Banjaran Himalaya menjadi saksi kepada pengalaman luar biasa dua anak muda Malaysia yang memilih untuk mencabar diri mereka sempena percutian akhir tahun 2025, baru-baru ini.
Pegawai bank merangkap juara Mister Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez Zakaria bersama rakan karibnya, Ungku Ismith Syafiq Ungku Khalid berjaya menawan Mardi Himal Base Camp yang terletak di Gunung Machapuchare dekat wilayah Nokhara, Nepal.
Pengembaraan ke Banjaran Himalaya ini bukan sekadar perjalanan fizikal. Ia turut menguji ketahanan mental, emosi dan semangat juang mereka sebagai anak Malaysia.
Cabaran Mardi Himal Base Camp Setinggi 4,500 Meter
Menurut Eizaaz, mereka berjaya tiba ke Mardi Himal Base Camp (MBC) yang berketinggian sekitar 4,500 meter dalam tempoh hanya tiga hari.
Tempoh tersebut dianggap luar biasa kerana kebiasaannya, seorang pendaki mengambil masa antara lima hingga enam hari untuk melengkapkan pendakian ke base camp berkenaan.
Perjalanan bermula dari Kathmandu ke Pokhara dengan menaiki bas selama hampir lapan jam sebelum memulakan pendakian sebenar.
Sepanjang perjalanan, mereka melalui lapan kem berbeza yang masing-masing menuntut stamina serta disiplin tinggi untuk memastikan keselamatan diri.
Momen Kibarkan Bendera Malaysia Di Puncak
Salah satu detik paling menyentuh perasaan buat Eizaaz ialah apabila mereka berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Banjaran Himalaya.
Ads
“Paling mengharukan adalah sewaktu kami mengibarkan bendera Malaysia di puncak. Ramai pekerja di sana teruja kerana pernah bekerja di Malaysia dan mereka merindui negara kita,” ujar Eizaaz.
Katanya lagi, pengalaman ini menyuntik semangat patriotik yang luar biasa dan menjadi pencapaian peribadi paling bermakna dalam hidupnya.
Kejayaan menawan Banjaran Himalaya ini juga membuka lembaran baharu buat Eizaaz dalam dunia pengembaraannya selepas ini.
Ads
Eizaaz ingin menjadikan pendakian ini sebagai permulaan kepada siri pengembaraan yang lebih mencabar pada masa hadapan; bukan sahaja untuk kepuasan diri tetapi sebagai inspirasi kepada anak muda Malaysia.
“Ia bukan tentang sampai ke puncak sahaja, tetapi tentang perjalanan, disiplin dan bagaimana kita mengawal emosi ketika berada dalam situasi sukar,” jelasnya.
Sementara itu, Ungku Ismith Syafiq mengakui pengembaraan ke Banjaran Himalaya memberi perspektif baharu tentang kesyukuran, ketabahan dan erti sebenar kerja keras buat dirinya.
Ads
Ungku Ismith Syafiq yang juga merupakan seorang pensyarah berkata, sepanjang pendakian mereka dapat menyaksikan sendiri kehidupan penduduk Nepal yang bergantung kepada gunung sebagai sumber rezeki.
“Kami melihat bagaimana penduduk Nepal mendaki hampir setiap hari demi menghantar bekalan. Mereka menggunakan keldai sebagai pengangkutan utama untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Pengembaraan ini bukan sekadar kisah menawan puncak, tetapi menjadi simbol kekuatan persahabatan, kecekalan mental dan semangat anak Malaysia yang berani mencabar diri di peringkat antarabangsa.
Banjaran Himalaya kekal menjadi salah satu destinasi impian hikers sedunia. Kejayaan dua sahabat ini membuktikan bahawa dengan perancangan rapi dan semangat tinggi, segalanya tidak mustahil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina; salah satu lokasi yang akan menjadi tumpuan orang ramai ialah Pavilion Kuala Lumpur.
Mana tidaknya, pada tahun lalu ramai yang teruja dengan kemunculan ‘lembu emas’ penuh realistik pada skrin LED Elite yang terletak di atas butik COACH.
