Bukan mudah untuk bergelar seorang juara lebih-lebih lagi melibatkan peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia yang dikenali sebagai Danny Tse Wei telah mengharumkan nama negara di mata dunia setelah muncul juara dalam pertandingan Adobe Certified Associates (ACA) World Championship 2021 yang berlangsung 24 November lalu.
Pelajar daripada Universiti Tunku Abdul Rahman itu sekaligus telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai USD7,000 (kira-kira RM29,600), trofi, pingat pencapaian dan sijil pemenang setelah mengenepikan saingan 65,000 peserta dari seluruh dunia.
Sementara itu, tempat kedua disandang oleh SouGustavoza dari Brazil, ketiga Gina Anjarizky Amalia dari Indonesia dan keempat Anh Duong Viet dari Vietnam.
Ads
Pada masa yang sama, seorang lagi pelajar Malaysia bernama Teo Sze Ting tidak kurang hebatnya setelah menduduki tempat kelima.
*
Menerusi pertandingan tersebut, Danny telah menyampaikan mesej secara kreatif untuk pelanggan Limbitless Solutions menggunakan ilustrasi digital.
Ads
Hasil kerja Danny Tse Wei yang paling kiri.
Pada peringkat akhir, seramai 51 peserta telah disenarai pendek dan perlu menghasilkan tiga reka bentuk aset pemasaran dalam masa enam jam. Setiap peserta perlu memaparkan kemahiran digital dan profesional mereka dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign untuk menghasilkan reka bentuk.
Peserta dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti daya tarikan visual, keupayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan, estetika jenama dan penggunaan profesional perisian Adobe Creative Cloud sepanjang pertandingan.
Para pemenang pertandingan Adobe Certified World Championship 2021 ini kemudiannya telah diumumkan oleh Certiport iaitu badan penyedia peperiksaan pensijilan IT terkemuka yang mempercepatkan peluang akademik dan kerjaya graduan.
Moga kejayaan ini akan memberi motivasi dan inspirasi kepada lebih ramai remaja untuk mempamerkan bakat mereka kepada dunia.
Sebagai info, Adobe Certified Associates World Championship ialah pertandingan global yang menguji kemahiran reka bentuk yang dihasilkan pelajar menggunakan Adobe Photoshop, InDesign dan Illustrator.
Pernahkah anda melancong ke Kota Bharu atau ke Johor Bahru? Di negara kita, terdapat dua tempat yang sangat terkenal kerana disukai oleh pelancong dari dalam negara kita. Tempat yang pertama ialah Kota Bharu. Banyak pengunjung suka datang ke Kota Bharu kerana pelbagai barangan ada dijual di sini. Mereka suka berkunjung ke Pasar Siti Khadijah. Di sini, terdapat pelbagai jenis batik yang cantik serta harganya yang berpatutan. Bagi wanita, mereka menganggap Kota Bharu sebagai syurga batik yang menawan.
Di selatan tanah air pula, banyak rakyat tempatan suka ke Johor Bahru. Mereka ke Johor Bahru kerana Johor Bahru berdekatan dengan Singapura. Banyak tempat yang sesuai untuk dilawati di sini seperti Danga Bay dan Legoland. Mereka yang datang bersama-sama keluarga akan membawa anak untuk berhibur di Legoland. Oleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan, hasrat mereka untuk melancong terhalang untuk sementara waktu.
Oleh sebab tidak dapat merentas negeri, hasrat mereka untuk membeli pakaian baharu di Kota Baharu terbantut. Sama juga halnya dengan aktiviti melancong ke Johor Bahru. Mereka baru bercadang untuk membawa keluarga ke Danga Bay atau ke Legoland tetapi terpaksa ditangguhkkan.
Persoalannya ialah apakah keistimewaan Kota Bharu atau Johor Bahru?
Mereka baru bercadang ke Kota Bharu untuk membeli pakaian baharu atau ke Johor Bahru untuk ke Danga Bay atau ke Legoland tetapi hasrat ini terpaksa dilupakan. Sebenarnya, keistimewaannya terletak pada bahasa, iaitu perkataan baru, baharu, Bharu dan Bahru. Perkataan baru dikategorikan sebagai kata tugas, iaitu kata bantu yang digunakan untuk masa yang bermaksud belum lama. Kata baharu pula ialah kata adjektif yang membawa maksud sifat. Kata Bharu dan Bahru pula ialah kata yang merujuk nama khas untuk Kota Bharu dan Johor Bahru.
