
Sebagaimana kita tahu, EURO 2020 pada tahun ini sudah melabuhkan tirai dengan kejuaraan di tangan Itali selepas mengalahkan England hasil jaringan gol penentu Azzuri. Manakala England terpaksa akur dengan kekalahan apabila gagal menjaringkan gol dalam pusingan penalti.

Namun, timbul rasa tak puas hati dan dikalangan penyokong terutamanya penyokong pasukan England sehingga timbul pelbagai petisyen yang dibuat untuk mengadakan perlawanan semula England menentang Itali bagi piala Euro 2020.
Untuk pengetahuan semua, setakat ini , petisyen tersebut telah ditandatangani oleh kira-kira 80 ribu orang di change.org.
Malah, beberapa insiden kekasaran pemain Itali yang tidak diambil tindakan oleh pengadil perlawanan dipersoal dalam perlawanan akhir EURO 2020 itu.

Antaranya, pemain sayap England, Saka dikasari Giorgio Chiellini dengan cara yang sangat ‘klinikal’, namun kapten pasukan Itali itu tidak diarahkan keluar padang oleh pengadil dan aksi tackle yang dilakukan pemain Itali, Jorginho terhadap Jack Grealish dianggap meragukan namun tak juga dilayangkan kad merah.

Menurut laporan Givemesport, Sharon Guilmen, individu yang bertanggungjawab membuat petisyen ini merasakan keputusan perlawanan tak adil kerana banyak kekasaran yang dilakukan pemain-pemain Itali.
Sementara itu, tiga pemain muda England iaitu Bukayo Saka, Marcos Rashford dan Jadon Sancho turut menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman dalam laman sosial selepas gagal menyempurnakan sepakan masing-masing. Hal ini turut mencetus rasa marah Persatuan Bolasepak England (FA) dan pengurus, Gareth Southgate.
Untuk info, Itali memenangi Euro kedua mereka selepas menang piala termasyhur di Eropah ini pada tahun 1968, menewaskan pasukan Yugoslavia. Mereka hampir melakukannya pada tahun 2000 sebelum tewas kepada Perancis, dan pada tahun 2012 mereka dikecewakan oleh Sepanyol.
Tapi begitulah adat permainan kan, mesti ada yang menang dan mesti ada yang kalah. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Tapi korang rasa pihak EURO nak ke buat sekali lagi perlawanan ni? Penulis rasa tak kot…
Sumber: Givemesport,Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
McFlurry Durian Buat Comeback, Semua Yang Ketagih Serbu Ke McDonald’s Hari Ini

Siapa je yang tak sukakan durian D24?
Setelah menjadi fenomena pada tahun lepas, McDonald’s Malaysia nampaknya mengambil peluang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini untuk mengembalikan semula perisa McFlurry durian di kesemua cawangannya.
McDonald’s semalam telah mengumumkan mengenai comeback tersebut di Facebook mereka dan nampaknya netizen tidak teragak-agak untuk ke McDonald’s terdekat selepas berbuka puasa tadi untuk mencuba sendiri perisa paling popular McDonald’s pada tahun lepas itu.
Masakan tidak, McFlurry Durian sentiasa sold out di outlet seluruh negara dan semua yang ketagih dengan raja buah tersebut akan setia menantikan ia kembali di pasarkan. Cuba lihat respon netizen di Instagram merka ini.