Pada tahun ini pula, Pavilion muncul semula dengan satu lagi persembahan animasi tiga dimensi bertemakan haiwan dalam kalendar masyarakat Cina bagi tahun 2022 dan ia adalah dalam bentuk harimau mengaum!
Orang ramai nyata tidak sabar untuk melihat sendiri kelibat ‘harimau’ tersebut yang mula dipersembahkan sejak beberapa hari lalu sehinggalah ke bulan Februari kelak.
Bertemakan The Year We Roar Together atau ‘Tahun Di Mana Kita Mengaum Bersama’, terdapat beberapa lagi aktiviti yang ada disediakan di dalam pusat membeli-belah tersebut seperti booth di mana pengunjung boleh menarik kad nasib mereka dan beberapa lagi aktiviti interaktif yang terletak di aras 3 Connection.
Sedikit info yang ingin REMAJA kongsikan mengenai individu yang lahir pada tahun harimau ini adalah mengenai karakter diri mereka. Sekiranya korang mengenali sesiapa yang dilahirkan pada tahun seperti 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998 an 2010, mereka ini selalunya sinonim dengan sifat berani, berdaya saing, sukar untuk diramal (unpredictable), yakin diri dan sentiasa mempamerkan diri yang bersedia berdepan dengan apa-apa cabaran yang mendatang.
Namun, individu yang lain pada tahun harimau juga tidaklah sentiasa sempurna apabila mereka ini kadangkala boleh bersifat kurang sabar, sedikit agresif dan tidak mudah duduk diam kerana rasa cemas (anxiety).
So guys, jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan animasi tiga dimensi di Pavilion KL ini sehingga perayaan Tahun Baru Cina. Tapi ingat! Pastikan korang sentiasa menjaga SOP seperti yang ditetapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seterika lama biasanya mempunyai kesan hitam atau hangus pada bahagian bawahnya. Malah, kerja menggosok jadi tak lancar dan paling tak best seterika sebegini juga akan meninggalkan kerak hitam halus pada baju yang sedang digosok.
Kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walau dikikis. Tapi perkongsian Achai Wong memberikan cara mudah untuk kita membersihkannya.
Tak perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol. Hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok Panadol pada seterika
Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tidak terkena seterika panas.
3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam.
4. Kemudian lap permukaan seterika dan hasilnya kesan hitam dah hilang.
Jenama makanan segera dari Filipina dah ada dekat Sunway Pyramid guys!
Siapa je yang tak suka makan ayam. Boleh dikatakan di Malaysia ini, makanan kita memang banyak menggunakan ayam sebagai lauk utama. Pelbagai peringkat umur dan bangsa di Malaysia memang suka makan ayam.
Jenama restoran makanan segera popular dari Filipina, Jollibee Foods Corporation (JFC) nampaknya mengorak satu langkah ke hadapan dengan membuka secara rasmi cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid.
Kedai cawangannya ini sudah tentu menyajikan menu ayam goreng yang pernah disenarai sebagai ayam goreng paling enak dikenali sebagai “Chickenjoy” .
Selain menu ayam rangup “Chickenjoy”, menu Spaghetti bersirakan sos tomato masam manisnya juga antara yang sering digembar-gemburkan sebagai menu wajib cuba! Manakala, menu roti impit yang disertakan dengan sosej (hot dog) dan taburan keju turut diberi lima bintang bagi yang sudah mencuba.
Jangan ketinggalan untuk mencuba “Jollibee Spicy Chicken Sandwich” yang mengetengahkan isi daging asli setta curahan pelbagai sos berperisa turut menanti si peminat burger sejati!
Untuk pengetahuan semua, kesemua cawangan Jollibee di Malaysia ini adalah berlandaskan hukum syarak di mana, penyediaan makanan adalah bebas khinzir dan kesemua daging dan ayamnya datang dari sumber sembellihan yang mendapat pengiktirafan halal Malaysia.
Sebelum ini, Jollibee Malaysia telah pun membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah. JFC kini merupakan syarikat restoran ke-11 terbesar di dunia dan merupakan jenama makanan ringan paling berdaya saing di Brunei.
Apa tunggu lagi, lets la korang serbu…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.