Penyanyi K-Pop popular, Bang Chan Stray Kids baru-baru ini meraih perhatian peminat apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 melalui cara penuh bermakna dengan membuat sumbangan besar kepada dua organisasi utama.
Menurut laporan media antarabangsa, Bang Chan atau pemilik nama sebenar Bang Christopher Chan dilaporkan telah menyalurkan dana sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM330,000) masing-masing kepada Samsung Medical Center dan 100 juta Korea Won kepada Jawatankuasa Korea untuk UNICEF, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 200 juta Korea Won (anggaran RM660,000) pada 3 Oktober.
Difahamkan, sumbangan bagi Samsung Medical Center akan digunakan untuk menampung kos rawatan pesakit kanak-kanak dan remaja, manakala dana kepada UNICEF pula akan membantu kanak-kanak di seluruh dunia yang paling memerlukan dalam aspek kesihatan, pemakanan, bekalan air bersih, sanitasi, pendidikan, perlindungan serta bantuan kecemasan.
Dalam pada itu, menerusi sumbangan ini, ketua kumpulan Stray Kids itu turut disenaraikan sebagai ahli UNICEF Honors Club, iaitu sebuah kumpulan khas yang menghimpunkan penderma utama organisasi itu. Gelaran ini sekaligus mengiktiraf peranan beliau sebagai figura yang memberi impak positif di peringkat global.
Menerusi sebuah kenyataan, Bang Chan meluahkan rasa terima kasih kepada para peminat (STAY) kerana sentiasa memberikan kasih sayang dan kehangatan pada hari istimewanya.
“Saya benar-benar berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kekuatan kepada kanak-kanak yang sedang bermimpi dengan lebih cerah dan membayangkan hari esok yang lebih bahagia,” jelasnya lagi.
Ads
Apa yang menarik, tindakan murni ini juga mencerminkan sikap peduli dan keikhlasan Bang Chan terhadap isu kemanusiaan. Malah, ianya memberi inspirasi kepada peminat seluruh dunia untuk turut menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, Bang Chan pada masa yang sama mempunyai rekod konsisten dalam melakukan pelbagai kerja amal. Tahun lalu, beliau pernah menyumbang sebanyak 100 juta Korea Won kepada Community Chest of Korea, sekaligus dilantik sebagai ahli Honor Society iaitu sebuah kumpulan penderma utama organisasi tersebut.
Sementara itu, sikap dermawan idola K-Pop ini menunjukkan bagaimana seorang selebriti mampu menggunakan pengaruh dan populariti untuk menyebarkan kebaikan. Dalam dunia hiburan yang sering dipenuhi kontroversi, langkah Bang Chan ini membuktikan bahawa populariti boleh diguna sebaiknya untuk tujuan kemasyarakatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu, Mira Filzah baru-baru ini selamat melahirkan anak sulung berkongsi tarikh lahir dalam calendar Islam yang sama iaitu pada 9 Syawal yang lepas.
Tidak kekok menayang wajah bayi, malah genab hari ke-7 melahirkan cahaya mata pertama, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar berkongsi nama anak lelakinya itu kepada umum.
Menerusi perkongsian di Instagram, pasangan itu bersepakat memilih nama Wan Khair Amir yang membawa pelbagai maksud baik kepada anaknya.
Dalam foto yang dimuat naik bersama bayi dalam persalinan sedondon bewarna biru lembut, pasangan itu turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka, @wankhairamir.
“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami — Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulis Mira dan Emir dalam hantaran di Instagram.
Malah, menurut Mira, dia juga sudah menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami,” tulisnya.
Congrats Mira dan pasangan untuk kelahiran bayi lelaki sulung ini. Moga Wan Khair Amir membesar menjadi anak yang soleh. Sebaik makna namanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, pelakon meningkat naik, Zaki Azeman akhirnya memaklumkan dia dan isteri tercintanya yang juga personaliti media sosial, Siti Nur Shahira Ahmad atau Raa Suzuran bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan pelakon drama popular Ombak Rindu The Series itu menerusi sebuah hantaran video di platform Instagram miliknya.
“Bismillahirrahmanirrahim Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku #ZRJunior.” coretnya ringkas.
Menerusi hantaran tersebut turut dilihat pelakon tinggi lampai itu sempat mengimbau semula momen manisnya bersama isteri tersayang ketika di mailis resepsi mereka, pada tahun lalu.
Pelakon Telefilem Telunjuk Iblis itu bagaimanapun masih ‘merahsiakan’ jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira atas berita tersebut selain mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
“Syukur Alhamdulillah, tahniah brother and family,” komen penyanyi Mark Adam.
“MasyaAllah Tabarakallah, tahniah both of you. Alhamdulillah,” komen juga penyanyi Farisha Iris.
Sekadar infotmasi, Zaki dan Raa Suzuran telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Mei 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Avril Lavigne bukannya nama asing lagi buat remaja awal milenia malah dia terkenal dengan lagu Complicated sangat popular menjadikan Avril satu fenomena di seluruh dunia, sekali gus mendapat jolokan puteri punk rock.
Walaupun hampir dua dekad di dalam industri, bintang Avril tampak tidak pudar. Tidak mahu duduk selesa, Avril memilih untuk menggunakan lagu Sk8er Boi yang dilancarkan pada tahun 2002 juga untuk digunakan dalam video pertama beliau di TikTok. Peminat Avril sendiri terpegun dengan wajah terkini penyanyi berkenaan yang ‘kekal remaja’ walaupun 19 tahun sudah berlalu.
Namun, apa yang lebih menarik apabila legenda dunia papan selaju sendiri iaitu Tony Hawk turut membuat penampilan istimewa dalam video TikTok Avril sebagai skater man. Meskipun kini berusia 53 tahun, Tony masih bermain papan selaju seperti orang muda
Avril turut menggayakan persalinan ikoniknya dalam video ini iaitu tali leher dengan pakaian santai. Sementara itu, tinjauan kami di laman TikTok mendapati rata-rata warganet cukup terpegun dengan penampilan terbaharu penyanyi berkenaan:
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.