Amaran cuaca bahaya akibat hujan lebat yang dijangka berlaku di seluruh negara terutamanya di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga hari Jumaat minggu ini telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menurut laporan BERNAMA, kawasan di Kedah yang mungkin terlibat dalam situasi tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Perak pula, ia membabitkan Kerian, Larut, Matang, dan Selama serta Manjung. Sementara seluruh kawasan Pulau Pinang terlibat dengan amaran tersebut.
Ini berikutan berlakunya fenomena kepala air semalam di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai. Keadaannya amat mengejutkan sehingga diumpamakan seperti ‘tsunami’ kecil oleh penduduk setempat ekoran keadaan air pasang sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
“Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini. Kepala air sudah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga titi dan jalan runtuh, kereta hanyut dan ada mangsa yang meninggal. Saya rasa sangat takut,” kata salah seorang penduduk kepada pemberita di Kampung Setol malam tadi.
Ads
Setakat operasi pada 1 pagi tadi, tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi sekitar kawasan Gunung Jerai, Yan yang dilanda banjir.
Doakan Saudara Kita
Sebagai saudara sesama agama dan sebagai rakyat Malaysia secara amnya, wajarlah untuk kita sampaikan satu doa khusus yang boleh diamalkan semasa melihat orang lain ditimpa musibah.
Doa ini adalah bagi kita meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita. Ia juga boleh diucapkan jika kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kawasan ataupun jika kekufuran di kalangan masyarakat jelas dapat dilihat.
Riwayat Ibnu Umar dari ayahnya, Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SWT bersabda:
(Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.)
“Jika kalimah ini diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ads
*
Pengajaran yang kita boleh dapati daripada bacaan doa tersebut adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih diselamatkan oleh-Nya daripada bala bencana atau penyakit yang sedang melanda orang lain.
Bukanlah untuk kita merasa ‘selamat’ kerana dikecualikan. Kita seharusnya merasa gentar jika musibah yang sama melanda diri kita. Ia mengingatkan kita untuk tidak pernah melupakan Allah SWT di saat senang mahupun susah.
Pada masa yang sama, kita seharusnya bersyukur kita masih dipelihara oleh-Nya dan masih berpeluang kembali ke jalan yang benar.
Dua peratus lagi sehingga kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus setakat 4 Oktober 2021, manakala kadar vaksinasi penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah mengambil dua dos vaksin COVID-19 pula telah mencapai 82 peratus.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata beliau yakin IPT kini selamat, dan menyarankan penuntut yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.
Jika masih ada yang belum divaksin, mereka bukannya tidak memohon tetapi mungkin disebabkan sistem yang memaksa mereka untuk menunggu giliran.
Surat tawaran kemasukan IPT sangat penting kerana ia membolehkan penuntut IPT mempercepatkan pengambilan vaksin mereka dengan hanya pergi ke mana-mana pusat pemberian vaksin atau pusat kesihatan bagi membolehkan mereka mendapatkan vaksin.
Semoga dengan ikhtiar pengambilan vaksin oleh masyarakat ini dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.
Selepas berhempas-pulas menghabiskan pengajian dengan pelbagai cerita disebalik setiap perjalanan menggenggam transkripsi, sudah tentu mereka mahukan orang tersayang ada semasa hari kejayaan mereka.
Namun tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Perkongsian graduan ini benar-benar buat warganet turut berasa hiba. Seorang graduan dan penerima Anugerah Naib Canselor, Nur Ietrah Shahila Shaharum terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen di UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.
Kehilangan dan ketiadaan orang tersayang semasa kita meraikan hari bahagia sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Baru-baru ini telah viral di laman Facebook di mana seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlambat untuk hadir ke majlis istiadat konvokesyen kerana baru selesai menguruskan pengebumian bapa saudara.
Menerusi komen yang diperoleh daripada Facebook, rata-rata pengguna akaun media sosial itu telah menzahirkan ucapan takziah.
Kisah terbabit kemudian dikongsikan oleh Pegawai Istiadat Konvokesyen, Kapten (B) Ujud Tabil pada hari itu telah menulis di laman Facebook miliknya dan menceritakan detik-detik ketika itu.
Pihak mereka turut ingin membantu graduan tersebut yang dikenali sebagai Nur Ietrah Shahila yang dikatakan terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen itu kerana masih dalam perjalanan dari Selangor ke UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.
“Tahniah team konvo UiTM Johor.”
Sementara itu, Ujud berkata, Nur Ietrah yang sudah ketiadaan ibunya dan dijaga bapa saudaranya adalah graduan terbaik sepanjang menuntut di universiti itu.
“Setiap semester, dia menerima Anugerah Dekan kerana berjaya mencatat PMK terbaik. Walaupun kami tidak mengenalinya lebih dekat, tapi kami perlu memastikan dia naik pentas meskipun kehilangan insan tersayang,” katanya.
Menceritakan detik menyedihkan itu, Ujud berkata, semua petugas pada hari terbabit mempunyai peranan masing-masing termasuk memainkan lebih banyak lagu supaya majlis berlangsung lebih lama.
Menurutnya, majlis sepatutnya berakhir pada jam 4 petang dan ketika itu Nur Letrah Shahira dalam perjalanan ke UiTM Segamat dan sebaik dia tiba dipintu utama, kenderaan keselamatan UiTM mengiringinya hingga ke Dewan Sri Temenggong.
Apapun tahniah warga Uitm Segamat..Buat Nur Ietrah . Semoga terus sukses. Tahniah juga kepada semua Ajk istiadat konvo kerana bertoleransi dan memahami situasi graduan. Terbaik la UiTM dihatiku….
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika pelajar lain seusia dengannya sibuk mengulang kaji pelajaran namun remaja berusia 14 tahun bernama Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman ini sudah pun mampu membayar zakat perniagaannya.
Usahawan dan pengasas produk makanan dikenali sebagai BebyCurve ini juga merupakan individu paling muda membayar zakat perniagaan bagi tahun lalu berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). FOTO Ihsan MAIK
Baru Memulakan Perniagaan 4 Bulan
Hadir untuk menyerahkan zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Zakat Maik Ameer Azeezy Tuan Abdullah pada Khamis lalu, Putri Mumtaz menyatakan, dia tampil menunaikan tanggungjawab selepas produk BebyCurve yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan sejak September tahun lalu.
“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Susulan itu, saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya.
Ibu Bapa Dorong Bayar Zakat Perniagaan
“Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu Bibi Hasnalinda Zainal Abidin, 46, dan ayah, Mustaman Che Yusof, 60, menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada Maik,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Foto Via Harapan Daily
Katanya, dia lega dapat menjadi salah seorang pembayar zakat dan berharap sumbangan itu membantu golongan yang memerlukan.
“Ini juga ajaran nenek sebab nenek selalu berpesan apa-apa mesti dahulukan zakat. Saya juga berharap bisnes BebyCurve ini semakin maju,” katanya.
Sementara itu, Bibi Hasnalinda turut rasa terharu dengan usaha yang ditunjukkan anaknya untuk tampil membayar zakat walaupun usianya masih muda. Katanya, dia berharap tindakan itu akan menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama membayar zakat.
“Saya sentiasa berpesan kepada anak bahawa apa yang kita lakukan, jangan kita lupakan Allah,” katanya.
Wah, hebatnya adik Putri Mumtaz ni, moga terus maju jaya di masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada remaja diluar sana juga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!