Oleh hal yang demikian, sebagai pengguna bahasa, kita perlu mengetahui perbezaan keempat-empat perkataan ini. Jika kita ingin memartabatkan bahasa Melayu, kita perlulah menggunakan perkataan ini dengan cara yang betul. Inilah keunikan negara kita dari segi bahasa dan tempat. Kepada remaja yang berwawasan yang merupakan pemimpin masa depan, utamakanlah penggunaan bahasa yang betul kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Hilang bahasa lenyaplah bangsa.
Penyiaran artikel ini merupakan hasil kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Encik Ghalib bin Yunus.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi GiatMARA bakal memperkenalkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Junior di seluruh negara secara berperingkat mulai tahun ini.
Untuk permulaan, seramai 5,000 pelajar berusia antara 12 hingga 16 tahun disasarkan mengikuti kursus asas jangka pendek yang ditawarkan di 231 GiatMARA. Seramai 55 pelajar sudah menerima kursus latihan asas TVET di GiatMARA Padang Terap selama lima hari selepas ia dilancarkan pada 13 Mac lalu.
Pelajar akan menjalani latihan atau kursus asas jangka pendek selama dua atau tiga hari pada hujung minggu atau cuti sekolah. Antara kursus yang ditawarkan adalah asas kemahiran seperti pendawaian elektrik, membaiki basikal, latihan masakan seperti membuat kek dan jahitan.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai TVET, selain mereka boleh buat sendiri jika berlaku kerosakan di rumah. GiatMARA juga bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan ketua kampung bagi memudahkan pelajar yang berminat menyertai program berkenaan.
Peserta akan disediakan makan dan minum serta sijil serta selepas tamat kursus, mereka boleh memilih sama ada mahu meneruskan belajar kemahiran ke peringkat tertinggi atau belajar dalam bidang akademik.
Tidak dinafikan inisiatif yang dibuat ini dapat memberikan peluang khususnya masyarakat di luar bandar untuk menyertai kursus dan kelas-kelas kemahiran. Semoga program ini dapat menarik minat pelajar sekolah dan diharap agar lebih banyak lagi program seumpama ini dijalankan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bencana banjir yang melanda negeri Selangor setelah hujan lebat berterusan pada hari Jumaat hingga Sabtu lalu mendapat perhatian Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengenangkan nasib rakyat jelata.
Menerusi paparan di akaun Facebook rasmi Selangor Royal Office sejak 19 Disember (Ahad) lalu hingga semalam (21 Disember), baginda dilihat telah berkenan untuk sama-sama turun padang bagi melawat mangsa banjir di Selangor dengan meredah kawasan kejiranan yang dinaiki air.
Di sana, baginda bertanyakan keadaan rakyat di samping menyerahkan bantuan kepada mangsa seperti sumbangan keperluan asas serta makanan.
Menariknya, Baginda turut dilihat membeli sendiri barangan keperluan di Pasaraya Checkers, Seksyen 15 Shah Alam dan kemudian mengedarkannya di kawasan bencana termasuklah di Taman Meru Jaya Klang (19 Disember), Padang Jawa (20 Disember) dan di Kampung Baru Hicom (21 Disember).
Umum mengetahui keadaan banjir yang lambat surut di sana. Lantas, Baginda telah diiringi pasukan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia yang disertai ahli sukarelawan semasa misi tinjauan dan menghantar bantuan sewaktu berada di lokasi yang dinaiki air banjir tinggi.
Rata-rata rakyat di ruangan komen Facebook berkenaan menyambut baik kehadiran Tengku Amir Shah yang mencemar duli ke lokasi bencana dan terhadap respon pantas Baginda untuk bersama-sama rakyat negeri Selangor.
“Semoga Allah sentiasa membantu Tuanku dalam membantu rakyat jelata dan negeri. Daulat Tuanku.”
“Raja Muda naik motosikal relax je. Ampun Tuanku, rakyat selangor menjunjung kasih.”
“Moga Allah Taala bantu negeri bawah jajahan takluk Tuanku. Kita redha ujian daripada Allah.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!