Kegusaran rakyat Malaysia mengenai pembukaan sempadan negara China mulai 8 Januari 2023 mula dirasai apabila saban hari, ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan kemasukan pelancong dari China.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, terdapat kenaikan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak di China mulai November 2022.
Detik paling kritikal adalah pada 2 Disember 2022 di mana sebanyak 62,439 kes baharu dicatatkan di negara tanah besar itu.
Jumlah itu bagaimanapun telah menurun secara perlahan-lahan hinggalah ke hari ini.
Demi membetulkan persepsi orang ramai mengenai keadaan sebenar jangkitan Covid-19 di China sekarang, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @cardevect atau Vincent Lee telahpun tampil dalam video-video yang menunjukkan keadaan sekeliling lokasi penempatannya di Zhengzhou, China. Vincent merupakan warganegara Malaysia yang kini menetap dan berkhidmat di China.
“Hari ini saya akan menerangkan tentang kekeliruan Covid-19 di China. Terdapat banyak kekeliruan di media sekarang sebab banyak yang mengatakan varian baru adalah dari China. Tetapi adakah itu benar?
Ads
“Varian seperti BA 5.2, BF 7, XBB1.5.. adakah varian ini dari China?
“Kelmarin, Tan Sri Dr. Noor Hisham telah mengatakan varian seperti BA 5.2 dan BF 7 bukan dari negara China sebab ia sudah berada di Malaysia sejak tahun lalu (pada) bulan Mac dan bulan Ogos,” ujarnya.
Tambah Vincent, kebanyakan bandar-bandar besar di China juga sudah mula pulih daripada kes jangkitan sehingga mencapai tahap normal. Tidak hairanlah orang ramai dalam paparan video beliau kelihatan selesa berada di luar bangunan untuk beriadah serta melakukan persiapan maraikan Tahun Baru Cina pada bulan ini.
Mengenai keadaan pusat kesihatan di Zhengzhou, Vincent membawa pengikutnya melihat kondisi di sana. Adakah ia sekritikal yang digambarkan di media sosial dengan jumlah pesakit yang ramai tersadai di sana?
Menurutnya, dua buah klinik yang selalu dikunjungi kelihatan kosong pada 3 Januari lalu berbanding hari sebelumnya. Kebanyakan klinik di sana berada dalam keadaan senyap atau hampir kosong tanpa pengunjung.
Biarpun banyak video-video lama sewaktu kes Covid-19 naik mendadak di China kembali dimuat naik untuk memberi gambaran menakutkan mengenai negara itu dan rakyat, Vincent berharap agar orang ramai lebih bijak menilai.
Tambahan pula, segala maklumat yang sahih ada di hujung jari sekarang.
“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr Noor Hisham kerana membuat penerangan yang jelas dan tepat tentang Covid-19 di China,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara yang paling menakutkan ketika menaiki pesawat adalah apabila berlakunya turbulence. Betul tak? Bagi individu yang pernah berpengalaman merasai situasi ini, pastinya ia merupakan satu pengalaman ngeri buat mereka.
Turbulence adalah pergolakan atau gegaran yang dirasai ketika berada di dalam pesawat semasa di udara. Ia boleh berlaku sama ada dalam keadaan normal atau gegaran yang luar biasa. Namun, ia adalah satu perkara biasa lebih-lebih lagi ketika cuaca buruk seperti hujan dan angin kencang.
Sebelum ini seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Idzaudin_ telah memuat naik sebuah video di dalam pesawat ketika berlakunya turbulence. Situasi yang sememangnya menakutkan namun semuanya masih terkawal.
Dek kerana video viral itu, ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman ‘seram’ yang pernah dilalui mereka saat berada diatas udara.
Macam mana pula dengan korang? Pernah ada pengalaman menakutkan berlakunya turbulence ketika berada di pesawat? Jom kongsi dengan kami.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam pada kita bimbang terhadap situasi yang melanda negara sekarang, hati ini juga terusik bila mana melihat kejadian yang sama, malah lebih teruk berlaku di negara-negara jiran.
