
Banjir Hatyai memaksa ramai pelancong Malaysia menangguhkan percutian mereka selepas bandar popular itu dilanda banjir besar luar biasa baru-baru ini. Walaupun ramai sudah merancang trip hujung tahun atau cuti sekolah, keadaan sebenar di Hatyai masih belum stabil dan berada dalam fasa pemulihan menyeluruh.
Hatyai yang biasanya meriah dengan kedai makan, pasar dan pusat beli-belah kini berdepan kerosakan besar, infrastruktur lumpuh serta operasi perniagaan terganggu. Menjadikan kunjungan pelancong tidak sesuai buat masa ini.
Presiden Persatuan Pelancongan dan Perdagangan Halal Thailand-ASEAN, Aida Oujeh, menjangkakan sektor pelancongan Hatyai hanya akan pulih sepenuhnya menjelang akhir Januari tahun depan. Menurutnya, banjir Hatyai menyebabkan penyusutan pelancong yang ketara kerana banyak kemudahan asas termasuk hotel, pusat beli-belah dan restoran terpaksa ditutup untuk kerja pembaikan.
Kerosakan besar ini turut memberi kesan kepada ekonomi tempatan. Industri pelancongan Hatyai dijangka mengalami kerugian antara 30 hingga 40 juta Thai Baht (RM3.9–RM5.2 juta) hanya untuk bulan ini.
Antara punca kelewatan pemulihan adalah tahap kemusnahan yang berlaku. Paras air banjir Hatyai di beberapa lokasi dilaporkan mencecah sehingga 15 meter, merosakkan hotel, kediaman dan kawasan tumpuan pelancong Malaysia seperti pasar dan pusat beli-belah.
Buat masa ini:
Selain kerja pembersihan, langkah pencegahan penyakit selepas banjir turut dipertingkat. Sanitasi persekitaran, pemantauan komuniti dan penyemburan anti-kuman dilakukan bagi memastikan tiada penularan wabak.
Anggaran awal menunjukkan kerosakan keseluruhan mencecah 100 juta Thai Baht (RM12.9 juta), melibatkan fasiliti pelancongan dan harta benda.
Menurut Aida, banjir besar di Hatyai lazimnya berlaku setiap 10 tahun, namun impak kali ini jauh lebih besar daripada jangkaan. Beliau bagaimanapun melihat sisi positif — proses pemulihan membantu bandar itu dibersihkan daripada pelbagai sisa lama dan memberi ruang kepada pembaikan berskala besar.
Aida berharap industri pelancongan Thailand dan Malaysia dapat bangkit semula dengan lebih kukuh. Pemain industri disaran memanfaatkan tempoh ini untuk memperbaiki sistem operasi demi keselamatan dan keselesaan pelancong.
Walaupun Hatyai tetap menjadi destinasi kegemaran rakyat Malaysia, realitinya bandar itu masih berada dalam fasa pemulihan. Demi keselamatan dan pengalaman pelancongan yang lebih baik, sebaiknya tangguhkan dahulu perjalanan sehingga keadaan pulih sepenuhnya tahun depan.
BACA LAGI : 29 Jenis Thai Street Food Yang Korang Kena Cuba Kalau Bercuti Di Hatyai
Sumber: NADMA