan tersebut dinikahkan berwalikan bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM1312 tunai.
Kredit foto: Haikal Shuib
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Nabila merupakan seorang graduan dalam bidang pendidikan dan kini sudah pun berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di Lembah Klang.
Sebelum ini pasangan yang sama-sama berasal dari Perlis ini mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021. Mereka berkenalan sewaktu sama-sama mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!