Semalam, Singapura mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 427 kes yang menjadikan kes keseluruhan sebanyak 3,699 di republik itu. Ia adalah jumlah peningkatan yang tinggi dan sangat membimbangkan kerana jika sebelum ini kita mengetahui negara tersebut mempunyai jumlah kes yang sedikit berbanding Malaysia, tetapi semalam mereka merekodkan penambahan yang ketara.
Begitu juga di Indonesia, situasi masyarakat disana menjadi lebih rumit kerana dengan populasi rakyat 269.6 juta penduduk membuatkan kerajaan mereka sukar untuk mengawal pandemik COVID-19 yang semakin menular di negara itu.
Pengacara selebriti popular di Indonesia, Najwa Shihab telah mengupas kisah seorang pemandu jenazah menceritakan situasi masyarakat yang masih berdegil tidak mahu duduk rumah dalam waktu getir seperti ini.
Video yang dimuatnaik dalam IGTV berdurasi 4:05 minit ini telah mendapat tontonan lebih daripada 4 juta penonton dan kami yakin kalau korang menontonnya juga, pasti rasa sebak mengenangkan nasib masyarakat di sana.
Muhammad Nursyamsurya berkongsi cerita setiap hari dia perlu menghantar puluhan jenazah positif COVID-19 dan ketika menjalani tugasnya itu, lelaki ini menjelaskan sebahagian besar masyarakat di Indonesia masih tidak menghiraukan dan mematuhi arahan ‘lockdown’ yang diperintahkan.
“Jalan di Jakarta masih sesak. Saya seperti ingin menaiki trak dan menjerit kepada masyarakat, ‘tolong kalian duduk di rumah! Ikuti perintah yang ditetapkan. Kalau kalian tahu berapa banyak jenazah yang kami makamkan setiap hari, pasti kalian akan sedih’, tambahan lagi kita sudah hampir ke bulan Ramadan dan kami juga ingin menunaikan solat tarawih dan menyambut Aidilfitri,” jelas Pak Syam.
Video tersebut menyaksikan air mata pemandu van jenazah itu mengalir kerana begitu sedih melihat sikap tidak peduli yang ada dalam masyarakat Indonesia. Ia juga turut mengundang sebak kepada pengacara Najwa Shihab yang kelihatannya seperti menahan tangisan air mata.
So guys, jadikan kisah yang berlaku di negara jiran kita sebagai pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak mahu situasi ini berlanjutan, jadi tolonglah duduk diam-diam di rumah. Tidak perlu sesakkan jalan raya kerana ia mungkin mengganggu kelancaran petugas kesihatan yang ingin pergi bertugas.
Jangan pentingkan diri sendiri, fikirkan tentang keselamatan individu lain.
Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia dan jiran-jiran di negara kita, malah seluruh dunia berjaya menentang dan mengekang wabak ini daripada terus menular.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 15 Januari 2023 yang lalu berlangsungnya Majlis Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah bersama dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman mempamerkan keunikan dan kekayaan tatasusila serta adat istiadat diraja Brunei yang diamalkan sejak zaman-berzaman.
Majlis istiadat tersebut dihiasi Dian Alam Bernaga dan Dian Empat serta empat Dian Bunga, yang diletakkan di kiri kanan pintu Balai Singgahsana Indera Buana termasuk Nasi Tumpang Pengantin Diraja Perempuan dan Nasi Tumpang Pengantin Diraja Lelaki yang sedia diletakkan di tempat yang ditentukan.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, didahului oleh Penglima Diraja yang membawa Pemuras serta Karga, dan Penglima Asgar yang membawa Kelasak dan Kampilan serta diiringi oleh Pembawa-pembawa Alat-alat Perhiasan Tunggal.
Penuh istiadat, persandingan pengantin diraja dimulakan dengan bacaan selawat oleh Mufti Kerajaan diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 17 das dan doa selamat.
Wah, meriah sungguh perkahwinan Diraja ini kan. Selamat pengantin baru REMAJA ucapkan buat Puteri Azemah dan pasangan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rembayung menjadi perhatian apabila Khairul Aming menjelaskan sebab restoran miliknya tidak menyediakan sistem walk-in. Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselesaan pelanggan, kelancaran operasi dan mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.