Keberadaan pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim dan rakan pelakon lain seperti Ikmal Amry, Sophie Koshka dan Fimie Don di Saga, Jepun untuk menjalani penggambaran naskhah baharu terbitan VIU Malayisa, ‘From Saga With Love’ telah mendapat tumpuan media dari Jepun.
Menerusi hantaran di Instagram Siti dan akaun produksi Red Comms Films, mereka berkongsi detik membanggakan apabila pasukan produksi tersebut disambut oleh Gabenor daerah Saga sendiri, Mr. Yamaguchi Yoshinori sebagai tanda penghargaan kerana mempromosikan lokasi luar bandar itu menerusi naskhah tempatan.
Pada kesempatan itu, Siti mewakili rakan pelakon ‘From Saga With Love’ telah ditemu bual oleh petugas media Jepun bagi paparan segmen berita di sana.
“Saya berharap menerusi naskhah ini, ia dapat menemui penonton di negara-negara luar dari Jepun yang mempunyai platform penstriman VIU termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand misalnya.
Ads
“Moga-moga mereka berminat untuk melawat Saga, Jepun untuk mendalami budayanya dan menikmati kecantikannya,” ujar Siti yang manis menyarungkan busana kurung moden merah jambu rekaan Rizman Ruzaini pada acara tersebut.
Turut ditemubual oleh pemberita di sana ialah pengarah naskhah From Saga With Love, Umie Salwana Omar.
Ads
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati rakan-rakan selebriti Malaysia turut berbangga apabila melihat Siti dan para pelakon lain mendapat peluang untuk secara tidak langsung mewakili Malaysia di kaca televisyen Jepun.
Penggambaran ‘From Saga With Love’ dijadualkan bermula pada hari ini bersama empat orang pelakon utamanya itu.
Hhm, agaknya bagaimana jalan cerita nashkah bagi Viu Malaysia itu ya? Tak sabar nak menonton!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yasss! Pada bulan depan iaitu Oktober, kita bakal menerima kunjungan daripada dua buah grup YG Entertainment yang mempunyai kehebatan mereka tersendiri. Dengan konsert anjuran MacpiePro yang bakal dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Stadium Malawati, Shah Alam, ia bakal menjadi salah satu acara K-pop terpenting tahun ini.
Dan salah sebuah grup yang bakal menghiburkan K-poppers semua ialah iKON! REMAJA yakin peminat iKON pasti sudah tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di atas pentas, bukan?
Sementara menunggu kunjungan mereka, REMAJA nak ajak kamu semua untuk try kuiz di bawah. Siapa bias kamu dalam grup iKON? Entah-entah personaliti kamu sama dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini timbul kekecohan apabila Atu Zero yang muncul sebagai salah seorang juri di The Masked Singer telah memberi komen kurang senang apabila menyatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara langsung.
Dalam rancangan tersebut, personaliti di sebalik kostum Bulu Tangkis telah menyanyikan lagu Pematah hati nyanyian asal Nabila.
Namun begitu, momen tersebut menjadi sedikit janggal apabila komen spontan Atu yang disiarkan dalam episod itu mengundang rasa kurang senang kepada Nabila apabila Atu memberi pendapat bahawa individu di sebalik kostum itu bukan pemilik asal lagu terbabit kerana Nabila tidak boleh membuat persembahan secara langsung.
Semalam, isteri kepada Atu, Shafeeqa Johari telah memuat naik satu hantaran di Instagram memohon maaf kepada penyanyi dan pelakon popular tersebut atas kekhilafan yang berlaku.
“Haih na, permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu, Atu, sembarang saja kau ni bha. Banyak sangat baca komen netizen dia ni. Minta maaf ya @nabila.razali, dia melawak saja tu. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya.
“Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok. Kami ni bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur, biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yg bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” tulisnya panjang dalam hantaran tersebut.
Selepas insiden tersebut, Nabila turut menyatakan kekecewaan terhadap komen yang dinyatakan Atu dalam rancangan itu. Dia menyatakan bahawa komen tersebut seolah-olah sama sahaja seperti body shaming. Namun begitu dia tidak marah kepada pelawak tersebut namun berasa sedikit kecewa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada awal bulan ini, sebuah lagi kejayaan luar biasa telah dipahat oleh sekumpulan pelajar dari Terengganu apabila mengharumkan nama negara di dalam pertandingan ciptaan inovasi peringkat dunia.
Pasukan KuBest Samrt Innovation dari SMK Kuala Besut, Terengganu melakar sejarah hebat ini yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia selepas berjaya merangkul tempat pertama serta juara IEEA International Students Competition.
Kemenangan yang diraih mereka adalah hasil ciptaan inovasi hebat dikenali sebagai Aplikasi 100 Things About Nucklear adn Life, sebuah aplikasi permainan komputer untuk mempromosikan sains nuklear.
Pasukan yang telah menempa sejarah ini terdiri daripada tiga orang pelajar iaitu Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani dan Safyyah Muhammad Nasir. Lawan mereka di peringkat akhir bukanah calang-calang pasukan yang terdiri daripada empat pasukan hebat dari Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea Selatan.
Pertandingan tersebut telah diadakan di Gyeongju, Korea Selatan pada 31 Mei yang lalu dan ia dianjurkan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) bersempena dengan ‘Third International Conference on Human Resources Development for Nuclear Power Progremmes: Meeting Challenges to Ensures the Futures Nucleaer Workforce Capability’.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pertandingan ini dianjurkan untuk mempukuk minat golongan remaja terutamanya di kalangan pelajar sekolah menengah terhadap sains dan teknologi nuklear. Penyertaan pertandingan ini telah dibuka sejak tahun lalu dan menyaksikan penyertaan sebanyak 188 buah pasukan dari pelbagai negara.
Kami di REMAJA ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan tahniah buat pasukan KuBest Smart Innovation di atas kejayaan ini. Ucapan tahniah juga buat guru pengiring Encik Wan Zul Mohd Shatar dan seluruh tenaga pengajar SMK Kuala Besut di atas kejayaan yang cukup luar biasa ini.
Diharapkan kejayaan ini akan menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar serta sekolah lain untuk mengikut jejak kejayaan mereka. Semoga ia juga menjadi pemangkin kecemerlangan dalam pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik pada masa akan datang.