Ada di kalangan korang yang sudah mencubanya hari ini?
Amacam, sama tak rasanya macam tahun lalu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 17 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/www.remaja.my-1-3.jpg)
2018 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa pahit manis yang banyak menjadi teladan buat semua rakyat Malaysia.
Tak kurang juga dengan berita sedih yang kita terima sepanjang tahun ini.
Kisah mendiang adik Satiswaran menjadi satu tamparan buat masyarakat kerana kematiannya berpunca daripada sikap tidak bertanggung jawab masyarakat sekeliling.
Berikut merupakan coretan kisah ini yang berlaku sekitar Januari lalu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 18 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Tiada apa lagi yang cukup menyedihkan bila mana seorang ibu melihat anak meninggal di depan mata sendiri.
Dengan cara kematian yang agak tragis, terpaksa menadah otak anak dengan kedua belah tangan sebelum anaknya rebah dipangkuannya, pengalaman inilah yang dilalui oleh Kasthuribai A/P M. Sattayappan, 45 tahun apabila anaknya mati di depan mata selepas terkena balingan sebuah kerusi pejabat dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai (Blok 102), Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur dalam kejadian semalam.
Menceritakan kejadian lebih lanjut kejadian malam semalam yang membawa kepada kematian anak bongsunya, kata Kasthuribai, dia bersama mendiang anak bongsunya, Satiswaran turut ke bawah flat PPR itu kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolahnya.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 19 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_100001-379x675.jpg)
Namun kad tambah yang dihajati tidak ada. Mendiang Satiswaran kemudian mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan tanpa diduga, sebuah kerusi tiba-tiba melayang dari bawah dan tepat mengenai kepala mangsa sehingga terbelah.
“Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat tapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya lalu saya menjerit meminta tolong,’ katanya ketika ditemui di rumahnya dalam satu ziarah oleh YB Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menzahirkan rasa simpati.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 20 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/blur.jpg)
Mengakui begitu sedih dan masih lagi trauma, berkali-kali dia bertanya soalan kepada barisan wartawan yang berada di sekelilingnya.
Tanya Kasthuribai, hari ini nyawa anaknya sudah pergi. Pergi kerana kerakusan dan sikap bodoh orang lain yang mengambil mudah membaling kerusi yang sudah rosak tanpa mahu menghantarnya ke ruang sampah di bawah.
“Ini bukan soal nyawa orang India. Bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain.
“Hari ini anak saya kena. Kalau esok lusa, anak orang lain atau sapa-sapa kena, kenapa tiada tindakan dalam hal ini. Ini bukan kejadian pertama. Sudah banyak kes baling barang berlaku. Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati. Hari ini anak saya sudah mati. Nyawanya tak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua,” soalnya bertalu-talu.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 21 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_095829-1024x575.jpg)
Mengakui masih lagi trauma dan kesedihan kerana kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu, kata Kasthuribai, mendiang anak bongsunya itu memang baik.
“Dua hari sebelum ini, selepas balik dari sekolah, dia tolong bersihkan ruang tamu rumah yang sudah digenangi air akibat tempias hujan dari tingkap yang sudah reput. Air penuh sampai ke ruang tamu. Tanpa sempat makan dan salin pakaian, dia bersihkan rumah dahulu. Mop satu rumah. Tengoklah, bila hujan, air masuk ke dalam rumah,”katanya sambil menunjukkan kerosokan tingkap yang sudah mulai mereput akibat tempias hujan.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 22 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG-20180116-WA0005.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 23 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_102819-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 24 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_104635-1024x575.jpg)
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 25 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_101640-1024x575.jpg)
Bukan saja terkenal sebagai budak baik malah mendiang anaknya itu akan mencuci ruang koridor rumah mereka jika terdapat najis haiwan selain sisa kencing orang dewasa yang sengaja membuang air kecil di tangga berkenaan.
“Anak saya yang baik sudah tiada. Siapa mahu menggantikan nyawanya yang sudah tiada akibat kecuaian orang lain. Anak saya menjadi mangsa sikap orang lain,” katanya dalam nada tangis bertalu.
Mungkin masih trauma dan kesedihan berpanjangan, semasa kunjungan ini Kasthuribai yang bekerja sebagai tukang masak di Chile Bangsar tiba-tiba rebah sehingga mengakibatkan keadaan menjadi panik.
Dia yang dipercayai mempunyai sakit jantung rebah sebelum dipapah oleh YB Nurul Izzah yang berada di ruang berdekatan.
Buat masa ini mendiang Satiswaran masih lagi di tempatkan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk upacara pengkebumian.
Malah pelaku yang mencampakkan kerusi dipercayai dari tingkat 21 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa kerana pihak forensik mahu mencari dna di kerusi sebelum menahan pelakunya.
Remaja turut difahamkan oleh nenek mendiang yang tinggal di tingkat 21, dia tahu dan kenal kerusi yang dibaling tepat mengenai kepala cucunya itu adalah milik jirannya yang diletakkan di ruang siar.
“Tapi saya tak tahu dia sudah kena tangkap atau tidak. Tapi kerusi itu memang ada sebelah rumah saya sebelum ini,” katanya mendakwa, pelakunya adalah golongan dewasa dan bukan kanak-kanak kerana kerusi berkenaan agak berat.
Saya akan bawa isu ini ke Parlimen dan meminta jaring keselamatan dipasang di bawah lif
Berasa simpati dengan kejadian yang menimpa mendiang Satiswaran, YB Nurul Izzah memaklumkan, dia akan membawa isu tentang soal keselamatan flat-flat di bawah selenggaran DBKL ini ke Parlimen pada sidang parlimen Mac akan datang.
“Bagi saya, soal keselamatan adalah penting bagi semua orang. Ini mungkin kes melibatkan kematian pertama, namun kita mahu budaya membuang sampah ini yang boleh membahayakan nyawa orang lain dipandang serius oleh semua pihak kerana kita tahu mahu isu ini berulang. Kita berasa simpati dan saya akan mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai isu ini bersama pihak berkuasa,” katanya menegaskan, untuk langkah awal dan pertama, adalah lebih baik jaring keselamatan dipasang di bawah flat demi menjamin kesejahteraan semua penduduk.
Baling barang perangai biasa penduduk Flat PPR ini
Remaja turut mendapatkan pandangan dari Ketua Blok 100 Flat PPR Seri Pantai, Azaman bin Agam mengenai sikap buang sampah dari atas blok tanpa turun ke tempat pembuangan sampah.
![[Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir 26 [Recap 2018] “Saya Tadah Otak Anak, Ibu Mangsa Tragedi Baling Kerusi Di PPR Kongsi Detik Akhir](https://cdn.remaja.my/2018/01/IMG_20180116_103927.jpg)
“Soal buang barang dah jadi perkara biasa bagi mereka yang suka mengambil kesempatan ini. ada yang baling tayar, rim motor, batu bata, kaca, gelas dan banyak lagi. Kejadian orang pecah kepala akibat terkena barangan dibaling sudah banyak kali berlaku. Ada menerima 16 jahitan dan lain-lain lagi.
“Biasa selaku ketua blok, saya akan berkomunikasi dengan ketua tingkat. Jika kita temui sampah diletakkan di siar kaki, kita akan buka dan tengok jika ada dokumen yang boleh kita serah kepada pejabat di DBKL di ruang bawah.
“Sudah beberapa kali saya lihat penguatkuasa DBKL pergi ke rumah mereka yang suka membaling sampah ini. Biasanya mereka akan diberi amaran dahulu sehingga beberapa kali. Kemudian lisan dan jika berterusan diusir dari rumah sewaan mereka,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan terdapat 984 buah rumah bagi kedua-dua blok.
Menyifatkan tidak timbul isu sukar membuang sampah ke ruang buang sampah, Azanan berkata, sikap mementingkan diri sendiri adalah mengapa isu ini tidak pernah selesai sejak dulu lagi.
Saksikan video ini bagaimana ibu mangsa tidak dapat menahan tangisannya…
*****
Sememangnya perkara seperti ini tidak akan berlaku jika masyarakat kita tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Kecuaian orang lain menjadi satu kemalangan buat insan yang tidak berdosa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muzium Terbaru Dubai Ini Dicanang ‘Most Beautiful Building In The World’

Tanggal 22.02.2022 menjadi tarikh istimewa buat Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila negara itu menyambut kehadiran mercu tanda baharunya, iaitu sebuah muzium.
Bangunan yang dikenali sebagai Museum of the Future ini telahpun dicanang UAE sebagai ‘The Most Beautiful Building in the World’ dan tagline tersebut digunakan dalam setiap video serta poster promosi yang dimuat naik di platform digital.
Apa agaknya yang membuatkan muzium rekaan Killa Design ini bertaraf sebegitu rupa? Apakah keistimewaan yang dimiliki bangunan setinggi tujuh tingkat ini?
01
Terletak berdekatan dengan bangunan Burj Khalifa, rekaan muzium berona perak dengan bentuk ‘ellipse’ ini mempamerkan kaligrafi huruf dan perkataan Arab yang dipetik daripada puisi yang dikarang oleh pemimpin Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum.
Di bahagian tengahnya pula tidak disokong oleh sebarang tiang demi merealisasikan bentuk lubang bujur.

Lampu LEED sepanjang ribuan meter pula menghiasi lebuh raya utama Sheikh Zayed bagi mewarnai pengalaman pengunjung yang ingin ke sini.
02
Inti pati pamerannya dikhabarkan berkonsep ‘Perjalanan Ke Tahun 2071’. Pengunjung boleh menjangkakan adanya pelbagai jenis pameran idea teknologi dan inovasi baharu yang belum pernah dipertontonkan di mana-mana muzium lain di seluruh dunia.
Dubai kan, expect the unexpected!

Menariknya, muzium ini mengaitkan masa depan teknologi dunia pada tahun 2071 itu dengan penemuan astronomi oleh cendekiawan Muslim sewaktu zaman kegemilangan Islam, satu ketika dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN : Cipta Sejarah, Remaja Berhijab Pertama Bakal ‘Jalan-Jalan’ Di Angkasa Lepas – REMAJA
03
Terdapat ‘tour guide’ bernama Aya yang diperbuat dengan teknologi artificial intelligence.
Aya akan mengajak pengunjung mencuba pengalaman berada dalam teksi terbang, merasai perasaan dikelilingi kincir angin dan berada dalam ‘dunia’ yang membuatkan mereka merasa seolah-olah sedang mengelilingi bumi.
Ia menunjukkan bagaimana sekiranya permukaan bulan diliputi panel solar sekaligus boleh memberikan tenaga mampan kepada penduduk bumi tatkala waktu malam.
Senang cerita, banyak persoalan saintifik yang akan terjawab daripada pameran di sini.

04
Walaupun serba moden, Museum of the Future ingin mempromosikan idea mesra alam. Ia ingin mengajak kita membayangkan sekiranya dunia akan datang hanya dikuasakan oleh tenaga solar sahaja.
Dalam tempoh 50 tahun dari sekarang, inilah gambaran yang ingin dikecapi Dubai tanpa terlalu mengharapkan sumber minyak dan gas asli di samping mengurangkan pelepasan karbon serta gas rumah hijau.


05
Sukar untuk REMAJA percayai misi ini boleh berhasil.
Hehe, khabarnya Museum of the Future inginkan pengunjung berpisah sebentar dengan telefon pintar masing-masing. Pengunjung digalakkan untuk berinteraksi dengan skrin digital dan pengalaman dalam ruang pameran. Selain itu, pengunjung juga diajak untuk turut sama berfikir mengenai keadaan dunia yang semakin kritikal akibat perbuatan manusia itu sendiri.
*
Sekiranya korang berpeluang untuk melawat Dubai selepas ini, jangan lupa untuk ke Museum of the Future ini ya! Dengarnya seperti menarik, sesuailah dengan tiket berharga USD40 yang dicaj kepada pengunjung.
BACA LAGI : Sandy Getaway, Affie Rania Kongsi Tempat Best Di Dubai – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

